BAB 22

635 55 0
                                    

Aryssa Aryanna pov

"Okay class. Harini cikgu nak bagitahu yang pengetua mengadakan aktiviti perkhemahan di hutan. Jadi cikgu akan bagi surat keizinan ibu bapa, dan suruh ibu bapa atau penjaga kamu untuk tandatangan surat ni ye.. Kamu Syafiq. Tolong edarkan dekat kawan kawan."

"Cikgu, tingkatan berapa je yang terlibat?" Tanya salah seorang pelajar dalam kelas aku.

"Tingkatan 4 dan tingkatan 5 sahaja."

"Nyah, Fazrien mesti ada." Bisik Dhina.

"Kau diam ah."

"Chill ah, tak yah arh marah.."

"Ye Izzah Irdhina. Ada apa apa soalan?"

Aku, Syahirah dan Qistyna ketawa dalam diam. Ha.. padan muka. Nak sakat orang, tapi dia yang kena. Hahhahahah.

"Saya nak tanya. Kita stay sana berapa hari?" Pandai cover line budak ni.

"4 hari 3 malam."

"Bapak ah.. lama gila." Kata Qistyna.

"Qis, kalau ada abang hensem, kau nak duduk sana berapa hari?" Tanya Sya.

"Tengok lu berapa hari. Tak balik pun tak pa kut. Hahahahha." Kami hanya menggelengkan kepala dengan sikap Qistyna.

Syafiq memberikan surat kebenaran ibubapa itu kepada kami.

Aktiviti akan diadakan pada hari Rabu.

"Oi Sya, harini hari apa?" Tanyaku.

"Harini hari Isnin."

"Ahh, okay. Kita ada sehari je lagi untuk tidur atas katil yang empuk bagaikan baring diatas awan yang bewarna putih." Kataku dengan dramatiknya.

"Over ah kau Ary. Oh aku nak tambah, esok hari terakhir kau tidur diatas katil yang ditemani oleh sang lelaki iaitu suami kau."

"Bongok ah kau."

Kami memandang kedepan semula dan berbuat seperti tidak ada apa yang berlaku. Dan pembelajaran berjalan seperti biasa...

-

Pembelajaran seterusnya ialah mata pelajaran Matematik. Asal cikgu buat Matematik awal pagi tah. Orang duduk mamai baru bangun tidur pagi pagi tetiba kena belajar Matematik.

"Mana dowh cikgu.." Tanya Qis.

"Kau bukan tak suka Math ke? Asal kau ada ilham nak belajar Math ni?"

"Entah. Kau rasa sebab apa Dhina?"

"Aku bukan kau. Cuba kau tanya Ary. Dia tau semua benda." Kata Dhina sambil makan ikan bilis nasi lemak yang dia bawa tadi dan kaki atas meja. Tak senonoh sia..

"Aryssa Aryanna."

"Yow. Asal?"

"Dhina tanya, kenapa aku ada ilham nak belajar Math?"

"Entah."

Qistyna memusingkan badannya semula kearah Dhina.

"Dia tak tau."

"Uish. First time dia tak tau."

"Tu ah."

Kemudian masuklah empat orang jejaka idaman manusia dekat sekolah tu. Duduk kelas asing pun kena tengok muka dia, duduk blok lain lain pun kena tengok muka dia, duduk rumah pun kena tengok muka dia, tengah tidur pun mimpi dia. Pernurt ah aku.

"Assalamualaikum semua. Aku rasa semua dah tau aku siapa, tapi aku perkenalkan juga diri aku, takut ada ada yang tak kenal aku lagi. Kan yang belakang empat orang tu?"

Never Ending Love Where stories live. Discover now