10 | keluar sekali

10.9K 638 17
                                    


"MEL!" Jerit Emir dan Eidil sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam wadku

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

"MEL!" Jerit Emir dan Eidil sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam wadku. Aduh , ini ke abang aku? Aku tak mengakulah macam ni.

"Kamu okey tak ni?"

"Ada sakit kat bahagian mana-mana tak?"

"Ish, lek ah Eidil kau kelam sangat ni apa hal?" First time aku tengok Eidil caring gila kat aku. Serious kelam gila muka dia.

"Mana taknya? Kepala kau berbalut kot!"

"Hmm.. yelah."

"Siapa yang buat baby bucuk along ni?" Tangan Emir mula naik untuk mengusap pipiku.

"Pfft. Baby bucuk." Kata Fareeq perlahan namun dapat didengari olehku. Woah, main kasar nampak?

"Itu." Jari telujukku ditujukan ke arah Fareeq. Heh, padan muka.

"Eh kau? Kau bukan ahli The Collosal ke?" Wajah Eidil mula berubah apabila melihat Fareeq. Haih, apa pula ni? The kolosel bagai?

"Hai abang Ed." Sapa Fareeq, Hariz, Afeeq dan Aniq mesra. Hah? Apa pula ni? Siap buat brother shake lagi.

"Jap jap. Macam mana kau kenal abang aku ni?" Pelik bin ajaib betul benda ni.

"Itulah. Kecil je kan dunia. Pusing-pusing balik, rupanya kitaorang kenal abang kau. Pusing-pusing balik, jumpa kau. Jodoh kuat lah katakan." Kata Fareeq selamba. Bantal hospital itu aku baling tepat ke arah muka dia.

"Jodoh kuat lah sangat."

"Aik? Mana tahulah kan." Usik Hariz pula. Apa hal ni?

"Ehehe sorry aku tak bagitahu kau terlebih dahulu." Aik? Apa hal angah aku sorang ni?

"Aku komposer diorang." Ternganga aku dibuatnya. Eidil komposer lagu?

"Wah! Tererlah kau kalau macam tu!" Tak semena-mena dengan itu, dia terus menguak rambutnya ke belakang. Eceh. Menyesal puji.

"Oh awaklah komposer lagu The Collosal! Wah, saya dah lama teringin nak jumpa!" Kata Farah dengan nada yang sedikit teruja.

"Awak peminat saya ke?" Eidil mula menunduk. Sejak bila pula dia kenal apa itu erti malu ni?

"Mestilah! Setiap masa saya akan terfikir pasal awak! Handsome nya!" Hariz terus berdehem. Aik? Jeles ke?

"Uit uit jeles ke?" Lengan Hariz disiku perlahan oleh Aniq. Sebuah renungan tajam diberikan kepada Aniq.

"Dahlah. Ed, jom balik. Mel sayang ada nak pesan apa-apa tak?" Tanya Emir dengan nada yang lembut. Aku rasa kan kalau perempuan lain dengar mahunya cair kat sini juga.

Along ni romantik orangnya!

"Ferrero Rocher, please? Mel dah lama teringin nak makan." Wajah yang paling comel pernah aku buat ditayangkan kepada Emir. Oops. Wajah paling hodoh, okey?

"Anything for my cupcake. Esok along bawa ya? Mel sayang rest dekat sini okey?" Aku mengangguk. Sebuah ciuman di dahi dihadiahkan sebelum Eidil itu terus ditarik oleh Emir. HOHOHO padan muka.

"Wah sweet gila along kau!" Puji Amyra. Afeeq hanya menjeling dari jauh. Okey kes jeles punya pasal.

"Ed ada six pack tak?" Tanya Aqilah. Amboi kau Qilah aku ingat kau badar sangat rupanya sama je.

"Pfft. Six pack? Boroi doh." Penafian. Ed tak boroi pun. Dia ada six pack lagi hah engkau. Tapi tulah. Takut viral nanti semua berebut. Full package lah katakan.

"Emir dengan Ed dah berpunya ke?" Aku boleh nampak yang mata Farah disinari dengan cahaya pengharapan.

"Emir dah, Ed belum." Amyra mengeluh perlahan. HAHAHA. Tak ada peluang. Afeeq yang melihat reaksi wajah Amyra itu tersenyum kemenangan.

Sementara dengan itu, Farah dan Aqilah masing-masing gembira sebab mereka masih ada peluang.

"KITA ADA PELUANG WEI!"

"YEAY BOLEH AH JADI GIRLFRIEND ED!"

"AKU BOLEH NAMPAK FUTURE IMAM AKU!"

Euw geli gila doh. Fareeq, Hariz dan Aniq hanya mampu pasrah mendengar jeritan orang gila di dalam wad ni.

"Woi beruk." Fareeq terus memandangku. Oh sedar pun diri kau tu beruk.

"Apa hal?"

"Keluar jom. Pekak doh telinga aku."

"Hah jom." Kami keluar dari wad itu secara senyap. Biar diorang ingat kitaorang hilang!

"Perghh, aku rasa kita kena jumpa doktor lepas ni."

"Nak pergi mana ni?"

"Baskin Robbins jom. Aku craving ais krim doh." Cadangku sambil mata yang disinari dengan cahaya harapan. Dah terikut Farah lah pula ni.

"Childish gila."

"Lantak akulah." Kami selamat tiba di kedai Baskin Robbins. Aku terus memilih perisa yang aku inginkan.

"Beruk kau tak nak ke?" Dia menggeleng. Cadangnya nak belanja dia sekali tapi dah dia tak nak. Jimat duit aku HOHOHO.

Aku makan ais krim itu dengan penuh lahapnya. Macam orang tak makan setahun pun ada. Fareeq yang berada di hadapan ku tidak endahkan.

Sekarang ni apa yang penting, habiskan ais krim ni dulu!

"Pfft."

"Apa kau? Tak pernah tengok orang melahap ais krim ke?" Apa hal doh beruk ni? Nak tersembur pun dekat sinki lah!

"Comot." Sehelai tisu dihulurkan kepadaku. Aku terus mengambilnya tanpa rasa bersalah.

"Pfft. Malulah tu."

"Malu apa benda nya?"

"Tak ucap terima kasih ke?"

"Tak."

"Tak payah ah nak kerek sangat."

"Nak juga." Fareeq sekadar pasrah mendengar jawapan aku. HAHAHA PADAN MUKA.

"Tengku Fareeq Aizat? Is that you?" Tanya seorang gadis yang berkulit putih kemerahan.

Ni awek mana cun sangat ni?

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon