38th Chapter

547 45 0
                                    

Encik Junaidi duduk di laman rumah Naim, sendirian. Naim sudah ke tempat kerja. Dia disitu, duduk di bawah satu payung besar bersama secawan kopi. Dia mengirup kopi di cawannya sebelum dia meletakkan kembali cawan itu di atas sebuah meja yang terletak disebelahnya. Dia kemudian senyum.

"Masuk dan duduklah. Pak cik pergi ambil cawan satu lagi." kata Encik Junaidi.

Satu susuk yang dari tadi berdiri di belakang pagar keluar memunculkan diri. Dia memandang Encik Junaidi yang masih melempar senyum kepadanya.

"Pak cik tak nak lari?"

Encik Junaidi menggeleng dengan soalan tersebut.

"Masuklah. Kita minum kopi dulu."

+++

Mia duduk di kerusi kosong. Tidak lama kemudian, Encik Junaidi keluar bersama cawan dan piring di tangannya. Dia kembali ke kerusinya dan menuangkan kopi ke dalam cawan Mia. Dia menghulurkan cawan itu ke pada Mia. Perlahan Mia menyambutnya dan menghirup sedikit sebelum meletakkan cawan tersebut kembali ke atas meja.

Mereka berdua diam. Untuk beberapa minit, tiada sepatah kata bertukar antara mereka.

"Pak cik minta maaf nak. Pak cik tahu maaf pak cik ni dah 22 tahun lambat tapi pak cik nak kamu tahu, pak cik menyesal sangat. Semua yang jadi ini sebab pak cik. Pak cik tak ada alasan untuk kamu selain dari kata maaf."

Encik Junaidi memecah sunyi. Mia masih dengan wajah beku, tanpa reaksi.

"Sejak bila Naim tahu?" soal Mia.

Encik Junaidi melepas nafas berat.

"Naim dibesarkan tanpa ibu. Dia tinggalkan kami. Dan pak cik besarkan dia sendirian. Siang malam kerja tanpa henti, hanya untuk beri yang terbaik pada dia. Jadi malam itu, gara-gara kurang rehat, pak cik terlelap dan itu merupakan permulaan kepada kesengsaraan kita semua." Encik Junaidi berhenti seketika.

Dia kemudian menyambung;

"Malam tu, kerana fikirkan Naim, pak cik jadi takut. Kalau sebab ini, pak cik masuk penjara, apa jadi dengan Naim? Siapa yang akan jaga Naim? Kebodohan pak cik masa itu membuatkan pak cik lari. Kebodohan pak cik masa itu juga sudah merampas kebahagiaan kamu. Tapi yang salah tetap salah. Pak cik pun dah jalani hukuman tapi lepas itu, rasa bersalah pak cik pada kamu makin menjadi-jadi. Rasa tu menghantui pak cik setiap hari. Melihat pak cik macam tu, Naim nekad cari kamu."

Encik Junaidi memandang Mia.

"Sejak dia jumpa kamu 10 tahun yang lalu, dia sentiasa menjaga kamu dari jauh. Dan dia akan sentiasa bercerita pada pak cik tentang kamu. Ini mungkin bunyinya agak pelik, tapi mendengar kamu hidup sihat dan selamat, sedikit sebanyak membuatkan pak cik rasa lega. Dia buat apa yang dia buat, semuanya untuk pak cik. Dia tak nak pak cik hilang dalam penyesalan pak cik."

Mia berpaling daripada Encik Junaidi. Dia menoleh ke kanannya.

"Jadi Mia, jangan marah atau benci Naim. Dia mungkin buat semuanya untuk pak cik tapi segala perhatiannya, semua kerisauannya tentang kamu, semuanya benar. Dia ikhlas. Ada masa dia anggap kamu dah macam adiknya sendiri. Dia sangat gembira bila satu hari kamu masuk bekerja di balai yang sama dengannya. Katanya ini mungkin takdir dan petanda untuk dia jaga kamu sebagai ganti kepada abang kamu yang pak cik dah ambil dari kamu."

Suasana menjadi sepi kembali.

Mia menunduk ke tanah.

"Saya minta maaf pak cik." Kata Mia. Encik Junaidi senyum.

"Kamu tak salah nak. Pak cik yang bersalah."

Mia memandang Encik Junaidi dan menarik nafas dalam.

"Saya maafkan pak cik dan saya nak pak cik maafkan saya juga. Apa yang saya buat tempoh hari sudah melampaui batas dan saya tak sepatutnya buat begitu. Selama ini saya hidup buta dengan dendam sedangkan semua orang merana. Bukan saya seorang sahaja. Untuk itu, saya minta maaf. Jadi pak cik, tolong jangan rasa bersalah dah. Semua benda ni terjadi sebab semuanya sudah di takdirkan. Walaupun bukan pak cik yang terlibat malam itu, kalau sudah ditakdirkan mak dan abang saya pergi malam itu, mereka akan pergi juga."

Make Believe Love Story ✅Where stories live. Discover now