BAB 2

1.5K 94 1
                                    

"Will you marry me?"

Aku mengangkat mukaku untuk melihat muka lelaki yang melamar aku. Sedang aku ingin mengangkat mukaku aku terjaga daripada tidur ku.

"ABANGGG!! SAKIT LAH MUKA ARY !!! " Marahku kepada abang kedua aku iaitu abang Feeq. Nak tau dia buat apa ? Dia hempuk bantal yang keras macam batu tu dekat muka aku yang cantik ni.

"Abang tak salah , abang panggil Ary baik baik dah tapi Ary yang tak nak bangun, tersengeh - sengih sambil tidur, semua salah Ary lah, kan Yan kan ? " Kata abang ku sambil bertanya kepada abang Aryan yang tengah fokus dengan game dia tu.

"Entah. Aku tak tau." Jawab abang Aryan.

"Eh, kau ni . Backup lah aku! Tapi memang betul pun Ary tersengih sengih sambil tidur tadi. Nak tengok bukti tak ? Abang ada simpan. Nah" Abang feeq memberikan telefonnya kepada ku yang terpapar gambar ku tersenyum dalam tidur.

ISSSHH MALUNYAAAA!!

"Ishh, abang ni. Ary tengah mimpi orang lamar Ary tau tak? Ary baru nak tengok muka dia tapi abang kacau ..benci lah macam nii!! Delete lah balik gambar tuu!!"

"Eh eh .. Ary jangan nak mengada kahwin muda muda macam ni ehh, lepas SPM baru Ary buat apa yang Ary nak buat. Kalau Ary couple jugak waktu sekarang ni abang Yan ngan abang Feeq akan jumpa boyfriend Ary yang minat kat Ary tu. Entah apa yang dia nampak kat Ary sampai dia nak kat Ary, bukan cantik pon Ary ni. Ingat ehh". Abang Yan memberi amaran kepadaku. Dah tak fokus dah dia dengan game. Kalah lah tuww.

"ARY TAU LAHHH... IKUT SUKA HATI ABANG JE CAKAP ADIK ABANG NI TAK CANTIK. SEDIH AHH CENNI. Dah lah ...keluar. Ary nak mandi. Shuh shuh"

"Drama betul Ary ni lepastu Ary shuh shuh kan kitaorang ekk ..tak pe Ary tengoklah Ary punya punishment nanti". Kata abang Feeq.

Mampus aku ..dia dah bagi punishment dahh. Dah lah dia dengan abang Yan lagi satu tu punya punishment teruk. Habis aku

"Ala ..sorry sorry.. abang ..dengar takk ?? Sorry ehh"

"Sorry naik lori Ary lah. Cau!". Kata abang Feeq lalu keluar bersama abang Yan dari bilikku.

Haishh!!

Aku terus ke bilik air ku untuk mandi.

"AHHHHHH!!!! ABANGGGGG" babi betul abang aku. HAISHHH !!

Lepas aku mandi aku turun ke bawah untuk sarapan.

"Aik ..lambat turun Ary. Mandi pun lama sangat harini. Buat apa ?" . Tanya papa

"Tadi Ary kena kejar dengan lipas dalam bilik air tadi. Entah malaun mana letak lipas dalam bilik air Ary". Aku menjawab soalan papa sambil meng 𝘥𝘦𝘢𝘵𝘩 𝘨𝘭𝘢𝘳𝘦 kan abang abang aku. Mereka hanya gelak dan high five dalam diam.

Papa ku hanya gelak kerana papaku tau aku tak suka binatang yang menggelikan seperti lipas.

"Ish..papa ni gelak je .. bukanye nak tolong Ary. Merajuk lah macam ni. Hmph" kataku bersama nada seakan akan merajuk.

"Merajuklah Ary.. nanti papa tak nak beli chocolate yang Ary suka tu dah. Ha..merajuk lah kalau tak nak chocolate tu lagi. Lepastu papa potong duit Ary dalam card Ary tu. Nak macam tu ? Kalau nak boleh je papa blacklistkan Ary punya card tu sekarang". kata papa ku .

mampus aku kalau papa blacklistkan card credit aku. Tak boleh tak boleh.

"Ahhhh...papa...okay okay ..Ary dah tak merajuk dah . Jangan lah blacklistkan card Ary.." jawabku hampir menangis.

"Papa blacklist je card Ary. Biar dia cari duit sendiri. Padan muka." Kata abang Feeq. Aku dengan abang Feeq memang tak ngam. Kitaoranh selalu gaduh. Tapi end up tidur berpeluk jugak.

"Abang ni kann!!" Marahku.

"ellehh dia tu ..sikit sikit nak nangis. Bagi lipas kang. Baru nak lari satu rumah." kata mama.

"Mama ni ..tak sporting lahh. Ary nak merajuk dengan mama. " Kata ku

"Merajuk je lah . Malam ni tidur luar." Jawab mama.

Apa semua orang ni!! asyik aku je yang kalah.

"Hmmh...mama ni pun sama ja macam papa. Dah lah ..Ary nak keluar. Ary sedih. Bye mama, papa. Assalamualaikum."

Aku dengar dari luar rumah semua tengah gelak dekat aku. Huaaa 😭

----

Setibanya aku disekolah, aku memakirkan keretaku di tempat yang disediakan untuk murid murid. Keluar sahaja dari kereta ramai orang berlari kearahku. Maklumlah...famous. Aku terus ke kelas ku tanpa menghiraukan peminat peminat ku.

Sesampai sahaja dikelasku. Aku terus meluru ke arah kawan kawan ku.

"Yow gang, what's up ? Miss me ?"

"Miss me kepala otak engkau. Ni aku nak cakap ni... pengetua suruh kita buat kerja sikit. Ada 5 orang lelaki dekat belakang sekolah, senior kita. Yang kita pernah tangkap diorang waktu rehat. Alaa..yang diorang curi masuk bilik guru tu.  Korang kenal kan ?" Tanya Syahirah.

"Ha kenal , asal ?" Tanya Qis.

"Diorang buli murid murid, ponteng kelas, vandalisme sekolah kita. Pengetua nak kita uruskan diorang." Jawab Syahirah.

"ehmm...kita kena plan dulu semua benda. Petang ni datang rumah aku. Kita bincang and kita selesaikan mereka." Jawab ku serius.

"Okay, pukul 5 kitaorang datang".

Selepas kami berbincang, guru yang mengajar mata pelajaran kami tiba. Kami pun belajar, takkan nak main kejar-kejar pula kan ?

* Ada typo sikit
















Bersambung...

Never Ending Love Where stories live. Discover now