17th Chapter

603 35 0
                                    

Apartment 503

Mia berbaring di katilnya memandang siling biliknya kosong. Dia bergolek ke hujung katilnya hinggalah wajahnya terbenam pada katil. Beberapa saat dia begitu, kemudian dia berpusing bergolek lagi ke hujung katilnya yang satu lagi. Kali ini wajahnya menghadap siling. Dia kemudian mengeluh panjang.

Bila Hafiy nak balik...

Dia mencapai telefonnya yang kosong tanpa call atau mesej dari Hafiy. Kalau ikutkan hatinya, mahu je dia whatsapp Hafiy namun dia takut mengganggu Hafiy.

Hafiy... contactlah aku dulu....

Ring! Ring!

Baru Mia nak excited, mengharap yang call tu Hafiy tapi rupanya Kevin.

"Ada apa Kevin?" soal Mia sebaik talian bersambung.

Mia mendengar kata-kata Kevin dari hujung talian kemudian wajahnya tegang.

"Suruh dia balik. Aku tak akan datang." Kata Mia tegas.

"Dia cakap dia tak akan balik selagi kau tak datang. There's already a commotion here. And dia cakap, dia ada urusan penting nak bincang dengan kau." kata Kevin.

Mia buat rolled eyes.

This guy, selagi aku tak muncul, entah apa lagi yang akan dia buat nanti.

"Give me 15 minutes."

+++

XE Tech

"So how? Will she come?" soal Danish sebaik Kevin sepertinya telah selesai membuat panggilan. Kevin menggangguk.

"Great." Danish senyum kemudian duduk dengan selesanya di kerusi di dalam pejabat.

"By the way Kevin, I want grounded coffee ya. Less sugar." Kata Danish saat Kevin membuka pintu untuk keluar.

Kevin paksa dirinya senyum mendengar pesanan Danish.

Kau ingat aku tukang buat kopi?! Aku VICE PRESIDENT XE TECH la!!!

+++

"Tu bukan ke Vice President MONX Holdings?"

"Apa yang dia buat kat sini?"

"Aku dengar dia cari president kita."

"President? Huh aku yang kerja kat sini dari mula-mula company ni buka, tak pernah sekali pun nampak dia masuk kerja."

"Selama 3 tahun ni?"

"Yup. Hanya ada jawatan dan office je. Orangnya tak pernah wujud."

"Sketchy."

"Kaaan."

Pekerja di XE Tech mula bergosip sesama sendiri. Selama XE Tech ditubuhkan, pemilik jawatan President tak pernah muncul. Yang ada hanyalah Kevin, Vice President XE Tech. Segala urusan berkenaan president biasanya akan melalui Kevin. Kiranya yang kenal president XE Tech hanyalah Kevin. Selain itu, tiada siapa yang tahu siapa president XE Tech.

"Cik, cik tak boleh masuk macam tu je. Cik!" suara wanita yang bertugas di meja depan berbunyi lantang. Laju mata-mata memandang ke arah pintu masuk XE Tech.

Seorang wanita segak berkemeja putih dengan coat bewarna kelabu, dipadankan dengan seluar hitam dan sneakers berjalan masuk dengan wajah tegang. Langkahnya laju dan besar. Rambut ikalnya beralun seiring dengan langkahnya.

 Rambut ikalnya beralun seiring dengan langkahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Make Believe Love Story ✅Where stories live. Discover now