03 | new friends

14.4K 808 70
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kriiinggg!! Bunyi itu menandakan bahawa sesi rehat telah pun bermula. Haih, baguslah. Aku rehat seorang jelah kali ini.

"Hai." Teguran seorang gadis itu membuatkan aku terkejut tahap beruk nak beranak.

"Oh hai. Ada apa ya awak jumpa saya ni?" Asal aku formal sangat ni?

"Ahahah. Kelakarlah kau ni. Of course lah aku nak ajak kau rehat."

"Oh, seriuslah? Kau rehat seorang ke?" Kekok rasanya bila nak berkenalan dengan kawan baru. Feeling budak baru jap.

"Taklah. Itu. Ada lagi tiga dekat sana. Jom." Tangannya terus menarik tanganku ke meja yang ditujukan tadi.

"Girls, we have a new friend here." Dia mula memperkenalkanku kepada yang lain.

"Oh my god Farah, she is so beautiful!" Puji salah seorang gadis daripada mereka. So perempuan sebelah aku ni ialah Farah rupanya.

"Let's introduce ourself, girls."

"My name is Tengku Farah Amalina. You can call me Farah but please don't call me Amalina."

"Dia tak suka orang panggil dia Amalina sebab nanti orang ejek dia minat Santesh." Bisik seorang gadis yang berada di sebelah aku. Oh ya ke? Baru je nak panggil Amalina tadi.

"Oi oi kau. Hasut dia pula." Gadis di sebelahku mula tersenyum sumbing .

"Nama aku Amyra Sophea. Panggil Myra je pun tak apa."

"Qilah, your turn." Arah Farah. Aqilah sekadar mengangguk.

"My name is Aqilah Najwa. Just call me Qilah." Dia memberikan senyuman yang amat manis kepadaku. Ya Allah, bidadari syurga ke ni?

"So, let me introduce myself. My name is Tengku Emelda Natasya. Just call me Mel. It's a pleasure to meet all of you."

"Wow, kau pun Tengku juga?" Tanya Farah. Aku sekadar mengangguk.

"I guess keluarga kita saling mengenali, mungkin?" Aku hanya mampu tersenyum plastik. Mungkin tak juga. Parents aku sudah tiada. Hanya ada Emir dan Eidil tempat aku nak bergantung.

Tengku Fareeq Aizat

Aku hanya memerhatikan Emelda dari jauh. Mana aku tahu nama dia? Tag nama ofkos!

"You janganlah pandang perempuan lain macam tu!" Farhana di sebelah mula berang. Kesah apa aku. Rimas aku dengan perempuan ni. Murah betul.

"Lantak akulah mata aku. Kau siapa nak jadi remote control aku?" Tersentak dia dibuatnya. Padan muka. Serentak dengan itu Hariz, Afeeq dan Aniq terus datang.

"Yow apa hal ni, paprik?" Dahi Hariz terus ditunjal kuat. Dia mengaduh kesakitan.

"Kau kan suka sangat panggil aku paprik!"

"Well, that's suitable for you! Fareeq dan paprik, lebih kurang je kan?"

"Asal tiba-tiba sound si Hana ni?" Aniq pula mula bertanya. Farhana yang berada di hadapan aku lihat sekilas sebelum mula tersenyum sinis.

"Hana, we break." Tersentak Farhana dan hampir kesemuanya yang berada di kafe ini. Mana tidaknya, suara aku ni cakap sikit macam orang telan mic!

"But sayang, kenapa cepat sangat? Baru dua hari kita couple. "

"Eh aku ni kan The King of Playboy. Aku couple dengan perempuan pun dua hari je. Not more than that or even worse, just 1 minute. Aku pernah buat tau."

Yeap, aku memang pernah buat. Couple seminit. Siapa entah nama dia. Ramai sangat.

"I HATE YOU, TENGKU FAREEQ AIZAT!" Jeritan Farhana itu teramatlah membingitkan satu kafeteria. Tapi, kesah apa aku. Bagi aku, perempuan hanyalah permainan.

End of Tengku Fareeq Aizat

"HAHAHA. Tengoklah muka Hana. Tak puas hati gila." Kata Amyra lagi. Aku sekadar tersengih. Padan muka!

"Eh tapi seriuslah, dia pernah couple seminit je?" Aku mula menyuarakan persoalan yang berada di fikiranku ketika ini. Biar betul mamat tahi hidung masin ni? Seminit je? Macam mana diorang break?

"Yeap. Betul. Nama budak tu Qasdina dengan Syaza. Kesian diorang." Jawab Aqilah. Kesiannya jadi permainan Fareeq!

"Lepas ni, kita semua kena berhati-hati." Nampak macam serius je amaran si Farah ni.

"Kenapa pula?"

"Sebab... kita takut yang kita akan jadi mangsa seterusnya . Setiap buaya pasti akan mencari mangsanya. Tunggu sahajalah, Fareeq akan cari mangsa yang seterusnya nanti." Amaran yang diberikan oleh Amyra itu cukup membuatkan aku kecut perut. Nasib baik tak terkucil je.

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now