11 | dating bhai

10.4K 593 15
                                    


"Oh hai sayang!" Sapa Fareeq mesra kepada gadis itu

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

"Oh hai sayang!" Sapa Fareeq mesra kepada gadis itu. Dia mengerutkan dahinya sambil memandangku.

"Awek baru ke?" Soal gadis yang sedang berada di hadapan meja kami di waktu ini. Fareeq membuat muka loya. Eeeiii! Fikir aku ni hamak sangat ke kat kau?

"Mana ada. Saya saja ajak lepak dengan dia. Maklumlah, lama sangat duduk kat hospital. Boring." Jawabku, segera menafikan prasangka nya.

"Oh sorry I tak tahu yang you baru keluar dari hospital. Anyway, what is your name pretty girl?" Muka toya dia ditunjukkan lagi. Sibuk lah kau!

"Tengku Emelda Natasya."

"Wah, Tengku juga eh? Paprik, ni kalau jadi calon menantu mummy mesti dia terima kan?"

"Mummy yelah setuju tapi paprik lah tak setuju."

"Pfft. Seriously, paprik?" Tangannya mula menggepal penumbuk. Fikir aku takut ke hah?

"Diamlah kau. Kau apa tahu?"

"Sejak bila korang kenal ni? Macam friendly je. Ni paprik pun sorang, tak bagitahu yang ada kawan perempuan. Makwe eh?"

"Ish tak nak Fareeq."

"Oh. Nama akak apa ya?" Saja aku nak tukar topik. Euw tak nak aku jadi makwe Fareeq.

"Nama akak Tengku Fatinah Aisyah. Kakak kepada Fareeq ."

"Wuish, akak kau lawa ah Fareeq. Mesti dia ada pakwe kan?"

"Ada, berlambak." Jawab Fareeq selamba. Disebabkan oleh itu, dia telah menerima satu tumbukan hebat daripada kakaknya. HOHOHO.

"Ada satu je eh. Akak setia, bukan macam sorang tu." Wajah adiknya itu dijeling sekilas. Playboy lah katakan.

"Okeylah akak nak balik dulu. Tak nak kacau orang dating lah katakan." Dia terus pergi meninggalkan kami.

"Hah terima kasih paprik sebab teman aku. Dah bye." Aku terus pergi meninggalkannya tanpa menunggu sebarang balasan daripada dia.

Tapi apa yang aku agak, dia tengah memaki hamun aku.

*****

"Mel dah balik!" Jangan tanya aku kenapa aku sedang berada di rumah sekarang. Nak dijadikan cerita, aku sudah dibenarkan keluar dari wad sebaik sahaja kami tiba semula di wad. Itu merupakan asbab mengapa aku berada di sini.

"Mel! Kau pergi mana tadi hah? Tahu tak penat kitaorang cari kau tadi? Pusing satu hospital kot! Dahlah doktor dah kasi permission untuk kau keluar wad hari ni. Gigih kot aku cari kau tadi!" Haih. Baru je balik rumah dah kena bebel dengan Eidil. 

"Ed kesianlah dekat Mel tu. Dia baru je balik. Yang kamu nak bebel mengalahkan Mak Senah yang duduk kat hujung sana tu kenapa?"

Yeay terima kasih along kerana menyelamatkan aku daripada bebelan si Eidil ni. Siapa Mak Senah? Hmm rasanya korang dah boleh agak kot.

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz