BAB 5

943 66 1
                                    

Hari ini hari yang paling memeritkan untuk aku. Berat hatiku untuk meninggalkan negara ini serta kawan-kawanku yang sudah dianggap seperti keluarga. Namun, aku harus juga berpindah ke Malaysia. Demi mengikut keluargaku yang tercinta dan demi 'nasi lemak' aku sanggup! Jiwang kejap Hahahaha.

Aku menuruni tangga untuk meletakkan bagasi yang berisi barang-barangku ke dalam kereta. Sampai sahaja di bawah, aku melihat Abang Feeq yang sedang memeluk setiap benda yang berada di rumah ini.

"Mama! Ada beruk masuk rumah kita!" lintang-pukang mamaku berlari apabila mendengar jeritan aku. Dengan muka yang cemas, mama menghampiriku.

"Mana beruk tu? Macam mana dia boleh masuk pula, haish"

"Tu ha, yang tengah peluk-peluk perabot macam takde benda lain nak peluk." aku mengangkat jari telunjukku seraya menunjuk ke arah abang Feeq.

"Mama ingat beruk betul tadi. Ha Feeq, yang pergi peluk perabot tu kenapa?! Takde kerja dah?!" abang Feeq yang terkejut mendengar suara mama terus memberhentikan kelakuannya yang seperti beruk tadi. Mahu tergelak aku melihat muka abang Feeq yang sudah pucat apabila dimarahi mama.

"Kita kan nak pindah Malaysia nanti so Feeq peluklah perabot-perabot tu. Nanti diorang mesti rindu dekat Feeq."

"Kau siapa diorang nak rindu? Hahaha" terletus akhirnya tawaku yang di tahan tadi. Alasan apa la gila ni bagi. Abang Feeq menatapku tajam namun sedikit pun tidak membuatkan aku gerun dengan tatapannya. Tatapan beruk siapa ja yang nak gerun? Hahaha k gurau.

"Haish macam-macam. Dah pergi letak barang dalam kereta. Nanti lambat sampai airport pula."

"Okay mama!" jawab kami serentak lalu melangkah keluar bersama bagasi kami.

Setelah selesai memasukkan bagasi ke dalam kereta. Kami semua turut memasuki perut kereta itu. Kereta itu laju meninggalkan pekarangan rumah yang tersegam indah itu menuju ke lapangan terbang.

☾︎♡︎☽︎

Kawan-kawan keSAYANGANku yang datang untuk menghantar pemergian aku ke Malaysia di peluk satu persatu. Entah bila lagi aku akan berjumpa mereka.

"Jangan lupakan kitorang tau Ary" ujar Qis air mata yang di tahan sejak tadi akhirnya turun jua. Siapa sahaja yang tidak sedih kalau kawan mahu berpindah. Kawan yang hanya sebulan pun boleh membuatkan hati sakit apatah aku yang sudah berkawan dengan mereka sejak kecil.

"Mana boleh aku lupakan kawan-kawan kesayangan aku ni. Korang pun jangan lupakan aku eh. Dah lah Qis, tak yah lah nangis."

"Sudah semestinya kitorang takkan lupakan kau" ujar Sya lalu kami berempat berpelukan.

"Woi!! Sudah-sudah la tu berdrama. Pindah je pun bukannya meninggal" Abang Yan yang entah mana menyampuk drama tidak berbayar kami.

"Kecoh la kau! Pergi sana arh!" abang Yan menjelingku lantas berlalu pergi.

"Ary, jom kita dah nak pergi ni." papa memanggil lalu berjabat tangan bersama kawan-kawannya a.k.a bapa kepada kawan-kawanku.

"Okay pa, aku pergi dulu. Jangan rindukan aku. Eh.. rindukan aku. Eh pape je la." ujar ku lalu memeluk mereka sekali lagi.

"Jangan lupa call kitorang kalau dah sampai!" ujar Dhina. Aku mengangguk dan tersenyum lalu menarik bagasi dan berlalu pergi bersama keluargaku. Selamat tinggal Italy! Malaysia, mu tunggu aku datang!

✈️
Akhirnya sampai juga aku ke Malaysia. Rindu sungguh dengan tanah air ini. Namun di sebalik kegembiraanku tetap terselit rasa rindu akan kawan-kawan yang berada di Italy. Baru je sampai tapi dah rindu, Hahaha.

Telefon yang berada di handbagku di ambil lalu butang video call di tekan.

Aku dah tukar number phone aku dah masa dekat airport tadi.

" Hello ? Siapa ni ?" Tanya Dhina.

"Aih.. aku baru hilang beberapa jam. Kau dah lupa aku ?"

"Yow Ary, dah sampai Malaysia?" tanya Dhina, salam tak diberi terus bagi soalan.

"Bagilah salam dulu lain kali. Yes, aku dah sampai"

"Hehe sorry sorry Assalamualaikum"

"Ha macam ni baru bagus, Waalaikumussalam. Sya dengan Qis mana?"

"Hello bro, dah sampai Malaysia?" tanya Sya pula. Ni sorang lagi, salam tak diberi terus ditanyanya.

"Yaaaaaa dah sampai."

"Dah sampai Malaysia ke?" si cantik itu bernama Rania, datang lagi sorang bertanya.

Entah hape lah pantun gitu..

"Dah sampai!" jawab kami bertiga serentak. Lalu ketawa kami berempat kedengaran.

Setelah lama membuat panggilan telefon aku akhirnya menamatkan panggilan dan memasuki perut kereta yang di tunggu-tunggu tadi. Perjalanan yang lama tadi membuatkan aku berasa letih lalu tertidur. Walaupun bukan aku yang bawa kapal terbang tapi suka hati la nak letih ke apa, kan kan? Bukan kacau hidup kau pun. Huahuahua. Gurauww

🏠

Entah pukul berapa, barulah kami sampai ke rumah. Rumah kami ini agak jauh dari airport so memang akan mengambil masa yang lama untuk sampai.

"Ary bangun, mari masuk dalam. Angkat beg dan barang-barang masuk dalam sekali." mata aku dibuka perlahan. Kata-kata mama hanya dibalas dengan anggukkan. Terlalu letih sehingga mulut sahaja aku malas untuk dibuka.

Bagasi berwarna hitam itu dibawa keluar lalu aku memasuki ke dalam rumah itu. Rumah ni lagi besar dari rumah dekat Italy.

"Esok kita pergi beli barang sekolah Ary ya. Nanti papa akan uruskan tentang persekolahan kamu, so jangan risau."

"Okay pa, thanks. Ary masuk bilik dulu." papa mengangguk dan aku pun berlalu pergi menuju ke bilik yang berada di atas sekali.

Setelah sampai ke dalam bilik, aku lantas meletakkan Bagasi ke tepi katil lalu berbaring di atas katil dan mula masuk ke alam mimpi yang indah daripada dunia realiti.
















Bersambung...

Never Ending Love Where stories live. Discover now