BAB 17

674 55 3
                                    

Fazrien Ammar pov

Hampir 15 minit aku menunggang motorbike aku akhirnya sampai juga ke markas aku.

Mak ai, hancur markas aku. Takkan lah si naga tu tak tau aku beli semua ni mahal mahal. Senang senang dia ja nak hancurkan. Tunggu lah kau..

Aku terus masuk ke dalam office aku untuk mengambil peralatan untuk berperang. Buka sahaja pintu office aku, Aku ternampak Farhan sudah di ambang kematian. Tak ada lah mati lagi. Tapi orang cakap dah 'nyawa - nyawa ikan'. Ha gitu..

"Woi Farhan. Kau nak mati dah ke ?"

"Bontot kuali kau lah aku nak mati. Aku tak mati lagi lah. Tolong aku kejap. Tolong balut luka ni jap." Aku terus pergi kearah mamat yang tak hensem tu.

"Khairul dengan Izwan mana ? Budak budak kita cukup lagi ke ?" Aku bertanya sambil membalut perut Farhan dengan pembalut luka. Boleh lah tu buat sementara waktu. Nanti dia pandai pandai lah pergi hospital ann?

"Aku masuk office kau tadi Izwan tak sampai lagi. Budak budak kita pun banyak dah mati."

"Si naga tu, berapa banyak budak budak dia yang dia bawa?"

"Satu kampung juga lah dia bawa. Dekat markas kita pun tadi aku datang banyak dah budak budak kita balik. Tinggal beberapa ja. Mana nak cukup."

"Kau buat apa dekat tempat kita ?"

"Asal kau nak tau ?"

"Bagi jelah tau. Kita kan kawannnnn."

"Tibeh. Aku datang sebab aku saje nak tengok tv."

"Kau lepas kena tembak tiga bulan lepas memang gila eh ?"

"Asal?"

"Rumah kau tak ada tv?"

"Ada. Tapi abang aku ambik. Dia nak tengok cerita barbie dia tu."

"Dia tak habis habis barbie dia. Kut lah nak tengok SpongeBob ke.."

"Kau lagi teruk."

"Biar arh. Ni, Kau dah suruh Khai telefon semua geng geng kita ka ?"

"Dah. Waktu aku minta tolong Khai tu aku suruh dia panggil lagi budak budak kita dengan call Izwan. Kau tau kan Izwan, mesti pergi cari awek dia yang baru. Cuba kau ceramah ataupun bagi tazkirah 3 jam dekat Izwan. Dah hari hari tukar awek. Kau kena baca ayat kursi dekat dia."

"Aku dah ceramah dia banyak kali dah. Siap suruh dia kahwin sekali. Tapi asal aku pulak yang kena kahwin?"

"Tu orang panggil 'kurma'."

"Dah siap. Cantik juga aku balut. Kau boleh bangun tak ni ?"

"Boleh. Kita kena habiskan juga naga merah tu. Nama pun naga merah. Mende lah.. kut lah nak bagi kad jemputan ke dulu sebelum serang. Ni serang macam tu ja. Patu aku yang kena tembak. Nasib tak mati ja. Nak lah juga aku kenal kenal dengan Syahirah Emir.......za?"

"Kau sedar tak apa kau cakap tadi?."

"Entah."

"Kau dilamun cinta dengan budak tu ke?"

"Dah lah kau. Pergi ambik semua senapang, pistol apa apa je lah kau nak bawa. Aku tunggu dekat luar. Ah.. ambik bom sekali."

"Kau nak bom tempat ni ke?!"

"Tengok lu." Farhan terus keluar dari office aku.

"Oi!! Mahal ni aku beli tempat ni !!"

Aku terus mengambil semua peralatan. Seterusnya kami pun pergi ketempat yang sekarang ni bising macam lalat hurung telinga.

Never Ending Love Onde histórias criam vida. Descubra agora