BAB 26

607 49 2
                                    

Hai? TAADAAAA!! BAB BARU ✨ Bab ni panjang sikit, sebab Aleena dah lama tak publish. So.... Happy reading!

🐥🐥🐥🐥🐥

Maafkan saya, saya terpaksa buat benda ni." Terpaksa buat apa gila?

Tubuhku terasa ingin jatuh, wajah Fazrien yang sedang senyum sinis dipandangku dengan perasaan bingung.

"Apa ni Fazrien?!" Soalku sebelum tubuh aku jatuh ke dalam sungai yang agak dalam itu. Aku cuba menyelamatkan diri namun badanku seperti diikat, aku tak dapat bergerak. Hanya gelak tawa Fazrien aku dengar sebelum aku tenggelam.

"ARGHH!!"

Aku terjaga dari lenaku dan melihat jam yang ada di tanganku.

"1 pagi.." Aku bangun dan keluar dari khemahku dengan perlahan supaya tak ada siapa tahu aku keluar dari khemah. Solat isya' aku tak tunaikan lagi. Semua salah mamat tu. Aku pergi ke arah tandas perempuan yang berada berdekatan dengan sungai.

Selepas aku mengambil wudhu, aku berjalan untuk ke surau.

"Awak." Seseorang menarik tanganku dan membuatkan perjalananku terhenti. Aku memandang seseorang itu.

"Awak, saya nak cakap sikit boleh?"

"Don't touch me." Aku manarik tanganku dengan kasar.

"Okay okay, saya tak sentuh awak. Awak nak pergi mana pukul 1 pagi macam ni?"

"Dah kenapa nak kisah?" Aku berkata dengan nada yang mendatar.

"Sayang, can we talk for awhile?"

"Kau dah kenapa tiba tiba baik dengan aku? Sudah lah, pergi tidur. Esok, I mean, harini hari last kita camping. Kau pergi lah cari ayat yang kau boleh back up si Fiona tu." Betullah harini hari last aku camping. Dah pukul 1 pagi dah pun.

"Sayang-" Aku menepis tangan Fazrien apabila Fazrien memegang tangan aku.

" I said don't. touch. me." Aku dah ada wudhu dah. Sebab tu aku tepis. Aku bukannya isteri durhaka sangat.... kan?

"Sayang, i'm sorry. Saya minta maaf pasal tadi."

"Entah lah, kita cakap dekat rumah je lah. Kau pergi tidur. Aku nak solat." Aku terus berjalan dari situ.

__________________________________

"Okay! So, lagi 30 minit bas korang akan sampai. Abang nak korang semua bekerjasama untuk mengemas khemah korang. Abang nak sebelum 10 minit bas sampai, semua dah siap. Faham?!" Tanya senior Akmal.

"Faham!"

Kami terus mengeluarkan barang barang yang ada di dalam khemah.

"Fuh.." Aku jatuh terduduk disebabkan terlalu penat.

"Ary, kau okay tak?" Tanya Qistyna.

Kini, semua ahli kumpulanku memandang aku.

"Okay. Aku okay. Don't worry."

Aku cuba untuk bangun tetapi aku mula berasa pusing dan mengakibatkan aku nak terjatuh lagi sekali. Sebelum badanku menyembam tanah semula, seseorang memegang badanku supaya badanku tidak terjatuh.

"Careful sayang.." Fazrien bisik ditelingaku. Aku cepat cepat melarikan diriku dari pegangannya.

"Kau pergi duduk dulu lah Ary." Kata Syahirah.

"Tu khemah tu?" Tanyaku semula.

"Tak pa, kitaorang boleh buat." Kata Dhina pula.

"Thank you.." Aku terus ke tandas untuk membasuh mukaku.

Never Ending Love Where stories live. Discover now