BAB 14

722 55 1
                                    

ARYSSA ARYANNA POV

Loceng telefon aku berbunyi menandakan subuh telah masuk dan waktu untuk bangun. Aku terus menutup alarm yang berbunyi seperti pontianak mengilai itu. Memekak je kerja. Aku terus mengambil tuala kemudian aku mandi lah.

Selepas 20 minit aku mandi, aku keluar dari bilik air itu dan mengejut suami aku. Eihhh SUAMI kauw aku panggil. Bangga jap dah tak single macam korang. Ko adhoo???

"Fazrien... bangun."

Aku menggerakkan badannya sedikit. Kang kalau goncang kuat kuat nanti dia kena heart attack, tetiba aku jadi janda dan single balik.

"5 minit. 5 minit. Aku nak tidur lahh.."

Aku terus berbisik di telinganya.

"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan..."

Amik kau.. bangun terus.

"Dah gi mandi. Nanti pergi solat."

"Jom lah solat sekali..."

Ni dah kenapa mamat ni ? Mamai eh ? Tetiba peluk pinggang orang. Pinggang sendiri tak nak peluk?

"Bangun... lepaslah.. pergi solat dulu. Nanti sambung lah tidur tu.."

"............."

Tidur balik ke ? Asal susah sangat nak kejut dia bangun solat ni ? Kejut abang Afeeq lagi senang dari kejut dia. Aku nak buat apa eh ?

Tiba tiba satu idea yang tak bijak masuk dalam kepala otak aku pagi pagi buta ni.

"Sayang... Bangun lah awak..."

hahahahahahaha gelinya.. aku mengusap belakang badan Fazrien. Harap berkesan lah.. kalau tak berkesan mau malu aku 7 hari 6 malam.

"Kau panggil aku apa tadi ?"

"Lah.. dengar ke ? Ingat tak dengar.. pergi mandi. Lepastu solat."

"Dengar pekataan 'sayang' tu je. Jom lah SAYANG.. kita solat sesama..."

"Gedik lah kau ni. Aku tak boleh solat. Kau pergi lah solat dulu. Aku nak turun bawah."

"SAYANG.. teman lah sayaa...."

"Ya allah... Astaghfirullahhalazim.. mashaAllah... Lepaslah. Pergi mandi."

Aku melepaskan diri aku dari pelukan yang tak seberapa nak hangat tu.

"Jap. Aryanna."

"Hm kenapa?" Aku tak pusing pun badan aku. Tak pasal pasal nanti dia nampak muka merah aku.

"Kau ingat apa apa tak malam tadi?"

"Ingat apa ?" Aku ada buat apa apa ke dekat dia ?

"Tak pe lah kalau kau tak ingat."

Aku terus berlari keluar dari bilik. Tak terlupa tudung aku. Aku dah pakai siap siap dah pun.. ahh, muka aku panas. Jangan bagi orang nampak dah lah..

Aku menolong wan masak sarapan pagi. Apabila makanan dah siap dihidang, Wan menyuruh aku panggil semua dalam rumah ni turun makan. Ada je yang dah bangun. Tapi semua buat hal sendiri.

Aku dah panggil semua orang turun kecuali seorang. Haih.... Aku memasukkan kepalaku sedikit disebalik pintu.

"Fazrien. Kau tidur ke?"

"Tak. Kenapa ? Asal tak masuk ?"

Aku pun masuklah dalam bilik kami dan pergi kearahnya.

"Jom turun makan. Semua dah tunggu."

Never Ending Love Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon