12 | reject

9.9K 578 28
                                    


Still Tengku Fareeq Aizat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Still Tengku Fareeq Aizat

Hari ni, aku akan buat cabaran tu. Korang fikir aku ni lembab sangat ke? Aku pasti akan berjaya punya!

"Hai sayang." Sapaku mesra kepada Emelda. Atau yang paling tepatnya, terpaksa.

"Sayang kepala badut kau. Siapa sayang kau hah? Kambing? Mak cik cleaner?" Kepala badut kau panggil aku? Hello, aku lagi hensem tau daripada badut.

"You lah sayang I. Kalau tak siapa lagi." Euw, nak termuntah aku dibuatnya.

"Kau merepek apa pagi-pagi ni hah? Kau mabuk ke apa?" Amboi sesedap taik lembu je kau kata aku mabuk.

"I mabuk dengan panahan cinta you. Tajam sangat tau. Nak tengok jantung I?"

"Tak nak."

"Ala, you ni." Aku terus menarik tangannya ke dadaku.

Okey suasana menjadi awkward sekejap.
Sebab,
Kenapa jantung aku buat hal pula ni?

End of Tengku Fareeq Aizat

Aku tak tahu kenapa dengan diri aku ni.
Aku tahu ni salah tapi,
Seolah-olah jantungku menerima sahaja apa yang berlaku.
Sedangkan otak aku kata jangan.

Kenapa jantung Fareeq berdegup laju sangat ni?
Kenapa jantung aku buat hal pula ni?

Aku terus melepaskan tanganku daripada genggamannya setelah sedar apa yang berlaku. Dia seolah-olah baru menyedari yang dia ada pegang tangan aku tadi.

"Bye princess. Kita jumpa waktu rehat nanti ya?" Cis. Tengah tahan malu lah tu.

"Amboi, happy nya kawan aku ni!" Terkejut aku dibuatnya. Nasib baiklah Farah.

"Bukan main lagi eh kau. Ber 'sweet' dengan Fareeq eh?"

"Bila masanya aku ber 'sweet' dengan dia?" Alamak, dia nampak ke adegan yang memalukan tu?

"Tak bhai. Kau fikir aku tak nampak? Nasib baik aku tak rakam. Kalau tak, viral kau nanti."

"Please Parah, dia yang mulakan dahulu. Dia yang tarik tangan aku dulu."

"Habis tu kenapa kau tak tarik balik tangan kau?" Tergamam aku dibuatnya. Tak tahu nak jawab apa.

"Aku rasa kau dah mula suka dia lah."

"Ish mana ada!" Aku terus meninggalkan Farah keseorangan. Tak mungkin perasaan seperti itu akan wujud dalam diri aku!

*****

"Hai sayang!" Sapa Fareeq mesra kepadaku sambil membawa dulang makanannya.

"Eh apa yang kau buat kat sini? Kau tak nampak ke aku nak makan?"

"Tapi I nak makan dengan you."

"Kau pergilah makan dengan kawan-kawan kau tu. Kesian diorang."

"Alaa bukannya selalu I dapat makan dengan you. Susah tau." Kata Fareeq sambil mengenyitkan matanya. Ya Allah, budak ni dah sakit mata ke apa? Aku terus bangun dan pergi ke sebuah pondok berdekatan dengan kafeteria itu.

"Can't you stop following me?!" Ish, dah naik baran dah aku dibuatnya. Di mana-mana sahaja yang aku pergi, pasti dia akan ikut. Dia ni manusia ke robot?

"I can't because I can't leave without you." Manusia-manusia di kafeteria sudah mula memainkan peranan masing-masing . Ada yang membawang, ada yang stalk dan ada yang menjadi pemerhati.

"Sebelum tangan aku ni sempat mendarat ke muka kau, baik kau blah!"

"I tak kisah you nak buat macam mana pun! I nak semua orang tahu yang i cintakan you! I love you Tengku Emelda Natasya!" Bunyi-bunyi burung sudah mula bergema di kafeteria. Ya Allah, boleh tak stop malukan aku?

"Eh aku tak kisahlah kau suka aku ke apa, tapi please tolong jangan malukan aku!"

"I takkan stop selagi you tak jawab soalan i." Aku mengetap bibir. Apa yang aku nak jawab ni? Semua pandang aku dengan mata yang bersinar kecuali...

Zakwan dan Farhana.

"Promise me kau takkan malukan aku dah lepas ni!" Fareeq menanti dengan muka yang penuh harapan.

"Aku reject kau." Aku terus pergi meninggalkan mereka dalam keadaan yang terpinga-pinga .

Ada sesiapa mengharapkan aku date dengan Fareeq ke?

Tengku Fareeq Aizat

WHAAAATTT?? KAU REJECT AKU???

"Wow aku bangga dengan kau. First time kena reject depan orang ramai ke apa haha." Perli Hariz. Cis.

"Ala lek ah ni baru first try."

"First try? Aku tengok macam last try je." Perli Afeeq pula. Kurang asam.

"Eh korang bagi aku sebulan kan nak pikat hati dia. Korang tunggu je, aku pasti dia akan terpikat dengan aku."

"Wah bagus-bagus. Yakin kepada diri sendiri." Kata Aniq pula. Korang tunggu jelah, aku akan pastikan dia sukakan aku.

End of Tengku Fareeq Aizat

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now