15 | hoki is so annoying

8.6K 524 20
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Music Room

"Macam mana korang kenal?" Tanya Hariz.

"Dah lama dah. Sejak dari darjah satu dulu."

"Siapa ailapu?" Tanya Fareeq. Muka nampak macam jealous tapi aku tak kisah pun AHAHAHA.

"Siapa watermelon?" Tanya Aniq.

"Ailapu tu, Alep. Waktu darjah satu dulu, dia pernah confess kat aku."

"Wow, serius ah Alep? Darjah satu pun pandai confess eh?" Usik Afeeq.

"Dia ni dulu pelat orangnya. So, dia sebut 'ai lap u'." Mereka semua tergelak. Alif sekadar terdiam. Malu lah tu.

"Habis tu, watermelon?" Tanya Fareeq pula.

"Watermelon tu sebab Mel ni suka makan tembikai dulu. Sampai tembikai aku pun dia nak rembat." Jawab Alif.

"Eh jap. Macam mana korang boleh kenal Alep?"

"Waktu form one dulu, dia masuk sekolah ni. Tak lama pun. Lepas habis PT3, dia pindah Australia." Jawab Hariz.

"Lepas tu, kitaorang bercadang untuk tubuhkan satu group. Sebab tu lah wujudnya The Collosal." Cerita Fareeq pula.

"Tapi bila Alep pindah, ibarat matahari di dunia ni langsung tak menyinar." Cerita Aniq. Walaweh bukan main lagi hiperbola dia.

"Dia pergi sebagai drummer kami. Kami kehilangan drummer pada ketika itu. Kami dah tak ada siapa dah nak gantikan tempat dia." Cerita Afeeq. Alamak, apasal sayu sangat cerita ni? Penting sangat ke drummer dekat sebuah band?

"Sebab itulah The Collosal dah tak famous sangat macam dulu." Tambah Fareeq lagi.

"Tapi, sekarang tak lagi sebab Alep dah balik!" Kata Afeeq riang. Haih, happy betul bila kawan yang sorang ni dah balik.

Tapi Alep, di manakah perginya janji kau pada akhir tahun enam dulu?

*****

Tengku Fareeq Aizat

"Wei paprik." Panggil Alif. Apa hal pula dia ni?

"Asal?"

"Betul ke kau couple dengan Mel?" Aku tersenyum sinis. Jeles ke apa ni?

"Haah. Asal?"

"Kau game dia en?" Aku terdiam seketika.

"Look, kalau betul kau game dia, please lepaskan dia. Aku tak sanggup nak tengok kawan aku terluka."

"Lepas tu kau akan try pikat hati dia lah ni lepas aku break dengan dia?" Hek eleh. Aku kenal sangatlah kau ni. Lepas aku break je, kau try nak tackle dia.

Tapi... aku still keliru dengan perasaan aku. Aku sayangkan Mel ke tak sebenarnya?

End of Tengku Fareeq Aizat

*****

"Sayang." Panggil Fareeq manja.

"Ya ada apa?"

"Petang ni saya ada game hoki. Awak nak ikut?" Hmm. Nak ikut ke tak nak eh. Biar aku listkan faedah-faedah nya kalau aku pergi;

• dapat usya player hot main
• dapat usya diorang lap peluh
• dapat berkenalan dengan budak hot
• dapat usya Fareeq main

"Okey! Saya ikut awak." Semakin melebar senyumannya itu.

"Thanks sayang. Nanti support saya, tau." Dia terus pergi keluar dari kelas.

Sorry sayang.
Bukan apa, tau.
Tapi, saya nak usya orang lain.

"Hah mengelamun apa tu?" Usik Amyra yang muncul dari mana tah.

"Eh? Korang bukan kelas lain ke?"

"Habis tu, takkanlah kitaorang tak boleh melawat korang kot?" Kata Aqilah. Aku tersenyum kekok.

"Ni apa hal ni? Fareeq cakap apa tadi?" Tanya Farah.

"Dia ajak aku tengok hoki!"

"Serius ah? Wei nanti tolong minta nombor phone player-player hot wei." Nilah Amyra. Kalau lelaki tu hot sikit, dia yang nak rembat dulu.

"Mana boleh nanti Afeeq marah." Usik Aqilah pula.

"Eeuuw. Memang taklah jawabnya."

Mourient Court

"Awak duduk sini diam-diam, jangan pergi mana-mana tau!" Baru sahaja dia ingin pergi, langkahnya tiba-tiba berhenti.

"Kalau saya menang saya nak peluk awak kuat-kuat boleh tak?"

"Eeeiii mana boleh mati lemas lah saya! Dahlah busuk!"

"Busuk busuk pun ni juga lah yang awak sayang."

"Blehblehbleh whatever." Tanpa aku sedar, secara senyap dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu dihalakan kepadaku.

"Hei, awak buat apa tu?"

"Tak ada apa-apa sayang. Saya cuma ambil gambar bidadari sahaja."

"Dah dah dah jangan merepek. Pergi cepat." Aku segera menyuruhnya pergi mendapatkan teamnya. Maluuu hshshshsh.

"Mel." Aku memandang ke arah gerangan suara.

"Eh Lep. Kau pun ada kat sini?"

"Haah. Saja nak tengok." Aku menyedari yang Alif asyik merenungku melalui ekor mata. Ish, kacau line betullah.

"Kau usya player hot main eh?"

"Mana ada."

"Hek eleh. Macam aku ni baru je kenal kau. Aku tahulah kau ni macam mana lah, Mel."

"So, kau tahu en? Diam sikit. Aku nak usya ni."

"Ni kalau Fareeq tahu ni mesti dia marah."

"Janganlah bagitahu dia." Aku mula merayu kepada dia. Dia memandangku sekilas. Aku membuat muka secomel yang boleh.

"Fikir comel lah tu?"

"Tengku Emelda Natasya!" Aku melihat ke arah gerangan suara. Alamak, Fareeq. Bengis gila muka dia.

"Aku kata apa tadi? Aku suruh kau duduk diam-diam dan support aku kan? Patutlah aku tak dengar suara kau pun tadi. Rupanya, kau bersweet dengan Alep pula kat sini!"

"Fareeq, biar saya explain--"

"Nak explain apa lagi hah? Kau, Alep, still suka lagi kan dekat dia kan?" Aku dan Alif terdiam seribu bahasa.

"Mulai sekarang, aku tak nak jumpa kau dah. Pergilah dengan 'ailapu' kesayangan kau tu!" Dia pergi meninggalkan aku dalam keadaan yang marah.

Wajah Alif dipandang sekilas. Dia hanya mempamerkan riak wajah yang bersimpati dengan keadaanku ketika ini.

"Aku rasa kau kena pergi cakap kat dia perkara sebenar. Dia dah salah faham dengan kita ni." Aku hanya mengangguk sebelum pergi meninggalkannya keseorangan.

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Where stories live. Discover now