04 | keluar makan

14K 807 59
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aku berjalan menuju ke keretaku. Tiba-tiba, seorang lelaki menyekat jalanku. Apakah?

"Hai Mel." Sapa Zakwan sambil tersenyum manis.

"Kau dah kenapa? Kau menghalang jalan akulah." Ish Zakwan ni. Aku tengah jalan kau buat roadblock pula. Kau ingat ni mv lagu Roadblock Hatiku ke apa ni?

Kau telah roadblock hatiku sayang~
Dengan pandangan cinta yang pertama~

Wait, dah kenapa dengan aku ni? Serupa orang tak siuman pula.

"Aku nak teman kau boleh tak?"

"Ahah terima kasih jelah Zakwan. Tak payah. Kau baliklah dengan kenderaan kau. Kesian mak ayah kau tunggu kat rumah."

"Tapi mak ayah aku dah meninggal." Okey keadaan menjadi awkward sekarang (*・~・*)

"Sorry aku tak tahu pun."

"It's okay. Aku pun baru je bagitahu kau." Walaupun perit, aku tahu kau sebenarnya sedang bersedih.

Halamak, kita senasiblah Zakwan
(╥﹏╥)

"Kau tinggal dekat mana?"

"Orchid Villa. Kenapa?"

"Oh, baguslah! Aku tinggal dekat Lavender Villa. Jom keluar petang ni!" Ajaknya riang. Halamak, kenapa kau buat muka comel pula ni?

"Hah yelah. Aku on. Kat mana?"

"Dekat Dextrous Cafe lah. Pukul 3 sharp. On?"

"On." Audi ku terus dipandu laju. Tidaklah aku bosan sangat petang nanti. Sekurang-kurangnya ada kawan nak lepak.

Dextrous Cafe

Aku masuk ke dalam cafe itu dengan perasaan yang malu membahang. Dia suruh datang pukul 3 sharp, aku pula datang pukul 3:30. Kau rasa?

"Ehehehe sorry aku lambat, Zakwan." Aku cuba untuk mengekalkan sengihan kambing yang ku berikan.

"Alaa perkara kecil jelah! Dah, cepat ambil order!" Lenganku dipukul perlahan olehnya. Apakah? Sekurang-kurangnya dapat makan free. Dia terus memanggil pelayan yang berhampiran dengan meja makan kami.

"Encik nak apa?"

"Saya mahu oreo cake dan chocolate smoothie ice." Wow, nampaknya Zakwan terlalu moden jika nak dibandingkan dengan aku yang akan memesan benda yang lapuk macam:

"Kak, saya nak maggi goreng dengan teh o suam. Maggi kasi pedas sikit eh!"

Hmm... ni macam in shaa Allah akan dikecam je.

"Mel, menung apa tu? Kau menung pasal masa depan kita ke?" Tersedak air liur aku dibuatnya. Yucks. Buat apa aku nak fikir pasal future bersama kau? Baik aku fikir future aku bersama kucingku tercinta!

"Ish, kau ni dah kenapa? Oh aku nak pesan red velvet cake dan milo ais. Ah dah terima kasih." Tanganku digerakkan dengan gaya seperti ingin menghalaunya. Memang betul pun masalahnya malas aku nak cerita HOHOHO.

"Malulah tu."

"Buat apa aku nak malu sebab kau? Buang masa je."

"Eleh dah suka tak nak cakap."

"Ish tak kuasa aku nak suka beruk jenis jambu macam kau ni."

"Hah? Beruk? Jambu batu ke jambu air?"

"Kau spesies beruk dari golongan jambu air." Zakwan masih terpinga-pinga. Aduh susah betul cakap dengan mamat ni.

"Hai kera." Sapaan seseorang itu berjaya menarik perhatian aku. Oh silap. Zakwan sekali. Matanya mula dikecilkan seperti jauh benar orang itu dengan kami. Padahal dekat je sebelah aku je sekarang ni.

"Fareeq? Kau buat apa kat sini?" Dengan mata yang aku tak pastilah tengah elok ke tak tu, dia memandang Fareeq berkelip-kelip . Haah lah, apa yang dibuat kat sini? Dahlah sesuka hati je panggil aku kera.

"Saja. Nak melawat kera aku ni. Terlepas dari zoo agaknya." Sinis Fareeq sambil merenung tajam ke arahku. Heh! Fikir aku takut ke?

"Amboi kau suka suki monyet moyang datuk nenek pak cik mak cik bapak mak kau je panggil aku kera ya? Habis tu kau apa? Beruk terlepas?"

"Nampaknya begitulah." Wajahnya didekatkan dengan wajahku. Gulp. Apa yang dia cuba buat ni?

"Kenapa? Kera takut beruk nak apa-apakan kera ke? Tak kuasa beruk nak layan kera. Baik beruk layan tong sampah je."

"Hah pergilah kau kat tong sampah tersaaayang kau tu! Kau mesti rindu dia kan?" Badannya cuba ditolak keluar dari cafe ini. Namun apakan daya, kudrat seorang wanita tidak dapat menandingi kudrat seorang lelaki.

"Kenapa cepat sangat kera ni? Kera tak nak jumpa beruk ke?" Tanyanya sinis sambil membuat muka comelnya. Jap, aku baru puji dia ke?

I MEAN MUKA DIA YANG HODOH TU.

"Kau boleh tak jangan nak sibuk kacau dia, Fareeq? Tak cukup lagi ke? Lepas break dengan Hana, kau nak rampas Mel pula." Kata Zakwan yang muncul dari mana entah.

"Eh lantak akulah aku nak rembat siapa pun. Kau sibuk apa hal?"

"Woi korang fikir aku ni barang ke apa nak rembat bagai?"

"Cukup-cukuplah memainkan cinta seorang perempuan." Kata Zakwan lagi. Aku sedikit tersentap dengan ayat itu.

Tapi, buat apa pula aku yang kena sentap? Sepatutnya biar beruk taraguna tu yang sentap!

"Heh cakap biar serupa bikinlah bro."

"Eh betullah apa yang aku cakap? Kau tu suka sangat memainkan perasaan perempuan!" Nada Zakwan mula meninggi. Alamak aku rasa gunung berapi nak meletuplah.

"WOI FAREEQ APA MASALAH KAU HAH? KALAU AKU NAK RAPAT DENGAN MEL PUN KACAU LIFE KAU KE HAH?" Kolar baju Fareeq dicengkam kasar oleh Zakwan. Tersentak kesemua pelanggan yang berada di situ termasuklah aku.

"Kera, ikut aku balik." Mendatar sahaja nada si Fareeq.

"Aku balik sendirilah."

"Balik ikut aku sekarang juga. Full stop."

"Tak cukup dengan tu, ajak Mel balik pula ya? Oh so sekarang ni kau tengah cari mangsa barulah ni?"

Betul juga. Apa motif si beruk ajak aku balik ni?

"Sudahlah! Biar aku balik sorang! Kalau nak dengar korang bergaduh, sampai ke esok pun tak habis!" Aku mula menjerit. Tak tahan nak dengar diorang bergaduh lama-lama.

Masalah betullah si Fareeq ni. Kalau dia tak sibuk tadi, benda ni takkan terjadilah. Kereta Audi ku terus dipandu lalu dipecut pergi dari situ.

Tengku Fareeq Aizat

"Baguslah. Kau tengok sekarang apa kau dah buat."

"Eh aku pula? Aku takkan lepaskan Mel. Aku akan pastikan dia tak masuk ke dalam perangkap kau." Amboi Zakwan. Sesedap cucur badak berendam je kau kata Mel tu kau punya.

"Dan aku juga akan pastikan Mel takkan masuk ke dalam perangkap kau yang penuh dengan penipuan tu."

End of Tengku Fareeq Aizat

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now