38 | gaduh

4.9K 260 4
                                    


Tengku Fareeq Aizat

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Tengku Fareeq Aizat

"Kau ada sebab yang munasabah tak kenapa kita kena menyorok di sebalik dinding sedangkan boleh je kita tanya dia?"

Isyarat diam aku tunjukkan kepada Afeeq. "Kalau kita tanya, nanti kantoi lah yang aku care pasal dia. Habis kena bahan aku nanti!"

"Apa masalah nya pun kalau dia tahu? Ohh kau--" Pantas sahaja mulutnya ditutup. Sebelum aku biarkan, baik aku tutup. Nanti tak pasal-pasal benda lain yang keluar.

"Paprik, lama lagi ke kita nak menyorok kat sini? Aku dah kebulur ni." Aniq mula memegang perutnya. Sebenarnya dari tadi aku dengar bunyi daripada perut tu tapi aku malas nak tegur so aku biar je.

"Betul ke Emir dah mati? Sebab kena racun? Siapa yang racun?"

"Kalau kami tahu, dah lama kami bantai orang tu." Terkejut bukan kepalang kami dibuatnya. Nasib baik tak menjerit kalau tak jatuh reputasi.

Dadaku diurut. "Tak reti bagi salam ke apa?"

"Eh reti je. Saja nak tengok anak teruna ni intai apa." Emelda tersenyum sinis. Resah di dada cuba ditepis.

"Mana ada intai apa-apa. Aku tengok orang lain. Tak intai korang pun."

"Tak cakap pun intai kitaorang." Aduhh Fareeq apa benda yang kau cakap ni! Yang kau kelam sangat ni apa hal?

"HAHAHA aduhh penat gelak. Kau patut tengok muka sendiri bila tengah kantoi usha anak dara orang." Terus mereka pergi meninggalkan kami. Kurang ajar.

Lenganku dipegang erat oleh Aniq. Aku dapat lihat mukanya seperti sedang menahan sesuatu. Tolonglah jangan cakap dia nak melepas kat sini. Aku tak sanggup--

"Wei cepatlah aku dah nak mati kebulur ni."

Fuh, nasib baik.

End of Tengku Fareeq Aizat

"HAHAHA KORANG PATUT TENGOK MUKA DIA TADI. SUMPAH LAWAK." Dari tadi sampai sekarang, kami asyik gelak je. Inilah kami, kuat menganjing orang HAHAHA.

"Amboi, kemain gelak. Jaga sikit gelak tu, biarlah ayu."

"Elehh kau Alep. Lantak kitaorang lah kami punya mulut." Ah, dah nak start dah bahas si Farah ni.

"Aku just cakap je. Mana tahu tiba-tiba kalau Hariz lalu nampak kau macam ni, terus tak jadi dia nak buat kau sebagai isteri." Membulat mata Farah dibuatnya. Mulut Alif segera ditutup.

"Kau memang sengaja cari nahas eh? Kau sebut lagi nama jantan tu, aku takkan teragak-agak nak sepak kau punya tengah."

"Woo woo woo lek ah Farah aku memain je."

"Hah, itulah kau. Lain kali, jangan memain dengan si Farah ni. Dia padu taekwondo tahu? Kalau tak, habis kau kena terajang dengan dia."

"Kalau kau terajang aku, aku tak jadilah nak bagi tiket Legoland kat korang." Alif sudah berkira-kira untuk pergi. Tiket Legoland? Siapa yang tak nak? Rezeki woi!

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang