08 | malu jap

10.9K 698 33
                                    


Jap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jap. Aku baru melompat depan Fareeq ke tadi?

MATILAH NAK.

Namun, mataku tertangkap sesuatu yang berada di tangan Fareeq. Sudahlah benda itu betul-betul menghadap aku.

Adakah itu iPhone?

"FAREEQ KAU BUAT APA HAH?" Tanganku cuba untuk merampas phone yang berada di tangannya.

Alamak.

Itu bukan ke Youtube?

Dia nak uplode video aku ke tu?

"FAREEQ BAGI PHONE TU!" Dia mengangkat phone itu tinggi . Sudahlah tinggi mengalahkan zirafah. Aku pula pendek mengalahkan dwarf.

"Kau tak nak famous ke? Lepas aku uplode ni, aku yakin video ni naik trending yang pertama!"

"Kau jangan nak mengarut eh, beruk! Sudahlah muka aku buruk, orang lagi kecam aku ada lah!"

"Still famous juga kan?" Sebuah renungan tajam diberikan kepadanya. Pelajar-pelajar yang lain hanya bersorak, " lawan, lawan, lawan!"

Kau fikir ni pertandingan gusti ke apa nak lawan bagai.

"FAMOUS KEPALA HOTAK KAU." Aku berlari untuk mendapatkannya. Namun, larianku terbantut apabila singa sekolah eh Madam Roaini memandang kami tajam.

"TENGKU FAREEQ AIZAT DAN TENGKU EMELDA NATASYA IKUT SAYA SEKARANG!" Aku menjeling Fareeq. Tak guna. Farah, Amyra dan Aqilah memandangku pasrah.

Discipline Room

PAP! Bunyi rotan itu menghiasi suasana bilik yang menyeramkan ini. Terkejut mak.

"Apa masalah kamu berdua ni hah?"

"Dia ni cikgu! Nak uplode kan video saya kat Youtube!" Madam Roaini memandang Fareeq lama.

"Yang kamu ini Fareeq, apa hal bawa handphone ke sekolah hah? Mentang-mentanglah anak tengku. Kamu ingat sekolah ni bapak kamu punya ke?"

"Sekolah ni memang bukan bapak saya yang punya--" lelaki itu bergumam perlahan.

"Hah, menjawab menjawab. Kamu fikir kamu bagus sangatlah tu? Berapa kali kamu nak kenakan Mel ni Fareeq? Tak serik-serik ke?"

"Saya sebenarnya--"

"Sebenarnya apa? Kamu fikir saya nak percaya cakap kamu?" Fareeq menghentakkan tangannya kuat ke meja. Tersentak kami dibuatnya. Dia terus keluar daripada bilik ini.

"Biarlah dia." Lahh apa hal dia pula yang nak terasa lebih ni? Aku yang diusiknya lepas tu dia pula yang berang. Datang bulan ke, bang?

*****

"So.. macam mana kat dalam tadi? Best?" Tanya Amyra sambil tersengih-sengih.

"Best gila wuh. Madam backup aku. Mengamuk Fareeq tu dibuatnya." Aku kembali tersengih apabila terkenangkan balik kejadian tadi.

"Baguslah tu kan? Kau memang tak bersalah pun." Tangan Aqilah dilekapkan pada dada.

"Patutlah Fareeq keluar tadi masam je muka dia." Farah cuba untuk meniru mimik muka masam Fareeq itu.

"AHAHA. Mesti kelakar kan muka dia?" Tiba-tiba, nasi yang elok ada di sudu ditolak tepat ke hidungku. Tanganku perlahan-lahan naik menyentuh hidungku yang sudah ada nasi melekat di sekelilingnya.

"Seronok gelakkan aku? Sekarang, biar orang lain pula gelakkan kau!" Seisi pelajar mula ketawa kecuali Farah, Amyra dan Aqilah. Tisu yang diberikan oleh Aqilah terus diambil lalu dilap. Aku terus bangun bagi menyamakan ketinggian kami sekarang ni.

"Eh apa masalah kau hah?"

"Kau yang mulakan dulu kan? Siapa suruh gelakkan aku?"

"Eh lantak akulah nak gelak ke nak apa. Anyway, siapa suruh kau buat muka monyok keluar daripada bilik?"

"Salah ke?"

"Tak cuma kelakar sebab lelaki pun nak merajuk. Macam perempuan AHAHA." Mukanya merah menahan geram. Dia menarik lenganku dan membawa aku ke suatu tempat.

"Feeq nak bola!" Laung Fareeq kepada Afeeq yang sedang bermain bola. Afeeq terus menendang bola itu ke arah kami.

Jap. Aku kata arah kami kan?

Apa hal bola ni menuju ke arah aku?

PAP! Aku memegang kepalaku yang mula terasa berat ini. Kemudian, duniaku menjadi gelap.

Tengku Fareeq Aizat

Heh. Padan muka kau. Itulah gelakkan aku lagi. Kemudian, Afeeq berlari ke arah kami.

"Wei asal kau tak sambut bola ni?"

"Saja."

"Kau memang nak masuk sekolah juvana eh? Kau tak nampak ke kepala budak ni berdarah?" Aku terus memandang kepala Emelda. Berdarah.

Ceh. Kena sikit dah berdarah. Lembik.

"PAPRIK YA ALLAH KAU BUAT APA NI?" Tanya Hariz dari jauh. Aniq turut berlari ke arah kami.

"Aku tak buat apa-apa. Dia sendiri yang terkena bola. Siapa suruh cuai sangat." Jawabku dengan penuh perasaan tidak bersalah.

"Terkena apa nya? Kau sendiri cakap dengan aku kata kau nak bola." Kata Afeeq lagi. Cis. Backup perempuan ni pula.

"Wei Fareeq, kalau kau benci sangat perempuan ni janganlah sampai cederakan dia." Aniq mula membuka sesi ceramahnya.

"Tak sekarang ni korang nak backup dia apasal?"

"Dah kau buat benda salah. Kitaorang tegurlah." Jawab Hariz pula.

"Habis tu sebelum ni apa? Korang bukan ke buat benda yang salah?" Sinis sahaja aku menyoal sambil tangan dilekapkan pada dada.

"Masalahnya, kitaorang tak pernah pun cederakan perempuan. Kau pun pernah cakap kat kitaorang jangan pernah sesekali cederakan perempuan. Ini apa pula?" Jawab Afeeq. Aku terdiam. Memang betul pun apa yang dia cakap.

Teruknya aku ni. Dasar munafik tak ingat dunia.

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now