27 | tak diduga

6.7K 381 15
                                    


Someone

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

Someone

"B***! Kau memang tak guna!"

Pipiku terasa berpijar. Segaris senyuman tetap diberikan walaupun bibirku berdarah ketika itu.

"Aku dah agak dah! Ini pasti kerja engkau! Dah kalau setan tu memang macam harom je sampai mati!"

Aku hanya tersenyum sinis. "Wah, marah betul kau kat aku? Heh. Aku tak sangka."

"Kau fikir kau tu siapa hah? Kau ingat kau tu layak sangat ke untuk dia?! DASAR B******!" Satu tamparan telah menghinggap pada pipinya.

"Habis tu, kau fikir kau tu bagus sangat ke? Tak perlu nak acah hero sangatlah kat sini. Kau fikir orang akan hormat kau?"

"Kau kan, hei aku sabar je dengan kau sebelum aku tumbuk kau--" Rakan yang berada disebelahnya itu cuba untuk menenangkannya.

"Kenapa? Kau takut ke? Marilah tumbuk aku sekarang."

"Aku tak takutlah!" Pegangan rakannya itu semakin longgar apabila dia mula untuk menumbuk aku yang berada di hadapannya itu.

End of Someone

"Here we are, our lovely home." Kata Eidil sebaik sahaja kami tiba di rumah. Alhamdulillah, doktor benarkan aku balik memandang keadaan aku agak okey ketika ini.

Ah aku tak kisahlah. Asalkan aku balik.

Hidungku dicuit perlahan oleh Emir. "Oi menung apa tu? Orang punyalah cakap nak habis air liur, kamu tu termenung pula." Aku hanya tersengih kambing kemudian kerusi rodaku ditolak masuk ke dalam rumah.

"Hah, Mel nak makan apa? Along masak." Tersengih aku dibuatnya. Peluang baik ni. Nasib bukan Eidil yang masak kalau tak memang chair red bear red lah aku. Memandangkan along pun sudah balik ke rumah apa salahnya kan? Hehehe.

"Aku nak sambal udang!" Selamba sahaja Eidil mengangkat tangan. Amboi dia fikir along ni bibik ke apa?

"Amboi kau Ed. Sesedap cucur udang je kau order eh. Ah tak ada kau masak sekali."

Eidil mula membantah. " Wei asal lak kau kata kau nak masak."

"Yelah kalau aku masak, kau buat apa? Terbungkang tidur atas katil?"

Bibirnya dicebikkan seperti paruh itik. " Ish yelah-yelah. Gaduh dengan kau sampai kesudah tak habis."

Dahiku dikucup sekilas oleh Emir. "Mel duduk sini eh. Along dengan Ed pergi masa dulu." Dengan ketidak penuh kerelaannya, Eidil pergi membantu Emir di dapur.

Sedang aku asyik menonton tv, kedengaran loceng rumah seperti ditekan banyak kali. Tanpa membuang masa, kerusi roda ditolak menuju ke pintu rumah.

"Hai Mel!" Senyuman aku melebar apabila melihat Collosal di depan mata tetapi itu semua tak lama apabila wajah Fareeq turut berada di sini.

"Korang buat apa kat sini?"

"Nak lawat kau lah! Tengok ni. Aku ada bawa Texas Chicken." Afeeq menunjukkan kotak yang berisi ayam Texas Chicken kepadaku.

"Wah, terima kasih! Hah, jomlah masuk. Abang-abang aku pun tengah masak tu."

"Hah? Eidil masak sekali ke?" Aku mengangguk. Membulat mata Aniq dibuatnya.

"Emir masak mesti sedap kan?" Aku mengangguk mengiyakan pernyataan si Alif.

"Eh korang apa hal ada kat sini? Aku rasa aku tak ada panggil korang hari ni." Tanya Eidil bersama sebilah pisau di tangannya. Mata pun merah. Nampak sangat menangis time potong bawang. Tak gentleman langsung.

"Tak ada lah, saja melawat. Salah ke?" Selamba sahaja Fareeq menjawab. Aku ingatkan bisu dari tadi diam je dia.

"Kau menangis ke Ed? Asal mata kau merah doh? Kau nangis eh sebab potong bawang aduh itu pun tak tahan ke HAHAHA ADUHHH." Oh Afeeq pun perasan juga aku ingatkan aku sorang je yang perasan.

"Aku cungkil juga biji mata kau tu nanti. Habis buta mata kau nanti."

"TENGKU EIDIL NAZHAN, BAIK KAU KE SINI SEKARANG . KAU TINGGAL JE BAWANG AKU MACAM NI. SUDAHLAH POTONG MACAM-MACAM RUPA, KAU NI RETI POTONG BAWANG KE TAK?" Pucat terus muka Eidil lalu dia terus berlari ke dapur kembali.

"Mel, nak main sama-sama tak?" Sebiji kapal terbang mainan dihulurkan kepadaku. Banyak kali aku menggosok mata. Biar betul si Afeeq ni?

"Kau sihat ke tak Peeq? Kau buat lawak apa main kapal terbang mainan ni?"

"Asal aku dengar Mel panggil Feeq pig doh? AHAHAHA Mel panggil kau babi ke wei?" Afeeq memandang Fareeq geram .

"Tak guna ah kau paprik. Eeii nasib member je kalau tak dah lama aku belasah kau."

Kapal terbang mainan itu kembali diambil olehnya. "Jom main."

"Macam mana nak main? Aku tak boleh nak main kat lantai. Nanti kena sumpah jadi pacat nanti."

"Hah! Aku tahu! Kita main kat meja kau yang tinggi sikit. Senanglah kau nak sampai nanti." Mereka yang lain memandangku sayu.

Layankan sajalah perangai si Afeeq ni.

*****

"TIT TIT, saya, Tengku Afeeq Farish melaporkan kepada pusat kawalan. Pesawat MH 411 ingin mendarat, over."

"TIT TIT, saya, Tengku Emelda Natasya membenarkan pesawat MH 411 untuk mendarat, over."

"PUIHHH." Kapal terbang mainan itu selamat mendarat di atas meja. Kemudian, orang Lego pula keluar daripada pesawat itu.

"Oh Mel ku sayang, I miss you so much!" Orang Lego Afeeq itu terus memeluk aku punya.

"Alololo ai mish you too!"

"Nak kiss boleh?" Aku terus memandang wajahnya. Dia hanya tersenyum nakal.

"Alaa kiss orang Lego ni je bukannya betul-betul pun."

"Eeeii tak nak aku."

"Alaa bolehlah kalau tak aku kiss kau betul-betul." Aku memandangnya tidak percaya. Eeii kalau dalam Lego pun aku dah geli apatah lagi betul-betul.

Baru sahaja bibir orang Lego ku itu ingin mendekat dengan kepunyaannya--

"Jom makan!" Pintu bilik aku sudah pun dibuka. Ah bagus, tak perlu aku nak main benda ni lagi.

Aku rasa lepas ni aku bertaubat tak nak main dah benda ni.


Gadis Pujaan Bad Boy ✔️जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें