16 | get back? wow

7.9K 475 12
                                    


Hari kedua yang paling membosankan dalam hidup aku tanpa Fareeq

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Hari kedua yang paling membosankan dalam hidup aku tanpa Fareeq. Sejujurnya, aku benar-benar merindui usikan manjanya itu.

"Wei sejak bila diorang get back wei?" Hah? Apa? Get back? Siapa?

Pasangan itu berjalan masuk ke dalam kelas. Semua pelajar yang berada di situ kebanyakannya berbisik di antara satu sama lain.

"Sayang, kenapa mereka semua berbisik? Diorang tak suka eh kita get back?" Tanya Farhana manja sambil bermain dengan lengan sasa Fareeq.

"Entahlah, you. Tak apa, you tak payah hiraukan diorang okey? I kan ada." Fareeq mengusap perlahan wajah Farhana. Kemudian, dia membawa Farhana ke tempat duduknya.

"You nak duduk sini lagi ke?" Tanya Farhana dalam nada yang menyampah.

"Maksudnya?"

"Yelah, you kan benci orang kat depan you ni. Dahlah curang, lepas tu tak minta maaf pula kan?" Sinis Farhana. Aku dapat agak yang dia tengah jeling aku sekarang ni.

"Oh haahlah. Patutlah I rasa 'panas' semacam je tadi." Dia membawa begnya lalu bertukar tempat dengan Zakwan yang duduk di sebelah meja Farhana itu.

"Mel! Kau okey tak ni? Apa jadi wei?" Tanya Farah.

"Nanti aku cerita."

*****

"SERIOUS AH?" Sudah berkali-kali Amyra menghentakkan tangannya ke atas meja. Kau fikir ni mahkamah ke apa nak ketuk-ketuk bagai?

"Woi diam ah sikit, orang lain tengok tu." Marah Aqilah.

"Kuat jeles. Belum apa-apa lagi, dah tuduh kau macam-macam." Kata Farah pula. Aku mengangguk perlahan.

"Itulah pasal. Bukannya nak fikir positif sikit tau. Aku dengan Alep mana ada apa-apa."

"Tapi kan, aku rasa kalau aku jadi Fareeq lah kan, dah lama aku jadi macam tu." Kata Aqilah tiba-tiba.

"Eh asal lak? Korang back up aku ke dia ni?"

"Yelah masalahnya, kan Alep suka kau dulu."

"Jadi? Apa kena mengenanya?"

"Dia takut Alep akan rampas kau daripada dia nanti!" Kata Amyra pula.

"Kenapa pula? Kan Alep memang dah tak suka aku dah. Kitaorang kawan kot."

"Eh susah betullah cakap dengan kau ni. Kau faham tak, sekarang ni, hati manusia boleh berubah-ubah? Tak semestinya Alep dah tak boleh suka kau dah, hanya disebabkan dia dah pernah suka kau dulu!" Terang Farah panjang lebar.

"Ish yelah-yelah." Aku baru sahaja ingin berdiri namun aku dapat lihat ada orang di hadapanku sedang menghalangku.

"I'm so sorry."

"Nah, it's okay. Tak perlu minta maaf pun. Bukannya salah kau pun."

"Hai. Seronok dating dengan pakwe baru?" Sinis sahaja Fareeq berkata.

"Kau pun apa kurangnya kan. Wah, tahniah sebab dapat awek laaaaawwaaa gila." Senyuman sinis aku hadiahkan kepada Farhana yang sedang memberikan jelingan maut kepadaku.

Rumah

"Ini apa hal muka mencuka memanjang?" Tanya Eidil dalam nada yang bersahaja.

"Diamlah. Aku tak ada mood ni."

"Gaduh dengan Fareeq ke apa?" Soalan itu dibiarkan tergantung sepi. Malas nak menjawab soalan tu. Nama contact Fareeq yang terpapar di telefon itu aku tenung lama.

Aku tak boleh tipu yang aku benar-benar merindui dia. Walaupun aku hanya sekadar menjadi teman wanitanya atas dasar aiskrim oreo, tetapi aku tidak boleh menafikan saat aku melihatnya dengan perempuan lain, hatiku menjadi sakit. Biarlah orang nak kata apapun. Perasaan aku, hanya aku sendiri yang faham.

Tengku Hariz Ammar

Music Room

"Mana paprik?" Masing-masing menggeleng. Aku mengeluh perlahan. Menyampah dengan perangai baru Fareeq.

"Sorry lambat." Ucap Fareeq dalam nada yang bersahaja. Sudahlah bawa sekali dengan awek baru dia tu, ish.

"Sayang, sejuklah kat sini." Rengek Farhana manja. Ish, minta penyepak betul lah perempuan ni.

"You nak I buat apa? I tak pakai jaket lah hari ni." Senyuman Farhana semakin melebar.

"Peluk I." EH EH AKU LAH DENGAN PEREMPUAN NI.

"Woi dah lupa halal haram ke apa?" Sinis sahaja Aniq berkata. Mereka menjeling tajam ke arah Aniq. Itu dia badar kita!

"Fikir mata tu lawa sangat ke sampai nak jeling orang?" Kali ini, Afeeq pula yang memerli mereka. HOHOHO. Padan muka.

"Dah-dahlah tu. Jom practice. Malam ni kita ada show."

"Mana jantan drummer tak guna tu?" Kami terkejut mendengar perlian yang diberikan oleh Fareeq itu.

"Asal?" Alif bangun daripada duduknya.

"Wah, dah pandai cari gaduh eh. Dengan aku pula tu!"

"Sekarang ni siapa yang cari gaduh dulu hah?"

"Kaulah! Dasar perampas!"

"You! You janji dengan I yang you takkan ungkit balik pasal benda ni!" Farhana mula menggedik dengan Fareeq.

"Sorry. I terlalu terikutkan perasaan I. Jangan risau. I dah tak suka betina curang tu dah." Pipi Fareeq ditampar kuat oleh Alif.

"Kau jangan suka-suki hati kau je panggil kawan aku macam tu!"

"Oh dia tu kawan kau ke? Boleh tolong kutip tak?" Dengan senyuman sinisnya dia berkata. Makin panas hati kami yang melihat.

"Fareeq! Jangan kurang ajar sangat eh! Kau fikir Mel tu sampah ke nak kutip-kutip bagai?!" Kali ini, aku pula yang menengking.

"Oh kau pun sama je macam diorang? Aku ingatkan kau support aku." Sinis sahaja kata-katanya itu.

"Aku dah penatlah asyik support kau buat benda jahat. Sudahlah awek kau tu Hana. Kalau Mel tak apa lagi!" Kali ini, pipi aku pula yang menjadi sasaran.

"Kau siapa nak tentukan aku couple dengan siapa?! Oh, selama ni kau memang tak ikhlas lah kawan dengan aku?!"

"Fareeq, please bawa bertenang--"

"Kau diam, Afeeq! Korang sama je macam Hariz! Tak ikhlas kawan dengan aku!" Dia terus keluar daripada bilik ini dengan perasaan yang geram. Apa hal sia jantan ni? Nak melebih-lebih pula. Dah macam perempuan datang bulan pula. Nasib member je. Huh.

"Nah, bagi benda ni kat dia." Aniq menghulurkan sehelai kertas yang mempunyai lirik lagu itu kepada Farhana.

End of Tengku Hariz Ammar

"Ed, malam ni aku nak keluar tau." Pintaku kepada Eidil yang sedang sibuk layan Mission Impossible itu.

"Dengan siapa?"

"Kawan."

"Oh. Dengan The Collosal eh?" Riak wajahku terus berubah muram. Sikit-sikit, The Collosal. Eieiei menyampah lah!

"Oh sorry-sorry kacau mood. Hah, pergilah." Dia yang perasan akan pertukaran riak wajahku itu terus memberikan keizinan kepadaku.

"Thanks Ed!"

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang