BAB 12

4.6K 191 1
                                    

Luth Zafran membuka pintu. Berkerut dahi tatkala langsung tiada sahutan. Sejak tadi lagi dia teriak memberi salam tapi tudak terjawab.

Kakinya melangkah perlahan ke dapur apabila telinganya menangkap bunyi bising di dapur. Dia menjengkuh kepalanya melihat bunyi bising itu. Seketika dia menggeleng kepala sambil tersenyum kecil melihat apa yang berlaku.

"assalamualaikum" sapanya menyentakkan kedua-dua gadis itu.

"abang.. "

"along.. "

Jerit mereka serentak. Irish dan Aisyah berlari anak mendekati Luth Zafran.

"walaikumsalam" jawab Aisyah lembut. Tangan Luth Zafran di raih dan di kucup lembut. Wajahnya di angkat kembali.

"sorry.. Aisyah tak dengar pun abang dah balik" ujarnya. Luth Zafran hanya tersenyum kecil.

"along.. Rindunya" sapa Irish pula. Terus tubuh Luth Zafran di peluk erat.

"bila datang sini?" tanya Luth Zafran. Irish melepaskan pelukan. Wajah cemberut Aisyah tidak di hiraukan. Malah dengan sengaja dia merengkul lenggan Luth Zafran. Sengaja bagi Aisyah cemburu.

"tadi pagi. Irish tidur sini ye.. " pintanya mendonggak memandang wajah Luth Zafran dengan sengihan.

"okey.. " jawab Luth Zafran sepatah.

"ishh.. Kau ni kan.. " tiba-tiba Aisyah menolak lembut tubuh Irish menjauhi. Tangannya di depa menghalang Irish memeluk Luth Zafran. Suaminya yang berada di belakang Aisyah itu terkebil-terkebil dengan perangainya.

"janganlah peluk. Ni aku punya. Kau carilah laki kalau nak peluk" katanya memberi amaran. Di pandang tajam Irish bagaikan pisau.

"ishh.. Abang aku juga suka hatilah. " ujar Irish sambil menjelirkan lidahnya. Baru saja dia mahu memeluk tubuh Luth Zafran. Aisyah menghalang.

Lenggan Luth Zafran di tarik naik ke lif sebelum sempat Irish mengejar. Laju saja dia membawa lari Luth Zafran kepunyaanya itu. Dengan terpaksa Luth Zafran juga ikut berlari.

"tengokan ayam tu kejap. Aku nak manja-manja dengan LAKI aku kejap" sempat dia menjerit. Sengaja perkataan laki itu di tekan kuat.

Pintu bilik mereka di tutup setelah sudah masuk ke dalam. Aisyah terus mendekati Luth Zafran. Di peluk erat tubuh itu. Wajahnya di sembamkan di leher Luth Zafran menghidu bau dari badannya.

"Aisyah rindu kat abang. Rindu Aisyah tak?" tanyanya sambil memandang wajah masam suaminya.

"buang masa nak rindu kau" katanya selamba. Pelukan di lepaskan. Dahi Aisyah sempat di jentik kuat.

"ish.. Sakitlah.. Sampai hati" rajuk Aisyah. Bibirnya sudah mula memuncung. Luth Zafran mengerling sekilas. Tangannya sibuk membuka tali leher.

"meh.. Asiyah buat" katanya. Tangan Luth Zafran di tepis perlahan sebelum menolong membuka tali leher itu.

"abang mandi dulu. Bau masam" ujarnya. Butang kemeja Luth Zafran di buka namun hanya tiga butang saja selebihnya di biarkan.

My PrincessTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang