13 | oreo girlfriend

9.1K 546 20
                                    


"Wah, hebatlah kau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wah, hebatlah kau." Kata Amyra yang muncul dari pelosok mana entah.

"Aku tabik ah dengan kau." Kata Aqilah pula.

"Korang ni dah kenapa? Kau fikir ni kem paskal ke apa nak tabik-tabik bagai."

"Tak. Kitaorang cuma terkejut dengan keputusan kau." Jawab Farah.

"Hah? Keputusan apa?"

"Aik? Lepas kau reject dia terus nyanyok dah? Uish parah ni." Kata Amyra.

"Buat apa korang nak terkejut pasal benda tu?"

"Iyalah. Sebelum ni, tak ada orang pernah reject dia tau."

"Hmm iyalah."

*****

eidilsicerewet Abang ambil kamu lambat sikit tau hari ni. Tunggu aku tau. Jangan menggedik nak balik dengan jantan lain.

Ish. Ni yang aku tak suka bila nak balik dengan dia ni. Mesti lambat. Dahlah tengah hujan ish redho jelah.

"Hai sayang." Terkejut aku dibuatnya. Mana tahulah kan ada hantu nak ngorat aku tetiba kat sini.

"Apa hal kau? Menyibuk je kat sini."

"Ala, apa salahnya I temankan bakal jodoh I ni kan." Dia tersenyum nakal. Eeeww polis sila tangkap manusia ni.

"Bukan kau dah balik ke tadi?"

"Mana ada. I ada mesyuarat hoki tadi."

"Ish, apa-apa jelah. Asal tak balik lagi ni? Nanti kakak kau marah nanti, aku tak tahu."

"Ala, I tak kisah pun. Aik? Sejak bila you caring kat I ni?" Dia tersenyum nakal. Aduhai mulut, celupar betul!

"Bila masa pula aku caring kat kau? Aku tanya je."

"Abang Ed tak ambil you ke?"

"Macam mana kau tahu Eidil yang nak ambil aku?"

"Macam I tak biasa dengan you." Eeeww meremang bulu roma aku.

"Boleh tak kau stop guna istilah I dengan you tu. Aku geli, kau tahu tak?"

"Oh sorry buat kau geli. Tapi, tak sweetlah nanti."

"Dahlah. Sana sikit. Jangan kacau aku. Aku nak layan lagu jap."

"Macam mana aku nak jauh daripada kau? Kita memang ditakdirkan bersama lah." Geli-geliman aku dibuatnya.

"Hah yelah-yelah. Tapi, jangan kacau aku."

"Woi. Mel."

"Apa?" Aku memandangnya malas. Aku tengah syok feeling lagu Sweet but Pyscho kau kacau aku pula haih sabo jelah.

"Nak tak?" Dia menghulurkan ais krim oreo kepadaku. Alamak. Kenapa mesti dia yang bagi? Ais krim favourite aku tu.

"Tak nak." Ya Allah, aku harap sangat dia tak goda aku dengan ais krim tu.

"Serius ni? Ais krim ni pergh sedap tak terkata. Kau tengok biskut dia ni, makan dengan ais krim dia jadi aumm sedap gila." Ish, setan mana pula yang nak hasut aku ni. Nasib baik setan ni hensem.

EHH? SILAP CAKAP SEPATUTNYA SETAN YANG DURJANA hah baru betul.

"Paprik." Aku mula membuat suara comel.

"Hmm." Ceh. Itu je yang dia balas? Okey-okey tak apa kita tengok.

"Nak ais krim tu boleh tak?" Aku membuat muka secomel yang boleh. Dia memandang aku bosan. Habis tu kau nak dia buat muka apa?

"Tak boleh."

"Alaa bolehlah."

"Kau kena jadi girlfriend aku dulu." Aku memandangnya dengan riak wajah yang tidak puas hati.

"Eeeuuww no."

"Kalau tak, aku makan ais krim ni dulu lah!"

"Alaa jangan lah! Okey-okey aku jadi girlfriend kau. Puas hati?" Fareeq tersenyum puas. Eceh. Ini pun sebab ais krim tau.

"Nah. For you, my little girl." Dia menghulurkan ais krim oreo kepadaku.

"Thanks!" Akibat terlalu excited sebab dapat ais krim, aku terpeluk Fareeq. Dia kaku disitu. Aku terus meleraikan pelukan.

"Wow, bonus untuk aku ke? Ni yang sayang lebih ni." Fareeq mula tersenyum nakal. Aduh, membahang pipi aku dibuatnya!

*****

Masing-masing sibuk makan ais krim sambil menahan malu. Gila tak malu? Aku terpeluk dia kot tadi.

"So Mel, esok kau jadi girlfriend aku eh."

"Eh, apasal pula?" Aku membuat muka tak puas hati.

"Kau dah setuju dah kan nak jadi girlfriend aku? Apa yang diucapkan, tidak boleh ditarik balik."

"Hah, yelah." Tiba-tiba, sebuah kereta berhenti di hadapan kami. Dahlah air dia merecik terkena muka aku. Nampak macam kereta...

"Mel jom balik!" Heh. Kan betul Eidil.

"Eh Fareeq, wassup!" Fareeq melambaikan tangannya kepada Eidil. Salam tak ada ke woi?

Aku terus masuk ke dalam kereta tersebut. Tak nak demam lah kata kan.

"Woi Fareeq! Jom tumpang aku!" Membulat mata aku dibuatnya.

"Ala Ed tak payahlah." Fareeq terus masuk ke dalam kereta dan mengambil seat di bahagian belakang. Ish, penyemak.

"Korang buat apa berdua tadi?" Woah. Menyentap sungguh persoalanmu itu, Eidil.

"Dating." Jawab Fareeq selamba. Tidak semena-mena dengan itu, Eidil terus memberhentikan keretanya secara mengejut. Apa? Lampu merah lah.

"Oh, couple lah ni."

"Haah." Jawabnya selamba. Harapnya tak marah. 

"Kau Ed, bila nak couple? Kesian aku tengok, single memanjang." Tanya Fareeq. Banyak betul mulut dia sekarang ini. Tapi, tidak mengapalah. Tak ada lah awkward sangat kan nanti tiba-tiba Eidil tanya kenapa aku couple dengan Fareeq bermasalah pula.

"Alah, sabarlah. Aku tengah on the way ni, kau tahu apa?" Dia menyambung pemanduannya yang tergendala sebentar tadi.

"Oh maknanya, Mel akan ada kakak ipar lah ni?" Aku tersenyum sinis kepadanya.

"Tengoklah kalau dia setia dengan aku."

"So, aku dapat green light lah ni." Tanya Fareeq sambil tersenyum nakal.

"Haah."

"Hah? Apasal green light pula ni? Korang fikir ni lampu isyarat ke apa?"

"Maksudnya, kau dan aku dah dapat restu lah. Kenapalah kau ni blur sangat? Dahlah comel. Nak je aku picit pipi kau sekarang tapi aku takut terus dapat lampu merah pula lepas ni."

"Dah sampai. Kau Fareeq, jangan melebih eh dengan adik aku. Kalau tak, siap kau."

"Baiklah, komposer ku yang tersayang." Eidil terus memandu pulang ke rumah. Aik? Dekat je rumah Fareeq ni dengan aku.

"Sejak bila korang dating ni?" Tanya Eidil sebaik sahaja kami masuk ke dalam rumah. Tak ada soalan lain ke?

"Entah." Jawabku ringkas lalu terus berlari masuk ke dalam bilik.

"MELLLL!!" HAHAHA. Sorry.

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now