BAB 1

4.1K 119 10
                                    

"Papa.. mama ... Ary nak pergi keluar dengan kawan kawan Ary petang ni boleh tak?" Tanyaku

"Ary nak pergi mana ?" Tanya mama.

"Ary nak pergi shopping mall dengan diorang. Bolehkan ma? Pa ?"

"Hmm...pergilah. Tapi jangan balik lambat sangat. Balik sebelum maghrib sebab papa ada nak cakap something dengan ary and abang."

"Okay papa . Thanks papa , mama."

Aku terus berlari masuk ke bilikku. Bagi aku perkenalkan diri aku dulu. Nama aku Aryssa Aryanna. Umur aku 15 tahun. Aku lahir dekat Malaysia tapi pindah ke Italy sebab papa ada kerja dekat sini.Aku ada 3 orang adik beradik dua lelaki satu perempuan. Aku anak bongsu. Abang aku yang pertama nama dia Aryan Afzan. Umur dia 19 tahun. Abang aku yang kedua pulak nama dia Afeeq Aryf. Umur dia 17 tahun. Itu je yang aku nak cakap.

☾︎ 𝘣𝘢𝘤𝘬 𝘵𝘰 𝘴𝘵𝘰𝘳𝘺 ☽︎

aku terus pergi ke walk in closet aku untuk pilih pakaian untuk petang nanti.

----

sekarang sudah pukul 5 petang dan aku sedang berseorangan dekat Starbuck.

"Haih ... manalah minah 3 ekor ni. Janji pukul 4:30 ni dah pukul 5." Aku ternampak kelibat 3 ekor beruk jalan lenggang lenggok menuju ke arah mejaku dengan muka yang tidak bersalah.

Nak ja a𝘬𝘶 𝘩𝘦𝘮𝘱𝘶𝘬 3 𝘦𝘬𝘰𝘳 𝘯𝘪....

"Aikk, Ary ..lama dah sampai ? " tanya kawan ku, Syahirah Emirza.

"Ehh .... aku tidur dekat sini semalam tu aku sampai awal tu. "

"Ala...sorry lah weyh. Tadi kitaorang dah nak gerak dah tapi si minah ni kata sakit perut lah apa lah ..tu lambat sikit.. sorry. " Jawab seorang lagi kawanku Aliesya Qistyna.

"Ha'ah .. sorry lah weyh ..tadi aku tak tahan sangat sangat ..nanti kang kalau aku tak pergi toilet nanti terkeluar pulak aku punya tu dalam kereta Sya. Tak pasal pasal aku kena tendang keluar dari kereta." Jawab si minah lagi satu Izzah Irdhina.

"Haih...ada ada je lah korang ni ...nasib aku sayang je dekat korang. Dah lah pergi lah order nak apa ..korang belanja ..siapa suruh datang lambat kann .."

"Hmmmhh...melayang lah duit ku yang tak bersalah ini.." Jawab Sya a.k.a Syahirah.

----

"Weyh , korang . Aku rasa aku kena gerak dulu lah. Papa aku suruh balik awal." Kataku yang sedang memegang telefon.

"Ala Ary, awal lagi ni. Rumah kau 15 minit je dari sini. Kenapa kena rushing sangat." Kata Qis

"Entah Ary, lek lu weyh. Awal lagi niyh" Jawab Dhina pula.

"Tak leh lah korang, nanti papa aku denda aku tak boleh keluar langsung nanti lagi susah. Ala nanti kita jumpa lah lagi. Korang ni, aku bukan nya nak pindah"

Eh eh diorang ni ...over nye lah .. aku bukannya nak pindah pun ..lagipun hari hari kut jumpa ..aku pun naik jemu tengok muka korang.

"Ha..okay lah kalau macam tu. Bawa kereta elok elok .. Bye ! " Kata mereka bertiga.

"Bye .."

----

Enjin kereta milikku dimatikan lalu aku keluar dari perut kereta mewah itu. Aku berjalan memasuki ke dalam rumah.
Aku bergerak menaiki satu persatu anak tangga menuju ke arah bilikku.

Pintu bilikku dibuka lantas aku mengambil tuala dan berlalu pergi memasuki ke bilik air.

----

Suara derap langkah kaki sedang menuruni tangga kedengaran di rumah agam itu. Aku yang baru sahaja selesai mandi terus menuju ke arah keluargaku yang berada di ruang tamu.

"Ha, Ary bila balik? Tak nampak pun mama tadi." Soal mamaku

"Baru je balik ma, tadi Ary terus naik bilik maybe sebab tu tak nampak" Jawab ku tatkala melabuhkan punggung bersebelahan abangku Aryan.

"Tadi papa cakap nak beritahu something, apadia?" Tanya ku.

"Hmm, kita kena pindah ke Malaysia minggu depan" Ujar papa

"Eh, kenapa nak kena pindah? Duduk kat sini je tak boleh ke?"

"Nanti kalau dah sampai dekat Malaysia, Ary tahu la kenapa."

Ahh gila! Kenapa nak berpindah pula. Dah berbelas-belas tahun dekat sini lepas tu tiba - tiba kena pindah Malaysia. Tak tahu sebab pulak tu. Aduh!

"Fuhh, lama gila tak balik Malaysia. Last kita balik Malaysia pun 5 tahun lepas" ujar Abang Yan.

"Ye dowh, rindu aku dengan makanan kat sana" sokong Abang Feeq pula.

"Macam dekat sini takde" ujarku dengan nada malas.

"Kat sini dengan kat sana berbeza okay" kata Abang Yan.

"K tak kisah, Ary nak naik bilik dulu. Bye" aku bangun dari dudukku lalu pergi meninggalkan ahli keluarga ku.

Sampai sahaja di bilikku, aku terus mengambil telefon aku yang berada di atas katil. Aku buka group whatsaap kami berempat.

Whatsaap group

Beruk berkampung ⚔️ :

Arynna :
Korang, aku nak bagitau sesuatu ni..

Dhina tiang :
Apadiaa tuu?

Sya sama tinggi :
Yess...??

Qis buaya : 
Apanya?

Aryanna:
Aku kena balik Malaysia next week...


Sya sama tinggi :
Woi ..kau biar betul?

Qis buaya :
Aku tak salah baca kan ?

Dhina :
Whatt??

Aryanna :
Korang ni overlah..iyaa..aku nak balik Malaysia. Dhina kau tak salah baca.

Dhina :
Alaa... Nanti kitaorang rindu acanee ??

Aryanna :
Eh eh kau ni ...geli aku.Tu je lah yang aku nak bagitau korang. Nanti kita spend time sama sama sebelum aku balik Malaysia..okay ?

Dhina tiang :
Hmm..ye lahh

Qis buaya :
Okay...

Sya sama tinggi :
Mm ..oke..

Aryanna :
Alaa.. korang ni..tak fun lah cenni ..happy lahh aku nak pergi minggu depan. Relax lah nyahh.

Sya sama tinggi :
Kau boleh lah cakap macam tu. Kita kawan dari kecik lagi. Sebab tu aku sedih tu.

Aryanna :
Okay okay. Nanti kita spend time banyak banyak together okay..?

Dhina tiang :
Okay !

Aryanna :
Dah aku off dulu. Goodnight!

Dhina tiang :
Night

Sya sama tinggi :
Bye. Sweet dream ..

Qis buaya :
Bye semuaa !!!

Aku off phone aku dan pergi ke alam mimpi kahwin dengan anak raja ...

"Good night world!"
















Bersambung....

Never Ending Love Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ