BAB 46

359 38 1
                                    

Masalah masalah masalah. Tak ada ke hari aku yang tak ada masalah? Macam mana aku nak keluar hospital kalau ibu ada dekat sini? Takkan nak halau pula?

"Dhina, kau sini jap." Irdhina yang berada dipintu itu datang kepadaku. Aku pergi kearah telinganya lalu berbisik sesuatu.

"Kau boleh call number ibu pakai number orang lain tak? Kau cakap lah kau ni orang TNB ke orang SADA ke or kau cakap rumah ibu kena rompak ke... kau cakap je lah apa apa pun. Asalkan benda yang kau cakap tu boleh membuatkan ibu balik dengan cepat." Bisikku. Harap ibu tak dengar lah.

"Alright. Settle yang tu. Senang je tu." Irdhina keluar dari bilikku bersama Qis dibelakangnya. Tidak lama kemudian telefon ibu berbunyi. Ibu melihat nombor yang tertera di telefonnya.

"Kenapa ibu tak angkat?" Yes, ibu tak angkat. Tak jadi lah plan aku kalau ibu tak jawab telefon tu.

"Nombor tidak dikenali. Tak payah lah angkat." Arh.. tak boleh macam ni.

"Angkat je lah Aunty. Entah entah orang yang call tu ada apa apa ke nak cakap dengan Aunty...." Syahirah turut memujuk ibu. Argh aku tak kisah. Aku mengambil telefon di tangan ibu lalu menekan butang hijau. Simbol speaker aku tekan supaya ibu boleh mendengarnya sekali.

"Hello?"

"Hello, Puan!" Sikit lagi aku hendak ketawa apabila mendengar suara orang bangladesh yang sedang happy. Patutnya kena suara resah, ni happy?

"Kenapa ya?" Tanyaku lagi.

"Puan, saya ialah security yang menjaga Taman Perumahan puan. Pada 10 minit yang lepas, penggera rumah puan berbunyi banyak kali. Saya pergi periksa rumah puan dan didapati rumah puan telah dipecah masuk." Ibu merampas telefonnya ditanganku. Oyeah! Ibu dah cuak.

"Lagi 20 minit saya sampai. Saya nak minta Encik tolong jaga rumah saya sebentar." Butang end ditekan ibu.

"Ary, ibu balik dulu ya sayang. Jangan banyak gerak sangat, nanti luka tu makin teruk."

"Okay ibu." Mulut cakap okay, tapi nanti tak sampai 5 minit ibu keluar pun aku dah berlari.

Tangan ibu kuambil lalu kucium. Aizat yang selama ini melihat telefonnya di sofa bilikku memandangku curiga.

"Apa kau tengok tengok? Balik arh."

"Nak balik lah ni. Tak hingin aku duduk dalam bilik kau ni lama lama." Aku hanya menggulingkan mataku.

"Sudah sudah lah tu. Mari Aizat, kita balik. Tak tahu lah nak jadi apa dekat kamu berdua ni." Ibu keluar dari bilikku dengan gelengan kepala yang tak lekang dari kepalanya. Aizat juga turut keluar dari bilikku bersama isyarat tangan 'GO DIE'. Kisah pulak aku dengan go die dia.

5 minit aku tunggu untuk memastikan ibu tidak bepatah balik kebilikku, akhirnya aku boleh juga bangun dan pergi kebilik air. Luka aku? Aku tak rasa apa apa pun. Chill chill arh..

"Kau betul ke nak pergi sana juga?" Tanya Qis yang baru masuk kedalam bilik aku.

"Ye lah. Kalau tak aku tak suruh korang jadi bangladesh tadi.."

"Dengan cara kau jalan macam nenek ni pun kau still nak ikut juga?"

"Yes. Senyap arh korang. Aku nak pakai baju jap. Korang just tolong bagi jalan clear untuk aku keluar dari hospital ni. Okay?" Tanpa menunggu jawapan mereka, aku terus masuk kedalam bilik air untuk menukar baju hospital kepada baju yang dibawa oleh Mereka bertiga tadi.

-

Selepas 20 minit memandu, aku meletakkan keretaku di tempat biasa aku letak kereta aku. Actually hospital dengan markas aku jauh lah juga. 40 minit kalau bawa macam biasa tapi, mana boleh aku nak rilex kalau anak buah aku semua mati!

Never Ending Love Where stories live. Discover now