46 | happy ever after

3.4K 167 23
                                    

Dua tahun kemudian

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

Dua tahun kemudian

Yaasin yang berada di tangan ditutup lalu dibawa ke dahi hingga ke bibir. Batu nisan yang berada di hadapan ku pegang. Segala memori mula bermain di layar minda.

Perlahan-lahan, mata ditutup. Mengamati saat manis aku, dia dan mereka sepanjang hidup ku. Mata dicelik lalu tiga buah batu nisan yang berhadapan dengan ku cium.

"Tunggu adik dengan Abang Ed kat syurga nanti..." air mata mula menitis. Tidak selebat saat aku kehilangan mereka, namun cukup untuk mengucapkan bahawa aku merindui mereka.

Bahuku disentuh oleh Eidil. "Dahlah Mel... jom balik. Tak baik duduk sini lama-lama. Ingat kan apa yang along kata? Kita yang hidup──"

"── mesti teruskan perjuangan? Tch, mestilah Mel ingat."

"Good. Jadi── jangan sedey sedey ya, adikku Mel?" Hujung bibir ditarik agar aku mengukirkan senyuman.

"Dah, jom balik. Bukan tadi kata nak makan chicken chop ke?"

"Ehh haahlah nasib baik Abang Ed ingatkan! Abang Ed nak belanja eh? Terima kasih," lengannya aku rangkul erat lalu pipi aku geselkan. Ya aku tahu aku manja, so apa salahnya?

"Alaa janganlah manja dengan Mel sorang je, I pun nakk!" Kak Nasya yang dari tadi aku perasan je yang dia tengok kami terus datang merangkul lengan Eidil yang lagi sebelah. Welkk jeles ler tuww.

"Alololo untuk you, bila-bila pun I boleh bermanja," kepala Kak Nasya dibelainya. Tiba-tiba aku pulak yang rasa jeles.

"Hah Mel, jangan jeles eaaa."

"Mana ada jeles!"

"Eleee yelah tu... kenapa muka cemberut je tu HAHAHA!" Pandangan mataku tertancap pada seseorang yang baru beransur daripada melawat sebuah kubur. Macam kenal.

"Eh Alep!" Eidil awal-awal sudah memanggil. Si orang yang aku rasa aku kenal tadi berpaling melihat kami. Cepat-cepat matanya beralih saat pandangan kami bertemu.

Pinggang Eidil dicuit. "Aku nak jumpa Alep jap au." Dia sekadar mengangguk. Sebaik sahaja aku berdiri di hadapannya, dia masih cuba mengelakkan daripada ber eye contact denganku. Namanya dipanggil. Kekal menunduk.

"Tahniah..." wajah diangkat tidak percaya. Lama sungguh aku tidak mendengar suaranya!

"Kau bakal jadi isteri orang esok..." Aku dapat lihat riak wajahnya yang kecewa saat menuturkan kata-kata tersebut. Aku hanya menunduk.

"Itulah... aku tak sangka secepat ni. Tapi hey, jom jalan-jalan? Sebelum hidup aku bakal dikongkong oleh suami," dia ketawa kecil. 

"Jom." Sebelum kami pergi, aku meminta keizinan Eidil terlebih dahulu. Yelah, tak ada lah dia mengamuk macam gorilla pula kalau nampak aku tak ada kat rumah nanti. Setelah mendapat keizinan, kami pun pergi berjalan-jalan. Lokasi pertama yang kami tujui adalah... taman.

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora