BAB 25

719 56 12
                                    

Selepas sahaja makan tengah hari, aku terus pergi ke tempat di mana pelajar-pelajar berkumpul.

“Tolong diam semua! Hari ni kita akan buat aktiviti ‘pioneering’! So, akak nak korang semua ambil perhatian apa yang akan akak terangkan! Boleh?!” ujar senior Adelyn atau lebih mesra dipanggil akak Lyn.

“Boleh akak!” ujar semua pelajar di situ lalu akak Lyn terus menerangkan satu persatu perkara yang perlu kami lakukan.

“Semua faham?!”

“Faham!”

“Okay sekarang, berkumpul mengikut kumpulan korang dan cari kayu yang boleh digunakan untuk aktiviti kita ni. Ketua kumpulan, ambil guni dekat depan ni untuk masukkan kayu yang korang kumpul nanti. Kami dah buat tanda and ikut ja tanda tu. Jangan ada yang gatal tangan nak ubah tanda tu, aku dapat tahu memang mampus aku kerjakan. Kalau sesat, pandai-pandailah cari jalan balik sendiri.”

“Scary juga akak ni kan, Ary?” aku mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Irdhina.

“Okay semua dah boleh gerak, pastikan bila balik nanti ahli kumpulan kamu cukup ya.” ujar akak Aisyah dengan senyuman yang tidak pernah pudar dari bibirnya.

Aku dan ahli kumpulanku bergerak menuju ke arah hutan yang sudah ditandai dengan penunjuk arah.

“Kita berpecahlah, senang sikit.”

“Ha okay juga idea kau Iz, kita berpecah dua-dua. Aku dengan Aryanna, Han dengan Sya, Iz-“

“Kenapa you dengan minah ni, I nak dengan you la baby.” Oh what the- baby baby, babi kau, suami aku tu.

“Secondhand embarrassment.” Fiona menjeling tajam Farhan.

“You ni diamlah, I cakap dengan Fazrien bukan dengan you.”

“Tak tanya, tak kisah, tak nak tau, tak ambil tau. Dah cepatlah Faz, malas aku dengar suara annoying minah ni.” Fiona mendengus kasar lalu berpeluk tubuh.

“Hmm, Izwan dengan Dhina, Khairul dengan Qistyna and Syafiq dengan Fiona. Okay? Ada apa-apa bantahan?”

“Yes ada, I nak dengan you bukan dengan budak nerd ni!”

“Kau bersyukur je boleh tak? At least kau ada pasangan, kalau takde macam mana? Mesti tinggal tulang je kau nanti kena makan dengan Harimau.”

“Ugh, fine. Kau tunggu lah nanti..” Bisiknya padaku.

“Dah jom, nanti lambat kerja kita nak siap. Lepas dah selesai kumpul dengan sini balik.” kami semua berpecah mengikut pasangan masing-masing.

“Dekat situ banyak kayu, jom sayang.” Fazrien menarik tanganku ke arah suatu kawasan. Cair juga aku dekat tengah hutan ni nanti, aish.

“Nak ambil berapa banyak ni?” Tanyaku sambil mengutip kayu-kayu yang ada disitu.

“Ambil sebanyak yang boleh, kemungkinan banyak kayu yang kita nak guna nanti.” Aku mengangguk.

“Nah masukkan kayu-kayu tu dalam ni.” Fazrien menghulurkan guni kepadaku lalu aku memasukkan kayu yang telah dikumpul tadi.

“Saya rasa dah banyak ni, jom pergi tempat tadi balik.”

“Eh tunggu sekejap sayang, saya nak bagi something.”

“Bagi apa?” Fazrien menarik tanganku lalu memasang gelang yang diperbuat daripada daun.

“Apa ni? Gelang ke?”

“Yes gelang, saya buat semalam guna daun. Pandai juga saya buat, cantikkan?”

Never Ending Love Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum