45th Chapter

691 46 1
                                    

3 hari kemudian

Bau ubat-ubatan menusuk hidung saat Mia mula sedar. Perlahan dia membuka mata dan memandang keliling. Bilik yang luas tanpa penghuni lain selain dirinya ini cukup buat dia tahu di mana dia sekarang. Dia cuba bangun bila rasa sakit yang amat sangat di belakang badannya membuatkan dia kembali terbaring di katil.

Muka Mia berkerut menahan sakit. Dia memejam mata cuba mengingati kronologi kejadian yang berlaku.

Aku tembak Taylor,

Then Hafiy datang,

Naim sampai tak lama lepas tu,

Tiba-tiba ada something cucuk belakang badan aku,

Then aku tak ingat apa-apa dah.

Ah dah berapa hari aku kat sini?

Pintu bilik wadnya dibuka dan Mia segera menoleh kearah seseorang yang masuk bersama satu jag air putih.

"Kau dah sedar Mia? Jangan banyak bergerak. Aku panggil doktor dan nurse." Kata lelaki itu dan dia terus keluar sebelum sempat Mia berkata apa-apa.

Dia buat apa kat sini?

+++

"Untuk sementara ni jangan banyak gunakan tangan kiri. The wound is quite deep tapi Alhamdulillah tak kena mana-mana organ penting. Cuma selagi luka tak pulih sepenuhnya, it will be hard for you to raise your left hand." Kata doktor yang datang melihat keadaan Mia sebaik dia sedar.

Mia mengancing bajunya setelah doktor melihat keadaan luka di belakang badannya.

"Berapa lama ia akan pulih?" soal Mia.

"It will take weeks usually." Jawab doktor sambil menulis sesuatu di fail yang dibawanya.

"Dan awak boleh discharge lusa kalau tak ada apa-apa masalah."

"Baik terima kasih doktor." Jawab Mia dan doktor itu keluar dari biliknya.

Nurse yang masuk bersama doktor pun turut meninggalkan wad Mia.

"Alhamdulillah luka kau tak serius. So, do you need anything Mia? I'll go and buy it." kata Danish saat dia kembali ke sisi katil Mia. Semasa doktor dan nurse masuk tadi, dia berdiri jauh di hujung wad.

Mia memandang Danish.

"Kau buat apa kat sini? Mana Hafiy?" soal Mia.

Danish berpusing dan menuang air ke dalam gelas untuk dihulurkan kepada Mia. Mia tahu Danish tidak mahu menjawab soalannya.

"Then, berapa lama aku kat sini?" soal Mia lagi selepas soalannya tadi dibiarkan berlalu tanpa jawapan.

"Tiga hari. By the way, your parents on the way. Kejap lagi diorang sampai." Jawab Danish dan dia menghulurkan segelas air masak pada Mia.

Mia menyambut cawan tersebut namun dia hanya memegang cawan itu. Mia diam. Dia ada banyak soalan namun dia tak tahu yang mana satu dia patut utarakan.

"What's wrong Mia? Kau lapar? Or kau rasa tak selesa kat bilik ni? If that so, I can arrange a new one for you." kata Danish. Dari nadanya semua orang tahu yang Danish risau dan sangat mengambil berat tentang Mia.

Namun bukan Mia. Mia ketawa sinis melihat reaksi Danish saat ini.

"Stop being so nice, Danish. It's gross." Kata Mia senada.

Danish terdiam di tempat duduknya. Kali ini matanya beradu dengan mata tajam Mia.

"Sekali lagi aku tanya, mana Hafiy?"

Make Believe Love Story ✅Where stories live. Discover now