BAB 32

565 56 8
                                    

Hujan lebat turun membasahi bumi. Aku duduk di atas sofa sambil membaca sebuah buku. Hanya dengan buku aku dapat menghilangkan segala masalah yang dihadapi. Sudah dua hari berlalu dan selama dua hari ini lah aku sering diganggu dengan dua pakcik tua itu. Setiap kali mereka datang, setiap kali itulah perkataan 'ibu' keluar dari mulut mereka.

Aku mengeluh perlahan, serabut habis otak aku sekarang ni. Kehadiran dua lelaki asing dan ditambah pula dengan mimpi ngeri yang selalu hadir dalam mimpi aku. Penat, ya penat sangat.

Nasib sahaja ada Fazrien yang selalu menemani aku disaat aku menangis mengenangkan mama dan papa. Di saat aku terbangun dek kerana mimpi ngeri yang sama setiap hari.

Aku menutup buku yang di bacaku tadi lalu melangkah keluar dari bilik. Dapur dituju untuk mencari sesuatu yang boleh mengalas perut yang dari tadi asyik diminta untuk diisi. Kabinet dapur aku buka, selalunya mama akan simpan makanan ringan dalam ni.

Hampir kesemua kabinet di dapur aku buka, namun satu makanan pun tiada.

"Sayang? Cari apa tu?" Aku terlompat dek kerana terkejut disebabkan manusia bernama Fazrien Ammar. Aku berpusing ke belakang lalu memandang Fazrien dengan pandangan tajam. Kalau mata aku ni pisau, dah boleh mati dah Fazrien sebab tajam sangat pandangan aku bagi sekarang ni.

"Boleh tak jangan buat orang terkejut macam tu? Kalau kena heart attack macam mana? Jadi dudalah awak dibuatnya." Kataku tidak puas hati namun Fazrien hanya tertawa.

"Sorry sayang, awak cari apa? Lapar ke?" Aku mendengus lalu menganggukkan kepala.

"Jom kita keluar nak? Makan dekat luar." Wajahku yang semasam buah limau tadi bertukar ceria. Aku tersenyum lebar lalu tanpa disedari, aku mencium pipi Fazrien.

"Eh sayang jangan, nanti bukan ke restoran tapi ke lain pula jadinya." Aku mendengus kasar bersama dengan wajah yang sudah membahang.

"Ish, orang dah kiss tu cakap terima kasih. Dah lah, saya nak naik atas." Aku berura-ura ingin pergi namun tanganku ditarik Fazrien sehingga aku terjatuh ke dalam pelukkanya. Fazrien mencium dahi aku cukup lama.

"Thank you sayang." Ujarnya dengan nada lembut.

"Hey hey hey, janganlah bagi aku rasa sendu. Aku tahu lah korang dah kahwin dah, tapi ni jenayah ni. Bagi orang sakit hati." Abang Afeeq berkata sambil tangan didada.

"Abang, tengok ni." Fazrien berkata lalu mencium satu mukaku.

"Jahat gila kau Fazrien." Abang Afeeq berkata sambil mengelap air mata palsunya itu. Macam lah aku tak tahu dia baru titik sesuatu dalam mata dia. Aku terus melepaskan diri aku dari dalam dakapan Fazrien lalu berlari naik ke atas. Malu gila. Dia tahu tak dia nampak hensem nak mampos tadi? Boleh gila otak aku tengok dia.

----
Aku menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Aku bergerak ke arah Fazrien yang sedang memakai topi di kepalanya.

"Awak, saya dah siap. Jom." Fazrien menoleh ke arahku lalu menghadiahkan sebuah senyuman yang cukup manis untukku. Tanganku di pegangnya lalu kami sama-sama melangkah keluar.

"Cik Aryanna! Hello!" Aku memandang ke arah dua pakcik tua yang berada di luar pagar rumah. Dia lambai tangan macam dah lama kenal aku sia.

"Sayang, siapa diorang tu?" Aku hanya menjungkitkan bahu lalu bergerak ke arah pagar rumah bersama Fazrien.

"Hello pakcik-pakcik sekalian. Nak apa lagi? Kalau nak suruh saya ikut pakcik, sila pergi dari sini. Kalau nak suruh saya beli karpet pun saya tak nak beli. Boleh lah pergi dari sini. Tak ada kerja duduk depan rumah orang. Orang kalau dah tua kena banyak buat benda baik, kena insaf bukan tekan loceng rumah orang." Aku berkata dengan senyuman lebar.

Never Ending Love Where stories live. Discover now