BAB 42

403 38 2
                                    

"What the..." Identiti lelaki itu masih tidak dikenal pasti dek kerana wajahnya yang terlindung di sebalik topeng.

Qistyna berura-ura ingin membuka topeng yang menutupi muka lelaki itu. Namun dengan pantas lelaki itu memusingkan tangan Qistyna sehingga dia mengaduh sakit.

Lelaki tersebut melarikan diri sekali lagi. Kami berempat mula mengejar kembali lelaki tersebut. Yes, jalan mati. Kawasan yang agak sunyi ini memudahkan aku untuk membuat perkara berbahaya. Aku tak naklah viral 'Empat Remaja Perempuan berumur 16 tahun bergaduh dengan lelaki asing'.

Aku cuba untuk menendang lelaki itu namun dia lebih pantas mengelak dan mengakibatkan aku jatuh rebah.

"Arh, sorry sweetie. Sakit ke?" Aku berdecit geram. Satu pukulan tepat mengena pada mukanya. Tubuhnya jatuh tersungkur. Syahirah menarik hoodie lelaki itu lalu mencuba membuka topengnya.

"Not now." Sinis sahaja suaranya berkata. Tangan Syahirah turut dilakukan seperti yang ia lakukan pada Qistyna.

"Got to go now sweetie. See yea." Belum sempat kami menangkapnya. Satu kabus keluar dari benda bulat yang dibaling lelaki tadi. Kabus itu bukan sahaja menyebabkan kami sukar untuk melihat sekeliling malah turut menyebabkan kepala berdenyut sakit.

"Sayang! Are you okay?" Aku menggeleng perlahan. Tengah pening ni, gila kau nak okay. Mataku tiba-tiba rasa berat dan akhirnya hanya kegelapan menghiasi mata. Aku Innalillah..

---

Fazrien Ammar POV

"Kenapa diorang tiba-tiba boleh pengsan ni?" Soalku mendatar sahaja suara.

"Mungkin sebab benda ni."  Farhan meletakkan benda bulat yang berbentuk seperti bom itu di atas meja.

"Aku jumpa benda ni dekat tempat tu tadi." Sambungnya. Aku mengambil benda itu lalu membelek-beleknya.

"Khai, nanti kau suruh Jeremi periksa benda ni." Khairul hanya mengangguk faham.

"Lokasi lelaki tu, sekarang dia dekat mana?" Soalku sekali lagi.

"Last location lelaki tu dekat tempat diorang pengsan tadi. Nanti aku cuba periksa sekali lagi." Jawab Farhan dan mendapat anggukan ku.

"Izwan mana eh?" Aku memandang sekeliling apabila Khairul bertanya.

"Mana pula mamat tu?"

"Aku suruh dia pergi beli bubur and ubat. Nanti nak bagi dekat diorang bila dah bangun." Farhan menjawab.

"Ouh, okay. Aku nak naik atas kejap, nak tengok Aryanna."

"Aku pun nak tengok Qis lah." Satu pukulan diberikan kepada Khairul.

"Faz tak pa, nak tengok isteri dia. Kau tu, tak ada hubungan apa-apa dengan Qistyna pun. Tak payah nak gatal." Khairul mencebik sambil mengusap-usap kepalanya.

"Han, kau tengok-tengoklah si Khai ni. Takut jadi apa-apa dekat anak dara orang and kau pun jangan jadi gila. Dah, cau." Ujarku lalu naik ke tingkat atas.

Pintu bilik dibuka, tubuh yang elok tertidur di atas katil aku pandang. Aku bergerak ke arah katil lalu berbaring di sebelah Aryanna. Rambutnya di usap lembut.

"Siapa lah yang berani sangat ambil awak dari saya. Memang cari nahas betul." Huh, cakap sorang-sorang macam hilang bini pula. Padahal dekat sebelah ja.

"Uhm." Aku memusingkan kepalaku. Aryanna dah sedar.. Kami memandang antara satu sama lain. Sebuah senyuman terukir di bibirku.

"Feeling better sayang?" Aryanna hanya mengangguk.

Never Ending Love Where stories live. Discover now