36 | gone

5.2K 289 35
                                    


kalau nak feel sikit, bolehlah pasang lagu tu kat part yang sedih ii tu

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

kalau nak feel sikit, bolehlah pasang lagu tu kat part yang sedih ii tu

"Tak baiklah tinggalkan along sorang je. Kesian along. Ed dahlah tengah sibuk layan makwe dia lepas tu Mel hilang pula. Tahu tak along risau?" Emir sibuk menikmati spaghetti carbonara nya itu sambil membebel. Nasib tak terkeluar je makanan daripada mulut dia tu.

"Hehehe sorry lah along. Itulah lain kali jangan single memanjang."

"Eh bila masanya along ni single? Ada juga eh orang nak kat along."

"Eleh cakap je ada makwe. Tak bawa jumpa Mel pun." Aku mula mencebikkan bibir.

"Mel apa tahu? Kami ni long distance relationship tapi sebenarnya dekat."

"Hah? Maksud?" Apa hal ayat dia ni makin lama makin keling ni? Setahu aku, aku tak ada abang asal keling.

"Along kan belajar kat US. Dia pun study sana juga."

Lengan Emir digoncang kuat. "Wah, seriously? Siapa orang tu along?"

"Blueekk. Tak nak bagitahu." Lidahnya dijelirkan kepadaku.

"Erm, Mel, along, sorry lah kacau. Ed nak balik dulu tau. Ikha dah mengantuk pula." Aku lihat Zulaikha yang dari tadi asyik tersengguk je. Pfft. Rasa kelakar lah pula. Dahlah kepala tu asyik berpusing je dari tadi.

"Ikha sayang, bangun jom kita nak balik ni."

"Alaaa I malas nak bangun lah, sayang. You angkat I boleh tak?" Amboi, sesedap cucur adabi je kau minta abang aku angkat kau. Apa? Kau fikir kau tu ringan sangatlah? Berat pun macam tong gas.

"Mana boleh sayang. Kita tak halal lagi tak bolehlah sentuh sana-sini. Tunggu I masuk pinang you baru boleh."

"Alaaa takkan sikit pun tak boleh? I penat ni you, kaki I lenguh gila. You angkat I je, bukannya nak buat apa-apa pun."

"Dosa tetap dosa, sayang. You mana tahu pemikiran seorang lelaki tu macam mana. You suruh I angkat you naik kereta, or else I boleh angkat you--" Pantas sahaja tangan Zulaikha menutup mulut Eidil.

"Kau jangan macam-macam eh, Ed. Kau miang sikit, aku sepak kau punya tengah tu." Emir mula memberi amaran.

"Yelah-yelah. I jalan sendiri jelah kalau macam ni." Akhirnya, dia mengalah juga lalu terus mempercepatkan langkahnya menuju kereta.

*****

"WAH!" Terlopong mulut aku dibuatnya. Mana tidaknya, di setiap dinding di rumah ini ada tempat pemegang memudahkan aku untuk berjalan.

"Doktor beritahu, adik just separa lumpuh je. So, ini caranya along dapat bantu Mel."

"Wah, terima kasih along! Mel hargai sangat-sangat!" Tubuhnya dipeluk erat. Rasa macam nak menangis je sebab terharu sangat.

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora