BAB 41

401 40 4
                                    

Pagar putih itu dibuka apabila butang lonceng ditekan. Aku dan Fazrien melangkah masuk ke dalam rumah agam itu. Mummy yang berdiri di muka pintu kami hampiri. Lama juga aku tak balik rumah ni..

Tangan Mummy kuambil lalu menciumnya sebelum berpelukkan. Fazrien masuk ke dalam rumah tanpa dipinta. Rumah family dia kan, buat apa dia nak malu. Lain lah balik rumah ibu. Dia punya adab tertib tu sungguh cemerlang.

Fazrien menuju ke tingkat atas bersama dua buah beg bagasi yang dijinjing olehnya.

"Jom masuk Aryanna." Aku hanya mengangguk seraya menghadiahkan sebuah senyuman.

Beberapa minit kemudian, muncul Fazrien yang melabuhkan punggungnya disebelahku. Tanganku diambil lalu digenggam bersama dengan tangannya. Kepalanya diletak dibahuku. Manja kali dia..

"Kenapa Mummy suruh kitorang datang?"

"Mummy dah kata kan, Mummy rindu menantu Mummy. Tak salah pun kan nak rindu menantu sendiri?"

"Memang tak salah tapi macam tiba-tiba ja Mummy suruh kitorang datang. Rasanya kitorang baru datang haritu."

"Banyak mulutlah kamu ni, biarlah Mummy nak suruh datang sini ke tak. Jumpa ibu sendiri pun tak mahu."

"Mana ada Fazrien tak mahu jumpa Mummy. Faz just pelik." Fazrien menggaru lehernya.

"Haih, Mummy suruh datang sini sebab benda ni." Mummy senyum sambil segugus kunci digoncang-goncangkan di hadapan kami. Macam kunci...

"Kunci rumah siapa ni Mummy?" Soal Fazrien seraya mengambil kunci yang dipegang Mummy tadi.

"Kunci rumah kamu berdua, Mummy dan Daddy hadiahkan." Aku memandang Mummy tidak percaya.

"Seriously Mummy?" Bibir Mummy membentuk sebuah senyuman. Kepalanya diangguk. Baru saja aku ingin memeluk Mummy, Fazrien terlebih dahulu mendahului ku.

"Thank you Mummy, barulah ada privacy sikit kalau ada rumah sendiri." Ujarnya seraya itu dia mencium kedua belah pipi Mummy. Privacy kepala hotak dia.

Aku yang sudah malas melihat drama yang secara tiba-tiba, Aku terus menolak tubuh Fazrien ketepi. Kini tubuh Mummy dipelukku pula.

"Thank you Mummy sebab bagi hadiah ni." Aku turut membuat perkara yang sama, mencium kedua pipi Mummy.

"Sama-sama sayang. Jaga rumah ni elok-elok ya." Aku dan Fazrien mengangguk.

"Okay sekarang, Fazrien Ammar. Pergi ambil balik beg kamu. Pergi letak dekat rumah sendiri."

"Kenapa pula? Nantilah kitorang pergi. Penat tak hilang lagi tau."

"Ada nampak muka Mummy ni macam kisah ke Fazrien? Pergi naik atas and ambil beg tu. Nanti Mummy hantar location rumah tu." Fazrien mencebik namun masih menuruti perintah Mummy.

---

Fazrien turun dengan dua beg bagasi di kedua belah tangannya. Beg bagasi itu di masukkan ke dalam but kereta semula.

"Bawa kereta hati-hati. Rumah tu jaga,  kalau Faz tak jaga memang Mummy suruh Faz duduk bawah jambatan ja."

"Amboi Mummy, sampai hati nak letak anak bawah jambatan?"

"Siapa kata nak letak? Kamu pergi sendiri lah bawah jambatan tu." Tawaku pecah apabila Mummy berkata begitu. Muka Fazrien memang cemberut nak mampus.

"Dah, dah. Pergi cepat."

"Halau kitorang eh Mummy? Kata rindu Ary?"

"Mummy rindu tadi, sekarang dah tak rindu." Giliran Fazrien pula mentertawakan ku.

Never Ending Love Donde viven las historias. Descúbrelo ahora