BAB 50

10.1K 216 3
                                    

"bye abang... " Irish melambai tangan ke arah Afif yang sudah jauh memandu dari rumah Aisyah. Aisyah menoleh sekilas. Di lihat Irish masih lagi merenung kereta Afif yang sudah jauh itu. Dia menyiku lengan Irish.

"dah.. Jom masuk" ajaknya. Pantas Irish mengikut Aisyah. Lengan Aisyah di paut manja.

"ada orang datang ke?" tanya Aisyah hairan melihat sebuah kereta elok berparking di garaj rumahnya. Irish pula terkaku.

"kenapa?" Aisyah menjongket kening melihat Irish yang tiba-tiba berhenti berjalan.

"along.. " perlahan saja suaranya namun tetap dapat di dengari Aisyah.

"dia datang ke?" kalut dia bertanya. Irish mengangguk. Dia kenal sangat dengan pemilik kereta ini. Aisyah mendekati Irish.

"kau kata lusa dia balik! Habis kenapa dia ada kat sini" jelas riak Aisyah yang nampak sangat terkejut. Irish mengangkat kadua bahunya tanda tidak tahu. Belum sempat dia membalas suara kadijah kedengaraan memanggil mereka.

"Aisyah, irish kenapa tercegat pula kat situ.. Meh masuk" ajak Kadijah yang berdiri di pintu. Aisyah menelan kesat air liurnya. Sungguh dia belum sedia lagi mahu bertemu muka dengan Luth Zafran.

"it's sokay.. Kau tenang je"pujuk Irish. Sedikit sebanyak membuatkan Aisyah bertenang. Dia mengangguk. Dengan langkah lemah dia berjalan masuk ke dalam. Tangan kadijah di kucup.

"ma.. Dia ada kat sini ke?" bisik Aisyah. Kadijah mengerut dahi tidak faham.

"siapa?" Aisyah tidak menjawab malah menunding jari ke arah kereta mewah itu. Kadijah tersenyum nipis. Baru dia mengerti apa yang dikatakan Aisyah.

"tak apa.. Mama ada..." bahu Aisyah di usap lembut.

"jom.. " kadijah menarik tangan Aisyah masuk ke dalam.

Semakin mendekat semakin kuat dengupan Aisyah berlagu sehinggalah matanya bertentangan dengan sepasang mata yang merenungnya. Jelas di raut itu juga kelihatan terkejut. Masing-masing merenung sesama sendiri.

"okey tak?" soal Irish. Terus Aisyah melarikan matanya. Dia mengangguk. Tidak di hiraukan mata yang masih memandangnya itu.

"aku naik kejap.. " katanya sebelum berlari anak ke atas. Yang lain hanya mampu melihat. Mereka tahu Aisyah perlukan masa.

Sesampai saja di bilik. Aisyah mengunci pintu biliknya. Dia bersandar ke pintu dinding biliknya. Tangan di bawa melekap di dada. Sangat jelas bunyi jantungnya yang berdetak hebar seperti baru menghabiskan acara lumba lari. Perlahan-lahan dia memejam mata. Tanpa sedar air matanya jatuh.

Tipulah kalau dia kata dia tidak rindukan lelaki itu. Sepanjang 3 tahun lalu bersusah payah dia mengusir nama itu. Namun baru sebentar tadi dia menatap wajah itu hatinya mula meraung kerinduan. Perjuangnya selama 3 tahun ini terasa sia-sia.

Aisyah duduk di lantai sambil tangan masih melekap di dada. Pernafasannya mula tidak teratur dek rasa terkejut yang amat. Air matanya di lap kasar. Bukankah dia sudah berjanji tidak akan menangis di sebabkan lelaki itu. Tapi.. Entah mengapa dia tidak boleh mengawal rasa sakit itu. Aisyah menarik lututnya rapat sebelum menyembamkan wajahnya di situ.

Nafasnya cuba di atur seperti biasa. Mata di pejam erat.

"kenapa? Kenapa? Dia datang..?" bertalu-talu dia bertanya. Kepala di gelengkan.

My PrincessWhere stories live. Discover now