29 | hati kecai

5.5K 314 13
                                    


"Saya nak kamu dengan partner kamu bekerjasama buat eksperimen ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Saya nak kamu dengan partner kamu bekerjasama buat eksperimen ni. Kalau saya nampak tiada kerjasama antara kamu, saya akan tolak markah kamu kepada 0!" Tegas sahaja Madam Puteri berkata. Wuish, seram betul ni.

"Aku buat eksperimen ni, kau tulis laporan. Amacam? Okey tak?" Aku hanya mengangguk. Baguslah. Tak payah lah aku buat kerja berat-berat. Dengan menggunakan kudrat yang ada, aku cuba untuk merangka laporan itu terlebih dahulu. Takut silap nanti mana boleh padam balik.

"Masa tinggal dua minit lagi!"

"Mel tolong titiskan cecair tu sekejap. Aku nak pergi tandas jap." Anggukan diberikan tanpa melihat mukanya. Terus sahaja cecair itu dititiskan mengikut kuantiti yang telah ditetapkan. Setelah itu, aku menyambung kembali menulis laporan yang tergendala.

"KAU BUAT APA NI HAH?!" Tersentak aku dibuatnya apabila mendengar Zakwan mula menjerit marah. Wajahnya yang bengis itu takut untuk ku lihat.

Jari telunjuknya ditujukan ke arah cecair yang dititiskan olehku tadi. "AKU SURUH KAU TITISKAN CECAIR TU JE, BUKANNYA TUANG SEMUA!"

Terkejut aku dibuatnya. Bikar itu dilihat semula. Tak, tak mungkin! Aku titiskan cecair tu betul-betul ikut sukatan dia. Macam mana pula boleh terlebih banyak ni? Dahlah dia punya banyak tu memang banyak betul!

"Sumpah, aku betul-betul titiskan ikut sukatan dia."

"Kau nak tipu apa lagi hah? Dah terang-terang kat meja ni hanya ada kau dan aku. Kalau aku pergi tandas, tinggal kau sorang. Takkanlah hantu pula nak buat kot? Kau fikir hantu belajar chemist?"

Linangan air mata cuba ku tahan. "Ya Allah, sumpah, aku tak tipu, Zack. Kenapa aku nak buat benda ni sedangkan kita satu team?"

"Jangan bersumpah dengan nama Allah kalau kau menipu! Satu team kau kata? Aku? Dengan kau?"

"Tapi Zack, aku--"

"Dahlah tu Mel. Aku malas nak layan kau. Kira aku baik lah juga ni nak satu team dengan kau. End up kau hapuskan kepercayaan aku kepada kau." Bayangan Zakwan mula hilang daripada pandanganku. Aku dapat melihat satu mata yang asyik bersama dengan senyuman sinis di bibirnya.

Ya Allah, apa aku nak buat ni? Sungguh, aku tak buat pun benda ni!

"Tengku Emelda Natasya dan Zakwan Farihin, kosong markah!" Kerusi roda terus ditolak keluar daripada makmal itu. Aku sudah tidak mempunyai markah untuk subjek itu, mengapa aku mahu duduk lama lagi di situ? Destinasi pertama yang ingin ditujui, belakang sekolah.

Otak ku sakit ketika ini. Stress dan segala benda menyerabutkan otak aku ketika ini.

"Rampumpumpumpum, let's kill this love!" Afeeq yang asyik menyanyi lagu rampumpumpumpum itu terus berhenti apabila melihatku di situ.

"Wei kau kenapa ni? Kenapa nangis? Hah? Mel jawablah jangan blue tick aku woi."

"Wei Feeq kau dah bawa beg ke-- eh Mel kenapa ni?" Hariz yang entah dari mana turut berjalan menghampiriku.

"Aku nak mati! Aku tak nak hidup!" Rambut yang sudah pun kusut-masai bertambah lagi kusut.

"Mel kenapa cakap macam ni?"

"Semua orang benci aku, Riz. Dahlah cacat, menyusahkan pula tu."

"Shush shush shush, dah-dah jangan cakap macam tu. Aku tahu cara nak release kan stress kau."

"Macam mana?" Afeeq dan Hariz saling berpandangan.

"Fly jom."

*****

"Wei tak lawak doh kau fikir macam mana aku nak panjat pagar guna kerusi roda hah? Kau fikir aku superman?"

"Alaa nanti kami campak kau ke sebelah sana." Telinga Afeeq dipulas kuat.

"Amboi kau nak campak-campak aku pula. Tak cukup dengan badan aku serupa cacat ni, terus lumpuh kang naya aku nanti."

"Kau jangan risau. Sebelah sana nanti kau akan mendarat atas tilam yang lembut." Hariz cuba untuk meyakinkan aku.

"Sungguh?"

"Sungguh... ku merasa resah... untuk menilai... sesuatu yang indah~" Sekali dengan gaya si Afeeq ni menyanyi. Nasib ahli band Collosal je kalau tak dah lama aku sumbat belacan masuk mulut.

"Hah yelah-yelah. Campak elok-elok tau. Kalau tak, aku kerat badan korang."

"Wuish, psycho betul kau ni." Terus Hariz mengangkat aku dan dengan membaca bismillahirahmanirrahim, dia mula mencampak aku. Wow, sekarang baru aku percaya aku boleh terbang. I believe I can fly, you mati I bye bye.

Nampaknya betul kata-kata si Hariz ni. Ada tilam empuk menanti kami yang terbang ini untuk mendarat. Jap. Apa tadi? Kami kan aku cakap tadi? Maknanya--

"To infinity and beyond!" Dengan lagak apa nama patung dalam Toy Story tu si Afeeq ni mendarat. Pengaruh kartun betul budak ni. Cool je Hariz mendarat tak macam Afeeq.

"Wei aku nak jalan macam mana?" Masing-masing terdiam. Nampak sangat diorang sebenarnya tak fikir pun macam mana aku nak berjalan. Well nampaknya aku kena jadi pacat lah hari ni.

"Jangan risau. Aku tahu apa nak buat." Dengan sekali klik di punat kunci keretanya, terus kereta milik Afeeq di hadapan kami. Mulutku di nganga seluas-luasnya.

"Dahlah tutup mulut tu. Penuh lalat kang aku tak nak tanggung." Nasib aku boleh jalan sikit ni. Kalau tak memang aku kena mengesot lah jawabnya. Beberapa helai baju dicampakkan ke muka aku.

"Pakai baju tu. Nanti kantoi pula kita ponteng nanti."

Wajah Afeeq dijeling. "Korang ni memang spesies tak reti nak bagi elok-elok ke? Dahlah campak aku tadi, lepas tu campak baju pula ewah-ewah."

"Aduh dahlah tak payah ungkit kalau kami tak campak kau, lagi teruk kau menangis tadi."

"Baju ni nak tukar kat mana ni?"

"Kat dalam kereta lah." Selamba sahaja Hariz menjawab.

Lengannya dipukul kuat. "Lawak apa nak tukar dalam ni? Kalau korang tak apalah masalah nya aku ni perempuan!"

"Jadi?"

"Takkanlah aku nak tukar baju kat sini! Korang kan lelaki! Bukannya aku tak tahu semua lelaki ni pervert!"

"Eh eh kami tak okey."

"Yelah tu. Sekarang bolehlah cakap, nanti skodeng juga."

"Ke kau memang nak kami skodeng kau? Dari tadi tak percaya yang kami ni bukannya spesies macam tu." Membulat mata aku dibuatnya apabila mendengar ayat daripada Afeeq itu.

"Ish yelah-yelah. Jangan korang tengok belakang sudah."

"Iyalah."




Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now