09 | hospital

11.2K 666 30
                                    


Still Tengku Fareeq Aizat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Still Tengku Fareeq Aizat

"Kau termenung apa lagi tu?" Tanya Afeeq. Tanpa menghiraukan soalan dia, aku terus mengangkat Emelda dengan gaya bridal style. Aku membawanya ke Klinik Mourient. Terasa berdosa angkat anak dara orang dengan gaya sebegini, tapi lantaklah. Inilah yang dinamakan rezeki. Heheheh.

Klinik Mourient

"Nurse! Nurse!" Jeritku kepada nurse yang berada di dalam klinik itu.

"Ya Allah Fareeq apa yang kamu buat ni?"

"Tolong rawatkan dia boleh tak?" Nurse itu mengangguk. Dia terus merawat Emelda.

"Lain kali jangan hantar dia lambat ke klinik. Kamu tengok sekarang ni. Dia dah kekurangan darah. Kamu kena hantar dia ke hospital."

"Habis tu Fareeq kena hantar dia ke hospital lah ni?" Nurse itu mengangguk. Tapi, memang patut pun. Tengoklah. Banyak betul darah yang keluar daripada kepala dia.

Aku mengangkatnya sekali lagi dan membawanya menuju ke keretaku.

"Paprik kau nak pergi mana tu?" Pertanyaan daripada Hariz itu aku biarkan begitu sahaja. Tak ada masa dah nak jawab soalan korang. Aku memecut kereta Ferrari ku laju. Mujur hari ni bawa kereta.

Kalau bawa motor macam mana? Macam mana nak bawa Mel kalau macam tu?

Hospital

"Nurse tolong panggilkan doktor untuk saya!" Kataku resah kepada nurse yang menjaga kaunter.

"Hah? Baiklah." Dia terus menelefon seorang doktor. Tidak lama kemudian, seorang doktor perempuan menghampiri kami.

"Ada apa yang boleh saya bantu?"

"Doktor tolong rawatkan kawan saya ni. Dia sudah kehilangan banyak darah."

"Allahu, baiklah." Dia dan nurse tadi terus membawa Emelda ke wad kecemasan.

Semoga Allah melindunginya daripada sebarang bahaya.

Tidak lama kemudian, doktor itu menghampiriku. "Macam mana dengan keadaan kawan saya, doktor?"

"Macam ni. Kawan awak kehilangan banyak darah. Dia memerlukan seorang penderma darah yang sama dengannya."

"Darah jenis apa doktor?"

"O." Jawabnya ringkas. Kemudian, aku terdengar bunyi tapak kasut menghampiri kami.

"Fareeq! Macam mana dengan keadaan dia?" Tanya Farah. Dia datang bersama dengan kawan-kawan dia yang lain.

"PAPRIK! YA ALLAH PENAT KITAORANG CARI KAU!" Laung Hariz dari jauh bersama dengan Aniq dan Afeeq. Cis. Malukan aku depan orang ramai.

Nasib keadaan tengah kritikal.

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now