25 | sungai

6.7K 390 28
                                    


Tandas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tandas

"Allahu." Aku lemah dalam pelukan Amyra. Nasib baiklah Amyra masuk tandas ni. Kalau tak, keseoranganlah aku jawabnya.

"Wei Myra kau berak ke apa haa-- eh Mel." Farah dan Aqilah yang baru sahaja tiba di situ berlari mendapatkanku .

Bahu Amyra ditolak perlahan oleh Farah. "Wei Myra, kau buat apa hah kat dia sampai menangis macam ni?"

"Aku tak buat apa-apa okey? Aku yang tolong tenangkan keadaan."

"Hek eleh yelah tu. Entah-entah kau yang buat dia nangis macam ni." Aqilah mula menyokong kata-kata Farah.

Bibir menguntum senyuman segaris. "Mana ada lah. Aku okey je."

"Okey kau kata? Cuba bagitahu sikit apa yang Myra buat kat kau. Meh roger dengan aku." Farah cuba mencari sebarang tanda yang dibuat oleh Amyra.

"Luka tu tak ada kat luar lah. Dia ada kat dalam ni." Tangan dilekapkan pada dada.

"Ini mesti Hana kan yang buat? Apa yang dia buat dekat kau?"

Senyuman nipis cuba dipamerkan. "Tak ada apa-apa lah."

"Alaa Mel, ceritalah!" Farah dan Aqilah menggoncangkan lenganku perlahan.

"Okeylah korang aku pergi dulu tau. Tatatitutu!"

Maaf kerana terpaksa berbuat begini kerana,
Aku tak nak susahkan korang.

Mourient Court

"Program kita akan bermula dengan aktiviti ice breaking. Pastikan tempat kumpulan kamu tu tidak jauh dari sini."

Mata melilau-lilau mencari kawasan yang sesuai. "Hah dekat situ boleh?" Jari ditujukan ke sebuah kawasan yang berteduh dan tidak terlalu panas.

"Hah, jom-jom."

"Eeeuuwww, kau expect aku dengan sayang aku ni nak pergi ke tempat-tempat macam tu? Ergh, low class." Farhana mempamerkan muka jengkel.

"Sekarang ni, siapa yang conduct korang sekarang ni? Aku ke kau?"

"Kalau ya sekalipun, pergilah buat kat tempat lain. Macam kat bilik yang ada aircond ke. Ini tak! Bawah pokok yang ada kerumun semut tu juga yang kau nak."

"Oh aku terlupa pula. Kau mesti tak pernah merasa kan hidup mewah macam aku? Lupa pula yang kau ni tiada mak bapak."

Belum sempat aku ingin berbuat apa-apa, sudah ada bekas tapak tangan yang melekat pada pipi Farhana. Eh? Aku belum mula apa-apa lagi, dah kena tampar dah perempuan ni? Siapa pula yang menampar dia ini? Misteri betul.

Farhana memegang pipinya yang memerah. "Kau! Kau sepatutnya bertugas untuk menjaga aku tapi ini yang kau buat? AKU BENCI KAU MEL!" Dia menarik lengan Fareeq pergi dari situ. Jadah. Apa hal perempuan ini? Tak nampak ke yang aku pun blur dengan situasi sekarang ini?

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now