BAB 19

629 60 7
                                    

Aku mengangkat mukaku apabila cikgu memanggil nama yang cantik aku ni.

Beruk mana terlepas dari zoo ni?

"Okay, kamu bertiga boleh pergi kearah Aryanna yang belakang sekali tu."

"Terima kasih cikgu..."

Tiga orang manusia itu berjalan kearahku dengan muka minta kaki.

"Hai! Nama aku Izzah Irdhina. Kau siapa?"

"Aku nenek kau." Jawabku.

"Apa nama nenek."

"Rosmah."

"Hahahahah, dah lah Ary. Ni kitaorang lah.."

"Korang tunggu waktu rehat nanti."

Kemudian pelajaran berjalan seperti biasa. 3 manusia tu masuk sekolah dekat Malaysia pun buat macam dekat Italy. Duk kacau orang sana sini. Orang pergi sekolah belajar. Bukan main. Yang si Qis tu, sudah sudah lah mengorat lelaki..

-

Rehat

Kami berjalan keluar dari kelas untuk ke kantin. Aku lapar sangat ni. Dah arh malam semalam tak makan.

"Oi Ary. Kau asal?" Tanya Syahirah

"Asal dengan aku?"

"Muka kau pucat dowh." Kata Qistyna

"Ye ehh? Qis, nak cermin."

"Ary, tengok sebelah kau." Seraya itu aku melihat disebelah kananku.

Oh.. selama aku sekolah tak tau pulak ada cermin besar gedabak.

"Tak nampak pun pucat."

"Kau makan tak pagi tadi?" Tanya Dhina. Chill ah. Diorang ni buat macam aku nak mati dah dalam masa 40 saat nanti.

"Tak. Tak sempat."

"Semalam?"

"Tak."

"Bagi kepala kau."

"Kau nak buat apa Sya?" Syahirah meletak belakang tapak tangannya di dahi aku.

"Kau demam lah Ary!"

"Biar je lah. Aku sakit kepala je... Chill lah. Dah jom, kita gi makan."

"Kau sure tak nak pergi jumpa atuk kau? Minta balik rumah."

"Tak nak ah.. jom lah.."

Aku menarik tangan mereka bertiga berjalan pergi ke kantin. Tapi asal aku rasa bumi bergerak gerak. Aku dapat rasakan yang aku tak rasa lantai yang aku pijak. Kemudian aku jatuh di atas lantai.

"Weyh, Ary!" Aku hanya dengar Qis jerit sahaja. Kemudian dunia yang aku lihat menjadi gelap. Aku mati... Berakhirlah kisah aku dan mamat taguna tuuu.

Syahirah Emirza pov

Aryanna tetiba ja pengsan. Budak ni, aku dah kata dah balik rumah. Tak nak dengar. Letak tepi tong sampah kut nanti baru dia tau langit tu tinggi ke tinggi. Dah langit tu tinggi buat apa nak cakap dia rendah ann?

"Qis, kau nampak tingkatan 5 tadi dah keluar kan?"

"Tak sure ah. Kau asal?"

"Aku nampak tingkatan 5 dah keluar dah tadi." Kata Dhina.

"Good, now. Dhina, pergi jumpa Fazrien. Cakap yang Aryanna pengsan. Kau pergilah dengan Qis. Aku tolong bawa Aryanna pergi klinik."

"Kau sure ke boleh angkat dia? Jauh tu klinik."

Never Ending Love Where stories live. Discover now