p r o l o g

25.8K 1K 23
                                    

7 tahun sebelumnya

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.


7 tahun sebelumnya....

Orchid Villa Park

Aku tersenyum bahagia. Gembira kerana akhirnya mama dan papa serta abang-abangku pulang ke tanah air setelah sekian lama.

"Mel nak aiskrim tak? Mama dan papa belanja." Tanya Tengku Emylea yang merangkap sebagai mama kepadaku.

"Ed pun nak juga." Rengek Eidil seperti budak kecil .

"Along pun nak!" Kata Emir bersemangat. Mama dan papa sekadar menggeleng kecil.

"Anak-anak papa tunggu sini, ya. Papa dengan mama pergi beli." Kata Tengku Nazrin yang merangkap sebagai papa kepadaku. Papa dan mama berjalan ke arah pak cik yang menjual ais krim itu.

"Along, Mel nak pergi tengok bunga dekat sana boleh tak?" Lengan Emir digoncang kuat.

"Haa... boleh-boleh. Jangan lama-lama sangat!" Kepalaku diusap perlahan. Aku mula tersenyum lalu berlari ke arah bunga itu.

"Hmm...wanginya.."

"Wangikan bunga tu budak?" Tegur seorang lelaki dengan suara yang agak garau. Tersentak aku dibuatnya.

"A-awak nak apa?" Takut sahaja aku ingin menanyakan soalan itu.

"Sedap lollipop tu." Katanya sambil merenung ke arah lollipop yang dipegang olehku itu. Dia terus merampas lollipop yang baru sahaja ingin masuk kembali ke dalam mulutku.

"Hei, bagilah balik! Itu saya punya!" Bergenang air mata aku dibuatnya. Kejam!

"Hei, bagi balik lollipop dia!" Jerit seorang budak lelaki yang sedang berlari menghampiri kami. Nampak gayanya macam sama umur dengan aku je.

"Kau nak buat apa dekat aku, budak?" Tanya lelaki itu sambil ketawa sinis. Tanpa diduga, budak lelaki itu terus menendang perut lelaki itu menyebabkan dia terjatuh.

"Lain kali jangan berani nak cari pasal dengan aku!" Kata budak lelaki itu lalu merampas lollipop yang berada di tangan lelaki itu. Dia terus melarikan diri.

"Nah." Budak lelaki itu menghulurkan kembali lollipop itu.

"Terima kasih sebab tolong saya."

"Lain kali kalau ada orang kacau kau, beritahu aku. I will be right there." Belum sempat aku ingin menanyakan namanya, bunyi hon kereta mula kedengaran.

"Mel! Mama dengan papa!" Jeritan Emir itu berjaya menarik perhatianku lalu menarikku mengikutnya. Mereka berdua berlari ke tempat kejadian.

"Mama... papa..." Air mata yang ditahan sebelum ini jatuh juga akhirnya. Budak lelaki yang menyelamatkan aku sebentar tadi turut berada di tempat kejadian. Dia berlari ke arahku.

"I'm so sorry." Ucap budak lelaki itu kepadaku. Emir dan Eidil yang berada di sebelahku dipeluk dan akhirnya aku menangis semahu-mahunya.

Good bye mama... papa...

Tanah Perkuburan Orang Islam

Aku masih lagi meratapi kubur mama dan papa. Sekarang ni yang masih lagi berada di kawasan perkuburan itu hanyalah aku, Emir dan Eidil.

"Mel, jom balik." Emir mula mengajakku pulang. Sudah lama juga aku ni duduk meratapi kubur mama dengan papa diorang ni. Dalam Islam, nabi larang umatnya meratapi kubur lama-lama. Tak elok.

"Mel, jom balik." Kali ini, Eidil pula yang mengajak.

"Mel tak nak balik. Mel nak duduk sini teman mama papa." Emir mengambil tempat di sebelahku.

"Mel sayang, tak eloklah kita meratapi pemergian seseorang lama-lama. Kita yang hidup, mesti teruskan perjuangan."

"Tapi Mel sayang mama papa."

"Along dengan Abang Ed pun sayang mama papa. Kita semua sayang mama dengan papa. Tapi kalau kita betul-betul sayang mereka, we need to move on."

"Kalau mama papa tengok Mel macam ni, diorang akan suka ke?" Tanya Eidil tiba-tiba.

"Nanti diorang tertanya mana perginya Mel yang ceria, suka senyum sudah pergi." Kata Emir lagi. Aku terdiam seketika.

"Okeylah kalau macam tu. Jom balik. Mel dah laparlah pula hehehehe." Aku mula memberikan sengihan kambing kepada mereka .

"Itulah Mel! Kalau kita stay lama lagi kat situ, mesti Mel dah merungut kelaparan dah!" Kata Eidil sambil mengusutkan rambutku. Aku sekadar tersengih.

Mama.. papa.. tengoklah Mel. Mel tengah happy ni dengan along dan abang Ed. Mel harap mama dan papa pun happy di sana..

Gadis Pujaan Bad Boy ✔️Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora