01 | cliche things

18.2K 931 25
                                    

7 tahun selepas itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

7 tahun selepas itu....

Orchid Villa Residence

"APA?!" Aku mula membentak tidak puas hati dengan keputusan abang-abangku. Mana tidaknya, ada ke patut along dengan abang Ed suruh aku pindah sekolah lain? Memang taklah.

"Janganlah macam tu, Mel. Along sudah selesaikan urusan pendaftaran Mel tau." Emir mula memujuk.

"Mel tak suruh pun along pergi daftarkan Mel. Mel tak nak pindah!" Kaki dihentakkan tanda protes.

"Eh kau tak dengar ke apa yang along cakap? Along suruh kau pindah sekolah je, bukan pindah negara pun!" Amarah yang disimpan oleh Eidil tidak dapat ditahan lagi. Kan dia dah marah tu.

Aku tersentak. Tidak pernah aku melihat Eidil memarahiku sebegitu sekali. Bengis. Itu sahaja yang mampu diucapkan tatkala melihat wajah Eidil.

"Mel tak nak berpisah dengan kawan baik Mel... " Perlahan sahaja aku berkata namun masih dapat didengari oleh Emir.

"Mel sayang, i know this is hard for you. But, this is the best for you from us." Kata Emir lalu memelukku. Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya dilepaskan juga.

"Mel pindah sekolah eh?" Tanya Emir sambil tersenyum manis ke arahku.

"Okey." Jawabku sambil membalas senyumannya itu. Dia terus naik ke atas dan masuk ke dalam biliknya. Skrin iPhone X itu dibuka. Aplikasi hijau terus ditekan.

Sayang Selamanya

melyangcomel
Sorry guys aku kena pindah sekolah nanti


aisyahohoho
What do you mean by that? Maksud kau, esok kau pindah sekolah ke?

hanadulset
Beb jangan macam ni. Siapa nak jadi tukang buat lawak hambar nanti?

melyangcomel

Sorry tapi memang esok aku pindah. My brothers choice. Aku tak boleh nak buat apa-apa.


ain irdina
It's okay. Kalau itu yang terbaik, kau pergilah.


melyangcomel
Amboi Ain kau halau aku nampak?


aisyahohoho
Ain!!!! Apa ni?!!!

ain irdina
Ish, mana ada lah.

hanadulset
Good luck kat sekolah baru, beb. Jangan lupa kitaorang.


melyangcomel
Mana mungkin aku dapat lupakan korang yang gojes ni.


aisyahohoho
AHAHAHA perli nampak?

melyangcomel
°3°


ain irdina
Mengada ah korang. Good luck kat sana, beb.

aisyahohoho
Good luck juga.

Aku terus menutup iPhone itu. Aku berharap aku akan baik-baik je dekat sekolah baru nanti.

*****

Mourient Private Highschool

Kereta Audi R8 yang dipandu olehku dibawa masuk ke dalam perkarangan sekolah. Dekat sekolah ni, para pelajar dibenarkan untuk bawa kereta ke sekolah.

Tapi khas untuk form 5 jelah. Habis tu, takkanlah budak form 1 bawa kereta Mercedes ke sekolah? Aiyoo... fikir logiklah.

Aku berjalan menuju ke pejabat. Dari tadi aku perasan budak-budak ni asyik tengok aku. Dah kenapa?

VROOM! Sebuah motor besar yang berjenama Kawasaki berada di hadapanku. Aku tak faham betullah dengan driver motor ni. Tak nampak aku ke apa?

"Woi, sanalah sikit."

"Apa kau kata? Aku tak dengarlah." Tanya lelaki itu dengan nada yang kuat. Itulah kau pakai helmet besar-besar kan dah pekak!

Namun, siapa sangka sebaik sahaja aku cakap macam tu dia terus buka helmet dia. Wow, dia boleh dengar ke yang aku tengah kutuk dia tadi?

"Hah, apa benda kau cakap?" Katanya sambil meraupkan rambutnya ke belakang. Alamak mamat ni buat hati kita cair pula!

"Aku cakap sanalah sikit. Aku nak jalan ni."

"Jalan lain kan ada. Anyway, lantak akulah aku nak parking kat mana. Tak kacau life kau pun."

"Eeii mamat ni. Memang kacau life akulah jawabnya bila kau sekat jalan aku. Aku nak jalan kan!"

"Kau buta ke apa? Sebelah sana ada jalan kan, kau jalan lah sana."

"Masalahnya aku tak tahu tu jalan ke mana! Eeii tepilah aku nak pergi pejabat ni!" Badannya ditolak kasar namun tidak berganjak walaupun sedikit.

"Oh I see. Kau budak baru kan? Patutlah berani gila."

"Memanglah aku berani. Apa masalahnya? Kau tu pun manusia biasa juga."

"Eeii aku kan dengan minah ni. Kau belum kenal aku siapa."

"Oh ya ke aku tak nak kenal pun. Anyway, aku ada nama."

"Hah kesah apa aku." Dia terus memakaikan kembali helmetnya dan terus memecut pergi. Aku hanya tersenyum sinis.

Mamat tahi hidung masin 0
Aku 1

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now