BAB 23

603 52 1
                                    

Aku melangkah masuk ke dalam kelas bersama dengan Qistyna dan Irdhina. Aku melabuhkan punggung ke atas kerusi yang tidak terlalu lembut dan terlalu keras.

"Woi Ary, Sya macam mana? Tak nak cari dia?" Soal Izzah Irdhina

"Dia yang lari, kenapa kita kena cari dia? Pandai-pandailah dia masuk kelas sendiri."

"Ingatkan lepas kau makan dengan Fazrien tadi jadi baik, rupa-rupanya sama ja." Ujar Qistyna dan mereka berdua tertawa kuat.

"Aku ni lagi baik dari korang tau, korang ja tak tau."

"Ye la Mrs Aryanna, anda menang."

"Aku memang sentiasa menang." Ujarku dengan nada sedikit bongkak. Apa salahnya jadi sombong kadang-kadang. Dhina dan Qis menggulingkan biji mata mereka.

____________________________________

Syahirah Emirza POV

Aku melangkah keluar daripada tandas dan menaiki tangga untuk ke kelas. Namun ada sesuatu yang menghalang aku dari menaiki tangga.

"Tepilah sikit, aku nak naik kelas gila!"

"Mana Aryanna? Bukan kau 24 jam dengan dia ke?"

"Aku bukan tulang dia nak dekat 24 jam dengan dia."

"Kau dengan perempuan bodoh tu sama ja!" Jeritnya lalu menolak tubuhku dengan kasar.  Aku hilang keseimbangan dan menyebabkan aku hampir terjatuh namun ada seseorang yang menangkap aku dari belakang.

Fiona dan sahabatnya membulatkan mata lalu dengan pantas mereka berlari meninggalkan aku dengan seorang manusia? Hantu pun boleh jadi kan?

"Are you okay?" Soal seseorang, macam kenal je suara ni. Aku pantas melihat ke arah lelaki yang masih memegang aku. Aku terus melepaskan diriku.

"Err ya okay, thank you." Aku menundukkan kepalaku sedikit lalu terus berlari naik ke kelas.

"Hati-hati, jangan lari laju sangat, takut jatuh! Nanti takde siapa nak kahwin dengan saya!" Jeritnya membuatkan mukaku berubah merah. Aku melajukan larianku ke arah kelas 4 Neptune.

____________________________________

Aryssa Aryanna POV

"Gilalah minah diva tu." Kami memandang ke arah Syahirah yang baru sahaja duduk.

"Kau dari mana dowh? Asal nampak macam penat? Takkan kau lari jauh sangat sebab Farhan confess?"

"Bagi aku bernafas dulu Qis." Syahirah menarik nafas lalu menghembuskan nafasnya. Kenapalah dia hembus, asal tak tahan je sampai nampak cahaya putih.

"So? Apa jadi sampai kau penat macamni?" soal Qistyna buat kali kedua

"Aku tadi nak naik kelas lepas pergi tandas, tapi Si Fiona tu tiba-tiba tolak aku time aku  naik tangga. Nasib tak jatuh je tau, aku dahlah tak kahwin lagi."

"Asal dia kacau kau? Tak puas kacau aku ke apa dia tu?" Syahirah hanya menjungkitkan bahunya.

"Fiona tolak kau, tapi macam mana kau tak jatuh?" Soal Irdhina dan muka Syahirah automatik berubah merah.

"Err magic mungkin?"

"Aku rasa aku tau macam mana kau tak jatuh."

"Macam mana?" tanya Dhina dan Qistyna serentak.

"Mesti ada hero selamatkan kau and hero tu mesti..."

"Farhan!" Jerit kami bertiga serentak dan seluruh kelas memandang ke arah kami

Never Ending Love Where stories live. Discover now