BAB 20

741 54 4
                                    

Aku masuk ke dalam rumah sambil memimpin tangan Aryanna. Aish, kenapa kau cute sangat Aryanna!! Kalau boleh aku nak kau demam setiap hari...

"Assalammualaikum." Aku memberi salam seraya itu masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumussalam, eh asal korang ada dekat rumah ni? Ponteng sekolah ke?"

"Taklah abang Feeq, Aryanna ni ha demam. Sebab tu Fazrien hantar balik rumah."

"Wuish, budak ni demam?! Kesian adik ipar aku, goodluck bro. Kau dah bawa dia pergi klinik ke?"

"Fazrien dah bawa tadi, ni ha ubat Aryanna." Abang Afeeq menganggukkan kepalanya beberapa kali.

"Ha okaylah kalau macamtu. Nanti aku suruh Mak Som buat bubur dekat Aryanna. Budak tu macam nak tidur ja, pergilah naik atas." Aku menoleh ke arah Aryanna yang lebih pendek ketinggiannya dibanding aku. Patutlah diam ja, tidur rupanya. Tapi hebat betul budak ni, tidur sambil berdiri sia..

"Hahaha okay, Fazrien naik atas dulu." Aku mengangkat tubuh Aryanna yang seperti mahu tidur itu lalu melangkah naik untuk ke bilik. Kalau tak angkat kang jatuh pula time naik tangga.

Aku meletakkanya di atas katil perlahan-lahan. Ubat-ubatan yang dibeli tadi aku letakkan di atas meja yang berada di tepi katil.

Aku pergi ke arah Aryanna yang 100% berubah dari dirinya yang asal. Aryanna yang ganas tambah biadap nak mampus berubah jadi manja. Teruskan macam ni ya Aryanna ;D

"Aryanna, bangun. Kita makan ubat dulu, nanti tidur balik." Tidak sampai beberapa minit, terdengar suara tangisan dari Aryanna. Nangis pula budak ni..

"Eh Aryanna, kenapa nangis ni? Abang suruh bangun ja, sebab nak makan ubat.."

"Ar-aryanna tak nak makan ubat. Ubat tak sedap." Aku mengusap lembut air mata yang mengalir di pipi Aryanna.

"Mana boleh tak makan ubat, Aryanna nak sihat tak?" Dia mengangguk bersama dengan senggukkan.

"Haa kalau nak sihat, Aryanna kena makan ubat. Kita makan bubur lepastu makan ubat." Dia mencebik namun masih menganggukkan kepalanya.

"Okay goodgirl!" Aku mencuit hidungnya seraya meletakkan mangkuk di atas meja.

Selepas Aryanna habis makan bubur, aku memberikan satu biji ubat yang doktor bagi tadi kepada Aryanna.

"Nah, makan."

"Kenapa ubat ni bulat abang?" Aryanna menjilat sedikit ubat itu.

"Eeeee! Pahitt!!"

"Hahahahahaha abang tak suruh pun Aryanna jilat. Abang suruh telan. Nah air." Aku menghulurkan gelas yang berisi air kepada Aryanna.

"Tak ada ke ubat warna pink?"

"Aryanna suka warna pink ke?"

"Ha'ah. Pink cantik. Macam dalam cerita Peppa Pig's tuuu."

Budak ni waktu 6 tahun tengok babi ke?

"Bukan ke Aryanna tak suka warna pink?"

"Siapa cakap?!"

"Abang."

"Aryanna sukalah.. warna pink. Abang je yang tak tau."

"Okay okay, makan ubat tu dulu."

"Tak nak."

"Kalau Aryanna tak nak ayam tak pe.. abang tak beli."

"Ala.. Aryanna nak ayammm."

"Makan lah ubat tu dulu."

Never Ending Love Where stories live. Discover now