35 | guinevere restaurant

5.2K 305 5
                                    


"HAH? SERIUS LAH?" Jeritanku itu menyebabkan kereta yang dipandu oleh Emir terpaksa berhenti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HAH? SERIUS LAH?" Jeritanku itu menyebabkan kereta yang dipandu oleh Emir terpaksa berhenti.

"Yelah kau fikir Ed tu tak ada siapa nak ke? Dekat universiti dia ramai kot orang minat dia."

"Ya ke? Asal dia tak bagitahu Mel kalau tak bolehlah Mel pergi terjah rumah perempuan tu."

"Ah kau tak payah. Diorang baru official pagi tadi sebab banyak sangat fitnah katanya Ed gay."

"Typical Malaysian. Reject sikit je, kata gay. Dah kena reject tu, buat cara kena reject lah!"

"Anyway, lawa tak perempuan tu?"

"Oh yang itu along tak pasti. Dia tak pernah kenalkan lagi kat along tapi dia kata nanti dia bawa sekali awek dia."

"Serius lah? Entah-entah dia bawa siapa-siapa jadi awek terjun dia."

Lenganku dicubit perlahan. "Tak baiklah Mel cakap macam tu. Okeylah tu daripada kamu, tak ada siapa nak. Itu yang Fareeq tinggalkan kamu tu."

"ALONG!"

*****

Guinevere Restaurant

Malam ni, aku pakai simple-simple je. Along ni lah, beria nak aku pakai dress yang katanya tak terdedah sangat. KATANYA. Padahal banyak je aku tengok lubang kat baju tu. Maklumlah kain sejak dua menjak ni makin mahal, iya dok?

Pintu restoran itu dibuka secara perlahan. Pelanggan-pelanggan kat situ ramai pakai suit dengan dress. Lepas tu, semua pakat pandang aku macam nak makan. Apa? Aku tahulah korang tak pernah pakai sesimple baju aku ni so mohon jeles.

Kami mengambil meja yang berada di penjuru sekali. Siap ada candle lagi hah engkau. Pandai dia tempah. Aku ingatkan kuno sangat si Eidil ni.

Sebelum aku duduk tu, aku terdengar seorang pelayan perempuan tanya kat along macam ni, "tu adik you ke? Kenapa you pakai suit tapi adik you pakai t-shirt adidas je? Anyway, you nampak hensem lah malam ni. Ini nombor saya kalau berkenan ehek." Lepas dia bagi nombor dia kat along, terus dia pergi dalam keadaan sedang bernyanyi gembira.

"Saat di hanyut asmara,asmara riang membaraaa di jiwaaa."

"Sia sia ah ah! Jika tak dicuba dahulu. Kerna hatiku di belengguuu rinduuu." EH EH LAH AKU DENGAN PEREMPUAN NI.

"Sorry Mel, along kalau tunggu kami lama sangat." Gadis yang berada di sebelah Eidil aku lihat berulang kali. Curious. How come perempuan secantik dia boleh minat abang aku i mean macam mana Ed boleh berebut dengan lelaki lain untuk dapatkan perempuan ni?

Bahuku dilagakan oleh bahu Emir. "Woi agak-agaklah kalau ya pun nak usya awek Ed. Kau straight kan?"

Lengannya dicubit perlahan. "Mestilah aku straight. Apa benda lah kau ni tanya soalan entah apa-apa."

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now