9th Chapter

738 49 4
                                    

Apartment 503

Masuk hari ni, dah dua hari? Tiga hari kalau tak silap bermulanya hidup kami bawah satu bumbung. Tiada apa yang berlaku sebab kami masing-masing sibuk dengan dunia masing tapi apa yang pasti, dari pemerhatian aku, Mia ada dua benda je dia buat kalau dia kat rumah iaitu sama ada duduk berkurung dalam bilik computer sampai pagi, tak pun dia di ruang tamu tengok drama, pun sampai pagi.

Tapi surprisingly, Mia boleh buat kerja rumah; mengemas rumah, cuci baju, lipat baju - dia dapat lakukan dengan baik kecuali ini...

Hafiy berdiri sambil melihat ikan goreng Mia yang dah hangus. Dapur mereka masih ada bau asap gara-gara ikan goreng Mia. Tadi kalau Hafiy lambat sampai, rasanya dah rentung dapur mereka ini. Hafiy memandang Mia.

"Jujur dengan aku, kau memang tak reti memasak kan?" soal Hafiy. Mia tersengih.

"Hari ni jadual aku memasak, so I thought I might do something. Tapi siapa tahu yang goreng ikan ni susah." Mia tersengih lagi sambil memandang Hafiy.

Hafiy menggeleng.

"Kau duduklah sana. Biar aku je yang masak." Hafiy kemudian memakai apron.

Mia duduk di bar counter nak melihat Hafiy mengeluarkan sepeket spaghetti.

"Kau makan spaghetti?" soal Hafiy sambil dia mengisi periuk dengan air.

"Makan." Jawab Mia sambil mengangguk.

Hafiy kemudian dengan penuh skil, memasak spaghetti aglio e olio. Mia tengok dengan penuh kagum dari tepi.

"Ta-da~" Hafiy menghidangkan dua pinggan spaghetti di counter.

"Wah~ sedapnya bau." Mia dah kecur air liur lagi-lagi bila tengok udang-udang yang besar dalam spaghetti tu. Laju dia mengambil sudu dan garfu untuk makan.

"Aku rasa kita kena tukar sikit jadual tu. Mulai hari ini, kau di banned dari masuk dapur." Kata Hafiy dan mereka berdua mula makan.

Mia buka mulut nak protes dan Hafiy laju menuding jari ke arah ikan goreng yang hangus dan Mia menutup kembali mulutnya. Dia mengangguk setuju.

"Okay then, biar aku buat laundry. Termasuk laundry kau." kata Mia.

"Basuh dan lipat sekali?" Hafiy memandang Mia. Mia mengangguk.

"Okay deal!" laju Hafiy bersetuju. Jujurnya dia bab basuh baju okay je. Tapi bab nak jemur dan melipat tu, ya Allah tak rajin!

"Tapi aku curious, macam mana ikan tu boleh hangus macam tu sekali?" soal Hafiy.

"Manalah aku tahu. Aku hanya buat ikut cara Google then..."

Maka dinner malam itu berlalu dengan tenang feat spaghetti penyelamat hasil tangan Hafiy.

+++

Hafiy membeli air kegemaran Mia saat dia ke pasaraya membeli barang dapur. Kebetulan dia lalu di ofis Mia, jadi dia mahu menghantar air tersebut sebelum dia balik ke rumah.

"Wawa, Mia ada kat atas?" soal Hafiy sebaik dia masuk ke dalam kedai. Wawa mengangguk dan belum sempat Wawa berkata selanjutnya, Hafiy dah hilang ke belakang, naik ke ofis Mia.

Dia terlalu fokus untuk berikan air itu kepada Mia.

She must be happy that I give her this. I'm such a good guy. Hafiy masuk bakul angkat sendiri.

"Mia, aku..." kata-kata Hafiy mati dan dia melihat ada tetamu di ofis Mia.

"Are you free right now? Can we have a talk over lunch?" kata-kata Maria buat Hafiy menelan air liurnya.

Make Believe Love Story ✅Where stories live. Discover now