BAB 38

450 40 8
                                    

"Now, Dyan." Satu saat kemudian, bilik itu kedengaran sebuah suara. Suara perbualan Tengku Aminuddin dan lelaki itu.

"Lambat betul kau sampai, aku boss ke kau boss ni?"

"Sorry bos, tadi ada traffic jam. Sebab tu saya lewat sikit."

"Arh kau, tak kisahlah. Yang pastinya aku nak kau buat sesuatu untuk aku."

"...."

"Aku bagi kau RM100,000 dulu. Selebihnya lepas kau dah berjaya buat kerja aku."

"Okay. Kerja apa yang bos nak saya buat?"

"Aku nak kau buat ja apa apa dekat kapal terbang yang akan berlepas ke Melbourne lusa ni sampai dia hilang atau sampai dia terhempas lagi bagus."

"Tapi bos, banyak tu orang yang naik kapal terbang tu. Takkan bos nak bagi semua tu maut juga?"

"Masalah aku ke masalah kau?"

"Masalah boss."

"Ha bagus....Eh tu masalah kau gila!"  Lelaki itu tiba-tiba mengaduh sakit. Mungkin kepala dia kena ketuk dengan Tengku Aminuddin?

"Maaf boss, masalah saya."

"Dalam ni ada RM100, 000, aku nak kerja ni berjalan seperti yang aku suruh. Or something else akan jadi dekat kau and mungkin anak perempuan kau."

"B-baik boss." Tergagap lelaki itu berkata. Ada anak tapi buat kerja bodoh ni.

"Bagus, kau dah boleh blah. Jangan sampai tertangkap."

Perbualan itu tamat disitu. Muka Tengku Aminuddin yang seperti ayam berak kapur itu aku pandang. Tahu pun takut. Padan muka kau.

"Speechless?" Tanyaku yang dari tadi menahan jariku dari menekan picu pistol yang berada di tangan.

"Dari mana kau dapat perbualan tu?"

"Dari mana tu kau tak payah tahu. Aku just nak tahu, kau berpakat dengan siapa?."

"Berpakat apa? Aku tak berpakat dengan siapa-siapa pun." Tengku Aminuddin menundukkan pandangannya ke bawah.

"Tua tua pun bodoh. Jangan menipulah."

"Kau tahu mana aku berpakat dengan seseorang?" Aku tergelak sinis. Dasar orang tua, menyusahkan orang.

"Dyan, bawa masuk mamat tu!" Pintu bilik itu dibuka.

Ttakk

Pintu itu tiba-tiba sahaja runtuh lalu hampir-hampir menghempap Fiona namun di tahan ku. Aku tak nak dia mati disebabkan pintu, tapi nak mati disebabkan aku sendiri.

"K-kau tak boleh ke bincang dekat tempat lain selain tempat macam ni?" Fiona yang sudah lama berdiam diri akhirnya bersuara. Wajahnya penuh dengan riak takut.

"Suka hati aku lah nak bincang dekat mana pun. Kau patut bersyukur aku letak kau dalam hotel. Hotel 5 Bintang ni." Aku tersenyum senget. Yes, hotel 5 Bintang yang dah nak runtuh dan yang pasti. Ada benda tu.

"Dyan, lempar dia dekat sini." Lelaki itu dilempar Dyan dengan kasar. Tubuh dan wajahnya penuh dengan darah.

"So, Encik Hashim. Beritahu perkara sebenar, dari awal sampai akhir. Aku tak nak satu pun terlepas or nyawa kau dalam bahaya. Kau ada anak kan? Kau nak tengok anak kau hidup tanpa seorang ayah?

"J-jangan, saya akan bagi semuanya."

"Good, now tell us."

"Kau diam Hashim, kau tahu apa akan jadi kalau kau bagitahu identiti lelaki tu." Aku menembak bahu Tengku Aminuddin sedikit.

Never Ending Love Where stories live. Discover now