43 | it's you

5K 284 55
                                    

"Fawwaz, campak budak-budak tu keluar dari sini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Fawwaz, campak budak-budak tu keluar dari sini." Jari telunjuknya ditujukan ke arah Aniq, Afeeq, Hariz dan Fareeq untuk menghalau mereka keluar.

"Fareeq sekali ke boss?"

"Tak. Biar dia tinggal. Aku dah lama nak bunuh dia." Mereka ditolak secara kasar oleh Fawwaz.

Fawwaz? Huh. Bukan dia ke yang tolak aku masuk dalam sungai tu?

"K-Kenapa kau buat macam ni?" Kepala Eidil yang terletak di atas riba, aku alihkan ia perlahan ke atas lantai.

"Kenapa kau tanya?" Lelaki itu berjalan menghampiriku. Aku memberanikan diri merenungnya.

"Well kalau kau nak tahu sangat." Topeng hitamnya itu dicabut menampakkan wajahnya yang kian terserlah. Lidahku kelu saat melihat wajahnya.

"A-Alep?"

"Yes, aku. Kenapa? Kau masih tak percaya lagi?"

"Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau bunuh abang aku? Kenapa, kenapa, KENAPA ALEP?" Kolar bajunya dicengkam. Aku gagahkan diri untuk berdiri demi membela kematian arwah along. Mana mungkin aku akan membiarkannya sahaja!

"Sebab apa? SEBAB KAULAH! Aku buat semua ni supaya kau nampak, aku ada di sisi bila kau perlukan." Kepalaku ditolak kasar menyebabkan badanku terdorong ke belakang.

"Aku masih tak faham kenapa kau sanggup pilih dia daripada aku. TELL ME MEL, APA YANG DIA ADA, YANG AKU TAK ADA?" Rambutku ditarik kuat olehnya. Empangan air mataku akhirnya pecah kerana tidak mampu menahan lagi kesakitan yang teramat ini.

"KENAPA KAU PILIH JANTAN YANG TINGGALKAN KAU BERBANDING AKU YANG SETIA DENGAN KAU?" Aku terdiam seketika tatkala merasakan cengkamannya pada rambutku kian terlepas. Aku berpaling ke belakang melihat apa yang terjadi.

Bibir Alif yang berdarah tidak dihiraukan. "Dan kau datang ke sini nak acah hero ke apa ni? Tolonglah. Jantan macam kau tak layak berdamping dengan Mel."

"Macamlah kau tu layak sangat." Sebuah tumbukan padu dilepaskan pada perutnya menyebabkan dia senak sebelum kembali tersenyum sinis.

Sebilah pisau yang terletak di atas meja diambil oleh Alif lalu berlari ke arah Fareeq. Mujur dia sempat mengelak daripada sia-sia je mati dibunuh oleh budak psycho tu. Sebuah tumbukan dilayangkan tepat ke arah tulang rusuk Alif menyebabkan dia jatuh terduduk.

Sakit chorr tulang rusuk tu. Kang tak pasal-pasal tak ada jodoh pasal tak ada tulang rusuk. Okey okey tak lawak.

"Itu je?" Pertanyaan yang memang minta pelempang oleh Alif itu menyebabkan Fareeq langkah seribu ke arahnya.

Senyuman sinis dihadiahkan sebelum dia pergi dari situ menampakkan sebuah meja bersama dengan pisau yang amat banyak. Belum sempat Fareeq ingin mengelak, lengannya menerima luka yang agak banyak dek kerana tercucuk dengan pisau. Alif sengaja mengundang kemarahannya agar termasuk dalam perangkap nya.

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now