30 | fly berjemaah

5.4K 322 10
                                    


Setelah selesai menyarungkan baju, tubuhku itu dilihat berkali-kali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah selesai menyarungkan baju, tubuhku itu dilihat berkali-kali. Baju ni agak besar dan benda yang paling tak boleh aku terima adalah kat belakang baju ni ada nama Fareeq.

"Korang memang sengaja eh bagi baju ni kat aku?"

"Mana ada. Dah baju tu yang kami jumpa dalam kereta ni, kami bagilah kat kau." Membulat mata aku dibuatnya apabila mendengar ayat daripada Hariz itu.

"Maknanya, baju ni dah lama ke dalam kereta ni?"

"Maybe sebab paprik selalu lap peluh dia pakai baju tu tiap kali masuk kereta ni." Aku mula menutup hidung. Lengannya dipukul kuat. Mereka mula ketawa terbahak-bahak.

"Wei tak gunalah korang ni. Bagi aku baju yang dah ada najis mugholazoh ni kenapa?"

"Aduhh najis mugholazoh kau panggil paprik? AHAHAHA."

"Kau Peeq bawa kereta tu elok-elok. Accident kang aku tak nak sponsor kenduri tahlil."

"Tak minta pun. Aku minta kau sponsor kenduri aqiqah anak kita je dulu sebelum aku mati AHAHAHA." Lengannya dicubit kuat. Memang cari nahas betullah dia ni.

IOI City Mall

"Kita nak pergi mana ni?" Aku cuba untuk menukar topik. Malas aku nak layan perangai sewel diorang ni.

"Itu." Bibir Hariz dicebikkan menunjuk ke tempat yang ingin ditujui oleh kami.

"Seriously? Molly Fantasy tempat korang nak lepak?"

"Eh mestilah tadi kau kata stress. Nak hilangkan stress kena lah pergi tempat macam ni." Ni mesti idea si Afeeq ni. Tak boleh pakai betul.

"Jomlah cepat! Aku nak main lompat-lompat tu!" Tanganku ditarik oleh Afeeq. Badan dia ni dah kena masuk saka ke apa sampai tempat lompat-lompat tu pun dia nak main.

Kepala Afeeq dipukul kuat oleh Hariz. " Agak-agaklah kalau ya pun nak main. Kau dah besar panjang kot."

"Alaa tapi aku pendek. Konfem lepas punya."

"Hotak kau. Kalau tinggi kau 100 cm ke bawah bolehlah lepas."

"Aahh tu aku lah tu."

Lengannya ditarik kuat. " Dah-dah jangan merapu. Aku tahu tinggi kau 155 cm so stop dreaming. Kau nak aku bantutkan kau dengan kurangkan 55 cm tu ke apa?"

Laju sahaja dia menggeleng. "Janganlah. Aku rasa aku dah cukup comel untuk lagi pendek. Nanti aku terlebih famous pula. Hurm."

"Eeii kuat perasan betullah kau ni. Dah, jom kita main benda lain."

Sekali lagi, Afeeq menarik lenganku kuat. "Jom main benda tu!" Jarinya ditunjukkan ke arah sebuah mesin yang mempunyai anak patung di dalamnya.

"Kau sakit apa Feeq? Nak main benda budak-budak ni."

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now