BAB 53

394 23 6
                                    

"Makanan dah sampaiii!!!" Aku terjaga dari lenaku. Aku melihat ke arah dua dua belah bahu aku. Patut lah berat... Ada dosa. Eh tak tak, kepala Syahirah Emirza ada diatas bahu sebelah kananku. Kepala Izzah Irdhina ada diatas bahu sebelah kiriku dan terdapat juga satu kepala di atas kakiku iaitu kepala kepada seseorang yang bernama Aliesya Qistyna. Memang aku ni bantal diorang ke apa?

"Anak anak sekalian.. bangun." Aku menepuk nepuk pipi setiap seorang.

"Bangun laa.. aku bukannya bantal bergerak korang." Tak boleh jadi ni..

"WEYH! HANDSOME GILAA ORANG TUU! BAPAK AHH HANDSOME SIOT!" Ambik koo semua bangun serentak. Sorang perbetul tudung, sorang touch up lipstick sorang lagi acah ayu.

"Mana mana? Aku nak tackle dia." Of course la yang tanya tu buaya antarabangsa yang terpaling berjaya. Qistyna.

"Takde pun. Dah la korang, aku nak makan. Cau.." Aku bangun dari dudukku lalu pergi ke meja makan.

"OUUU MCDONALD!! Sayang, ada hash brown tak?"

"Tak beli. Sebab awak tak bagi duit." Tanpa ada rasa bersalah, Fazrien sambung makan burgernya.

"The fak?"

"What?"

"Takkan takde kottt."

"Ha'ah, takde. Pergi la check dalam kereta, kot kot la tak percaya." Tanpa banyak kata aku hilang dari pandangan Fazrien. Dia dah tau aku suka hash browns tapi tak nak beli. Suami siapa la perangai centu. Bukan suami aku. Korang nak beli?

"Oi, kau asal muka cam hilang anak? Anak kau hilang eh?" Tanya Dhina.

Satu tamparan lekat di kepala Dhina. Thanks Sya, nanti aku belanja kau burger lima biji.

"Nak kata kau bodoh, tapi kau top student. Sah dah muka dia jadi macam tu sebab Fazrien. Jom belasah dia?"

"Aku on!" Serentak Qis dan Dhina berkata. Korang buat la apa korang nak buat. Aku malas nak fikir.

Aku keluar dari markas untuk mengambil angin. Ceh mana ada angin pun. Air hujan ada laa. Nasib hujan renyai renyai ja.

Aku terfikir, kenapa aku keluar dari markas eh. Oh yeah, because of Fazrien. Hash brown aku. Tapi serius laa dia tak beli? Hmm lantak arh.

Aku berjalan perlahan-lahan tanpa arah tuju. Nak tuju ke mana ja, ni tempat tersembunyi bukan Mall.

"Krakk." Aku terdengar bunyi sesuatu. Seperti ada seseorang yang terpijak ranting kayu. Aku memandang ke belakang. Tiada siapa.

"Siapa tu?" Hanya terdengar bunyi hujan yang turun membasahi bumi.

Aku tanpa berfikir panjang terus melangkah masuk ke dalam Markas. Aku lari bukan sebab takut tapi aku risau something unexpected terjadi. Habis nyawa aku bro.

"Woi Aryanna, kau pergi mana. Dengan basah nya. Muka macam nampak hantu." Tanya Irdhina sambil memegang bahuku.

"Ada arh, sibuk ja kau." Aku menepis tangan nya lalu duduk di atas sofa tanpa muka bersalah.

"Aryanna? Are you okay? Awak ambil tak Hash Brown dalam kereta tu?"

"Hash Brown? Awak kata tak beli tadi."

"Saya gurau ja sayang, cepat betul awak percaya eh. Ingatkan awak keluar sebab awak tahu saya beli Hash Brown tu. Kejap saya ambil kan." Aku hanya memandangnya dengan muka kering. Anjing buat penat aku merajuk.

"Ary, cerita lah. Kau asal?" Tanya Qistyna.

"Apa?"

"Kau kenapa, muka macam tepung gomak tadi? Ada apa apa jadi ke?"

Never Ending Love Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang