BAB 21

639 55 0
                                    

"Weyh Qis. Nak makanan kau sikit."

"Kau ni Dhina.. kau tak makan dari bila ni? Dah macam pengemis minta makanan dah."

"Aku lapaoo lahhh."

"Lapar Dhina L.A.P.A.R. Understand?"

"Aku tau lah."

"Sudah sudah. Tak payah bergaduh. Nah ambik makanan aku." Aku memberikan makanan aku kepada Dhina.

"Hah kau, asal senyap? Sudah sudah lah fikirkan pasal Farhan tu."

"Mana ada aku fikir pasal Farhan. Aku tengah makan kan ?" Syahirah sambung makan makanannya selepas ditegur olehku.

"Kau ingat aku tak tau? Kau ni banyak mulut tau macam Dhina dengan Qis. Harini kau tak cakap sangat pun."

"Tak yah risau lah. Aku tak fikir pun pasal dia."

"Hmm oka-"

"Oi pompuan!" Apa pulak masalah minah tiga ekor ni?

"Kau nak apa lagi Fiona?"

"Kau nak tau tak?"

"Apa?" Fiona menuang jus oren yang aku minum ke atas kepalaku.

"Kau asal hah?!"

"Eh, Dhina. Tak pe. Kau pergi ambik tisu. Kau Qis, ambik baju aku dalam beg aku."

"Weyh, perempuan tu-"

"Just go." Qis dan Dhina pergi mengambil apa yang aku suruh untuk aku.

"Ha, kau. Cakap apa masalah kau."

"Aku dah pernah cakap ke tak eh dekat kau yang, jangan.dekat.dengan.fazrien." Fiona menunjal nunjal kepalaku. Kepala sendiri ada nak sentuh kepala orang juga.

"So what? Kalau aku dekat dengan mamat tu pun kenapa? Ada masalah hidup dengan kau ke?"

"Yes ada!" Fiona meninggikan suaranya dan kini semua pelajar memandang kearah kami.

"Kau nampak apa sampai kau nak kena tuang air, buat bising macam ni dekat kawan aku?" Tanya Syahirah.

"Kawan kau ni dah rampas boyfriend aku!"

"Fazrien tu ada cakap ke yang dia boyfriend kau?"

"..............."

"Tak ada kan? So blah lah weyh! Memekak je lah anjir."

"Control yourself Sya.."

"Huh! Kau ingat eh Aryanna. Sekolah ni bapak aku yang punya. So jaga perangai kau kalau nak duduk sini lama." Pft- ni atuk aku punya sekolah lah bodo.

"Kau confirm ke yang ni sekolah bapak kau yang punya?"

"Yeah! One hundred percent sure!"

"Pergi mampus lah kau punya alasan yang macam minta penampar dekat muka make up tebal kau tu!" Marah Syahirah.

"Ughhh! Let's go girl!"

Aku melihat salah seorang muka orang suruhan Fiona. Diorang macam ada rasa bersalah dekat aku. Asal eh?

"Sya, kau nampak tak muka kawan kawan minah tu tadi? Dia macam terpaksa kan?"

"Aku pun nampak macamtu. Dah lah, jom pergi bilik mana mana untuk kau mandi. Kau tu dah melekit dah." Aku pergi ke bilik atuk aku. Sebab bilik atuk je yang ada bilik untuk mandi plus ada sabun.

"Kau cakap dekat Qis dengan Dhina pergi bilik atuk aku tau. Dekat situ je ada bilik untuk aku mandi."

"Hm, kau pergi dulu. Aku pergi cari diorang. Lambat betul nak ambik baju dengan tisu pun."

Never Ending Love Where stories live. Discover now