SPECIAL CHAPTER

490 25 2
                                    

Sudah empat tahun aku hidup bersama Fazrien. Sekarang Fazrien sudah berumur 21 tahun dan aku 20 tahun. Fazrien masih meneruskan pembelajarannya di Oxford University. Fazrien mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaann SPM yang lepas dan ditawarkan untuk ke University luar negara. Aku pula, menyambung pelajaran di Harvard University.

Memang kami berlainan arah. Jauh tetap jauh, rindu tetap rindu. Kadang tiada masa untuk ber video call antara satu sama lain dengan kesibukkan masing masing. Tetapi yang membuatkan aku tidak lupakan Fazrien ialah, setiap bulan Fazrien akan datang ke USA untuk meluangkan masa bersama. Bak kata dia,

"I'll try to find time to spend with you even when we live far from each other."

Romantic siak suami aku. Eheheheheh

Anyway....

Hariini adalah hari yang ditunggu tunggu oleh semua kawan kawanku termasuk aku yang terlebih teruja. Empat tahun aku menunggu masa yang seperti ini. Dari sekolah menengah lagi tauu.

Majlis perkahwinan antara Farhan Emir dan Syahirah Emirza akan berlangsung pada hari ini. Macam mana boleh berginjak kepada empat tahun? Semua salah Farhan. Setan tu tetiba kata...

"Bro, aku tak ready siak. Lagi sebulan aku nak nikah dengan Syahirah. Boleh aku buat lepas dia habis SPM?" Dan semenjak hari itu, Farhan perlu meraih semula hati Syahirah yang kecewa dengan sikap Farhan yang keanak anakkan itu selama dua tahun. Dua tahun tau Syahirah merajuk... Bukan kaleng kaleng.

Tetapi selepas Farhan dapat semula Syahirah yang seperti dulu, perkara lain pula yang terjadi mengakibatkan hubungan mereka terputus buat kali kedua. Mereka berdua membuat keputusan untuk melupakan sesama sendiri dan memutuskan tunang.

Tetapi dua tahun kemudian, Syahirah terserempak dengan Farhan yang sedang berjalan berseorangan di Time Square. Dari situ, rindu kembali berputik. Syahirah menegur Farhan dan...

Taadaa!! Diorang nak nikah dah.

"Weyh, handsome siak Farhan."

Pap!

Ketukan kuat dikepala Dhina diberikan oleh Syahirah sendiri. Elelele, jealous arh tu.

"Bakal SUAMI aku tu. Kau jangan macam macam.. tak pasal pasal majlis ni tak jadi majlis nikah tetapi majlis pengebumian." Syahirah menjeling Dhina. Ni kalau Farhan tengok ni, aku rasa cancel lagi nikah. Tak takut ke?

"Sudah lah.. korang ni. Kau tu dah nak nikah, muka tu elok sikit buat boleh tak? Dah macam beruk dah aku tengok." Tudung Syahirah yang senget sedikit kubetulkan.

"Qistyna tak datang ke? Mana dia? Sampai hati dia kan tak datang majlis aku. Dah lah sekali je aku kahwin." Berlinang air mata Syahirah. Aku faham..

"Qis message kat aku tadi, dia kata dia salah beli tiket. Kapal terbang yang dia naik tu bukan nak pergi Malaysia. Tapi pergi Jepun. Entah dia buta ke bengap tak tengok negara mana dia pilih." Kadang aku pasrah juga dengan Qistyna punya perangai cemerkap dia tu. Sampai macam tu sekali dia punya cemerkap.

"Boleh kita mulakan?" Suara wali kepada Raja Syahirah Emirza mengundang perhatian kesemua pihak. Dari riuh kembali senyap. Aku juga membetulkankan kedudukanku. Syahirah yang gelabah aku tenangkan. Irdhina yang berada jauh dari kami kupandang. Biasalah, Dhina bab camera ni dia nombor satu. Banyak collection camera dalam almari dia.

"Tengku Farhan Emir Bin Tengku Adib Mokhtar."

"Say-" Ucapan Farhan dipotong dengan suara seorang perempuan yang sedang membantah. Aku melihat gerangan yang berada dipintu.

"Majlis tak boleh diteruskan kalau takde saya!!" Qistyna yang berpakaian berwarna warni itu masuk dan terus duduk disebelah Syahirah. Ramai yang memandangnya dengan pandangan pelik. Yeah, aku pun termasuk sekali dalam golongan tersebut.

Never Ending Love Where stories live. Discover now