BAB 10

5.4K 207 0
                                    

"rindu pula dengan budak tu" ujar kadijah sambil menuang kopi buat suaminya. Daut mengerling sekilas wajah mendung isterinya.

"kamu ni. Baru berapa hari tak jumpa dah rindu" kata Daut. Kopi yang masih lagi panas itu di sisip perlahan sebelum meletakkan semula.

"ehmm.. Rasanya apa yang dia buat sekarang ye bang?" tanyanya. Memikirkan anaknya. Terasa rindu sangat dengan anaknya itu. Selalu waktu begini riuh saja ruang makan ini. Mulut anaknya itu buka boleh diam. Ada je nak cerita.

"kamu tu kena biasakan diri. Takkan lah anak kita tu nak tinggal lagi dengan kita. Cuba biasakan diri tu. " pesan Daut dengan suara ketegasaan.

"taulah. Kadijah rindu je" rungutnya.

"nanti call lah kalau rindu" ujar daut. Mee goreng mula di sua kan di mulutnya.

"kita jumpa dia nak?" tanya kadijah teruja. Bulat matanya memandang suaminya. Berharap permintaanya di turuti.

"ishh.. Kamu ni. Nanti kita datang menangis lagi budak. Macam tak kenal dengan perangai terlebih manja anak kamu tu" ujarnya. Suapan masih di teruskan.

"alahh.. Jomlah" desak kadijah.

"nanti-nantiah. Biar dia dengan suami dia dulu. Karang kita jumpa tak nak pula dia lepaskan kamu." ujar daut. Kadijah mengangguk.

"dah makan. Lepas ni kalau nak call. Call lah. Terubat juga rindu tu" katanya. Kadijah tersenyum. Tidak sabar mahu mendengar suara anaknya itu.

"nak call sekaranglah.." belum sempat daut menghalang. Isterinya sudah berjalan laju ke dalam mangambil phone. Kepala di gelengkan.

Beberapa minit kemudian muncul semula isterinya dengan sengihan. Dia duduk di kerusi sambil tangan sibuk mendail nombor anaknya.

Percubaan pertama. Masih tidak bersambut. Kadijah mengeluh. Sekali lagi dia mencuba namun tetap sama.

"nanti jelah. Sibuk kut" tegur daut. Namun isterniya tetap berdegil. Dengan baca bismillah kadijah sekali lagi membuat panggilan.

Senyuman terukir di bibir saat panggilannya di jawab. Anak matanya sempat mengerling wajah daut.

"assalamualaikum anak mama.. " ujarnya ceria memberi salam.

"walaikumsalam.. Mama.. " jerit suara Aisyah di sebelah talian. Mata kadijah mula bergenang dengan air mata. Rindu hanya tuhan yang tahu.

"sayang buat apa tu?" tanyanya mesra. Air mata yang hampir gugur itu laju di seka. Tidak mahu suaminya perasaan.

"tak ada buat apa-apa pun. Tengah sediakan sarapan untuk abang Luth" beritahu Aisyah. Kadijah tersenyum.

"rajinnya anak mama ni" pujinya. Sesekali dia bermain mata dengan suaminya.

" mestilah.. Mama buat apa?"

"tengah makan dengan papa ni." ujarnya sambil menguis-guis mee di pinggannya.

"aisyah sihat?" tanyanya prihatin.

"sihat. Mama dengan papa sihat?" soal Aisyah pula.

"sihat je.. Bila nak balik sini.. Mam rindu lah" katanya. Jelas suaranya mula bernada sebak.

My PrincessWhere stories live. Discover now