07 | dramarama

11.5K 673 33
                                    


McDonald

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

McDonald

Sedang aku sibuk menikmati McFlurry, aku terperasan ada mata yang sedang memandangku macam aku ada buat salah.

"Kenapa kau tengok aku macam tu, Parah?" Yeap, Farah lah yang tengah tenung aku tadi.

"Aku ragu-ragu dengan kau. Kau... suka Fareeq eh?" Dengan tidak semena-menanya, McFlurry yang berada di dalam mulut aku tersembur tepat ke arah muka Farah.

"Euw, Mel!" Jerit Farah sambil mengambil tisu untuk mengelap mukanya. AHAHAHA mesti manis kan muka dia?

"Itu lah kau. Merepek tak tentu pasal."

"Aku pun ragu-ragu dengan kau juga, sebenarnya." Amyra pula mula menyatakan keraguannya. Apa hal dengan diorang ni sebenarnya?

"Wei buat apa aku nak suka beruk terlepas macam dia tu? Buang masa aku je."

"Hmm.. betul juga cakap dia. Lagipun, dia kan selalu gaduh dengan Fareeq. Tiada maknanya dia nak suka Fareeq." Kata Aqilah pula. Oh Aqilah, terima kasih sebab selamatkan aku!

"Hmm.. yelah." Tiba-tiba, kami terdengar suara perempuan menjerit. Jap. Aku rasa aku kenal suara ni. Aku terus memandang gerangan suara yang menjerit tak tahu malu itu.

"Sayang, sanggup you buat I macam ni?" Farhana mula melakonkan drama yang tidak berbayar dengan mengeluarkan air mata palsu. Ceh.

"Wei korang, ada drama free lah. Jom tengok." Amyra mula mengajak kami untuk menonton drama itu. Mata kami mula menumpukan perhatian terhadap drama yang kami tonton tadi. Drama jenis apa pun aku tak tahulah.

"You, siapa perempuan ni?" Jari telunjuk gadis di sebelah Fareeq itu mula ditudingkan kepada Farhana.

"Aku ni girlfriend dia!"

"Bila masa pula kau ni girlfriend aku? Kau tu EX aku, kau faham ke tak? Ke kau ni tak faham Bahasa Melayu?"

"Kau tak dengar ke apa yang dia cakap hah perempuan? Kau tu EX dia je! Blah ah!" Namun, Farhana tetap tidak mengalah. Apa yang ada kat Fareeq sampai dia tak boleh nak move on ni?

"You, please jangan buat I macam ni. I sayangkan you." Kata Farhana sambil mengeluarkan air mata palsu sekali lagi. Dia cuba untuk mendapat lengan Fareeq.

"BLAH AH PEREMPUAN TAK TAHU MALU! AKU TAK NAK TENGOK MUKA KAU LAGI!" Jeritan Fareeq itu berjaya menarik perhatian semua orang. Tersentak mereka dibuatnya termasuklah aku.

"Eh perempuan, kita break." Tersentak perempuan yang berada di sebelah Fareeq itu dibuatnya.

"Apa salah I? Kenapa cepat sangat?" Kali ini, perempuan tu pula yang nak menangis.

"Lantak akulah aku nak cepat ke lambat ke? Eh kau fikir aku couple dengan kau sebab aku suka kau ke? NO WAY." Perempuan itu terus berlari sambil menangis dari Fareeq.

Orchid Villa Residence

"Along! Angah! Mel dah balik ni!" Aku terus berlari mendapatkan Emir.

"Adik along pergi mana tadi? Tahu tak yang along ini risau sangat?"

"Aik? Angah tak bagitahu along ke?" Emir menggeleng.

"ANGAH!!" Eidil yang berada di dalam biliknya mula tersenyum. Padan muka!

*****

Mourient Private Highschool

Hari ini, aku saja-saja datang awal ke sekolah. Ini barulah ciri-ciri pelajar cemerlang! Aku baru teringat aku masih tak ada lagi tempat duduk. Ish.

"Eh Mel. Kenapa muka awak ni stress sangat?" Tanya Zakwan yang muncul dari mana entah.

"Aku tak tahu nak duduk mana lah."

"Kau duduk jelah dalam hati aku chia chia chia!" Aku merenungnya tajam.

"Anyway, kau kelas mana?"

"Kau masuk kelas semalam memang tak nampak aku langsung eh? Kau tengok siapa hah semalam?"

"Laaa.. kau kelas aku rupanya."

Tengku Fareeq Aizat

Hari ini aku tak tahulah kenapa hati aku ni suruh datang awal. Nak kata kemas kelas, memang taklah.

Sebaik sahaja kaki aku menghampiri kelas, aku terperasan yang lampu kelas aku dibuka. Siapa pula yang rajin datang awal ni?

Mata aku tertangkap dua susuk yang amat ku kenali. Makin bertambah panas hati aku dibuatnya.

"Nak buat maksiat pun tak payahlah sampai nak buka lampu." Mereka terus memandangku.

"Bila masa pula aku ni buat maksiat?"

"Habis tu yang kau berduaan kat sini ni apa? Pahala?" Emelda terus menjauhkan diri daripada Zakwan. Lebih kurang tiga meter. Ambik kau.

"Eh apa masalah kau hah? Suka sangat kacau hidup aku."

"Bila masa pula aku ni kacau life kau? Buang tabiat agaknya."

"Habis tu? Apa hal nak halang aku daripada bercakap dengan dia?" Bibirku mula menyungging senyuman sinis.

"Supaya dia, kau dan aku tak dapat dosa." Tergamam Zakwan dibuatnya. Padan muka kau! Kau fikir bad boy sekolah ni jahil sangat ke?

"Mel kau tak ada tempat duduk kan? Kau duduk depan aku."

"Apa hal pula?"

"Kau tak nak ke duduk dengan Farah? Sebelah dia kosong tau."

"Nak! Nak!" Jeritnya kecil seperti budak yang baru dapat belon. Hai lah.

End of Tengku Fareeq Aizat

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now