47 | the next playboy

2.2K 109 39
                                    

Tujuh tahun kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tujuh tahun kemudian

Aku memegang erat tangan yang kecil itu, memimpinnya masuk ke dalam perkarangan sekolah baharunya. Rata-rata pelajar-pelajar yang lain kebanyakkan sedikit gementar memandangkan ini merupakan kali pertama mereka menjejakkan kaki ke sekolah rendah namun lain pula yang terjadi kepada anak aku.

Awal-awal pagi lagi dia sudah bangun mandi bersemangat pakai baju sekolah. Siap bentangkan sejadah lagi sebelum menunaikan solat subuh. Dengan kerajinannya yang luar biasa pada pagi ini, membantu aku di dapur menyiapkan sarapan pagi.

"Mama, cepatlah sikit! Nanti Faiq lambatlah!"

"Ish sabarlah! Penat tahu tak mama bawa adik kamu yang sorang ni! Nak sangat jalan cepat, jalanlah dengan papa!" Terus anak laki-laki itu menghampiri papanya yang sedang leka bermain telefon bimbit.

"Papa, cepatlah!" Terkejut bukan kepalang Fareeq saat anaknya yang sulung itu menarik kuat tangannya bagi melajukan pergerakan. Aku segera melajukan langkah melihat mereka yang tampaknya semakin menjauh.

"Tengok apa tu?" Keningku terangkat sedikit melihat apa yang terpapar di skrin telefonnya.

"Tengok ni hah. Result malam semalam punya perlawanan. Semalam kan saya tak sempat nak tengok. Orang itulah, tak kasi saya tengok hoki semalam." Bibirnya dicebikkan.

"Eh sorry sikit eh memang patutlah saya suruh awak tidur semalam. Dah nak dekat pukul 12 malam dah waktu tu, lagipun esoknya kan kena hantar anak pergi sekolah?"

"Cakap jelah awak rindu--" lengannya dicubit kuat. Fareeq mengaduh kesakitan. "Auch, sakitlah sayang!"

"Mama... papa...! Mama dan papa buat apa lagi tu hah? Nak bersweet pun, tolonglah buat kat rumah. Sekarang ini kan kita di sekolah Faiq, hormatlah sedikit!"

"Yelah anakku Faiq sayang. Papa minta maaf, eh?" Dahi Faiq dikucup lembut olehnya. "Hmm okey."

"Hmm okey je?"

"Yelah, Faiq dah lambat ni. Tengok tu, diorang sudah mula menyuruh murid-murid baharu untuk daftar di kaunter pendaftaran terlebih dahulu."

"Hish Faiq sayang ni, tak menyabar betul. Mama dan papa tahulah, sekejap eh. Jom kita pergi mendaftar dahulu." GILA TAK RILEK ANAK AKU NII HAHAHAH. DAHLAH AKU TENGAH MENGANDUNG NI SEMPUT AKU.

"Tengku Faiq Amzar eh? Sila tandatangan di sini." Borang pendaftaran kehadiran itu ditandatangani oleh anak kecil itu. "Baiklah, kamu semua boleh ambil tempat duduk masing-masing." Kami mengambil tempat yang agak jauh di belakang. Almaklumlah, tak suka sangat dengar orang berucap kann HAHAHHAH.

Hujung bajuku ditarik perlahan. "Mama, Faiq nak pergi tandas sekejap tau." Anggukan diberikan lalu anak itupun hilanglah daripada pandangan kami.

"Dah besar dah anak kita,"

"Hmm..."

"Ini sekolah awak dulu kan? Sekali dengan Alep?"

"Haah..." Kepalanya terus berpaling melihatku. "Dah kenapa bila saya cakap sepatah, awak pun cakap sepatah?"

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now