BAB 36

550 54 6
                                    

Tepat pukul 10 pagi, kereta aku terletak elok di hadapan sebuah gudang. Aku melangkah keluar dari perut kereta bersama dengan tiga kawanku.

"Baca bismillah Ary, takut nanti ada orang bertukar jadi singa." Aku mencubit lengan Irdhina kuat.

"Kau diam, aku tengah nervous ni. Kau boleh bergurau pula."

"Baguslah aku bergurau, menceriakan suasana sikit. Tadi dia punya sunyi macam dekat tanah perkuburan." Aku berdecit. Ada ja idea dia nak menjawab.

"Dah lah, jom masuk." Mereka bertiga mengangguk lalu kami semua masuk ke dalam gudang itu.

Pandanganku tepat memandang ke arah Fazrien yang sedang berpeluk tubuh. Wajahnya tak berubah, sama saja seperti saat dia mengetahui rahsiaku.

"Yow! Dah datang!" Izwan datang ke arah kami. Eh, bukan kami tapi Irdhina.

"Hai sayang." Irdhina membuat muka jengkel bersama dengan dengusan kecil.

"Lebih baik kau stop panggil aku sayang sebelum aku bunuh kau and buat 'Izwan' masak lemak." Ujar Irdhina yang sedang menunding jari tepat di hadapan muka Izwan.

"Takutnya, sayang sanggup ke bunuh lelaki hensem macam saya ni?" Bukan Irdhina ja rasa nak bunuh sekarang ni, dengan aku sekali nak bunuh.

Irdhina mengeluarkan sepucuk pistol dan menghalakan tepat ke dahi Izwan. Pandangannya tajam bagaikan helang. Irdhina menarik picu pistol itu.

BANG!

"Dhina!" Jerit kami semua yang berada dalam gudang itu.

"Amacam bro? Sakit tak?" Soal Irdhina kepada Izwan yang sedang menahan sakit di kaki akibat dari tembakan yang dilepaskan Dhina.

"KAU NI! NASIB KENA SIKIT JA!" Jerit Izwan. Irdhina hanya membuat muka tidak bersalah lalu duduk di kerusi yang diletakkan di dalam gudang itu.

"Ada makanan tak? Ary tak bagi makan langsung, dasar leader tak berguna."

"Dhina, kau nak kena macam Izwan ke? Atau nak yang lagi teruk?"

"Maaf Boss! Tak sengaja kutuk." Aku menjelingnya tajam sebelum mataku terarah pada Fazrien yang melihat ke arahku bersama sebuah senyuman tipis. Namun, senyuman itu kembali menghilang apabila dia perasan aku melihat ke arahnya.

"Faz-" Belum sempat aku menghabiskan kata, Fazrien membuka mulut.

"Aryanna, ikut saya." Ujarnya dingin. Haih, kena bebel nampaknya.

"Goodluck Ary. Kalau kau nak aku baca Al-Fatihah atau Yassin, kau boleh tulis surat. Hantar mesej pun boleh, lagi senang." Aku memukul kepala Qistyna kuat. Si Sya tu tak nak tolong aku ke? Senyap macam orang bisu. Tahu lah depan dia ada buah hati.

Aku mengikut langkah Fazrien yang mula menjauh. Pintu kereta miliknya dibuka, lalu tubuhnya masuk ke dalam. Belum sempat aku pergi ke arah keretanya, dia sudah memandu pergi.

"Apa masalah mamat ni? Dia suruh aku ikut dia, tapi dia yang tinggalkan aku." Aku menghentakkan kakiku. Kereta itu kembali berundur bersama tingkap yang dibuka.

"Aryanna, masuk." Aku tanpa banyak soal, masuk ke dalam keretanya.

Suasana sunyi, tiada seorang pun yang mengeluarkan suara. Aku nak bercakap tapi mulut ni rasa macam dikunci rapat. Aura dingin memenuhi setiap sudut kereta.

"Erk-" Sekali lagi, Fazrien memotongku.

"Kenapa tak bagitahu saya yang awak tu mafia? I'm your husband right?" Soal Fazrien mendatar. Pemanduan masih diteruskan.

"Saya bukan tak nak bagitahu, cuma..." Aku bermain dengan jari-jariku. Nervous, nervous. Macam nak minta maaf waktu raya pulak nervous dia.

"Cuma apa?" Aku tidak menjawab. Fazrien tiba-tiba sahaja memegang jari-jariku yang asyik dimainkan sejak tadi.

Never Ending Love Where stories live. Discover now